Followers
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan -
Monday, October 5, 2009
Jamuan hari Raya NTS ke 3
Monday, September 28, 2009
[[ Edisi Syawal ]]
Ermm....nampaknya ramai yg dah balik dari cuti kan...almaklumlah dah cuti seminggu kan...aku pun sama nie...hari nie first day aku keje setelah hampir2 9 hari aku bercuti....Rasa malas nak datang keje pun ada gak....hehehhehehe...yerlah dah lama relaks kat umah kan....
Alhamdulilah tahun nie aku berkesempatan menyambut raya bersama keluarga aku....Mcam biasa raya tahun nie masih lagi di umah atok di Langkap...Tahun nie raya hanya paman tumin + seisi keluarga je balik....Paman Ahmad + Paman Ali beraya di umah mertua..manakala Bibik Miah suaminya tak dapat cuti raya...Walaupun umah tok tak berapa nak meriah tapi aku still seronok...pagi raya cam biasa klu orang jawa....embah@tok aku masak sambal pedas tempe + rendang + nasi impit...
Lepas solat hari raya..aku + family pun memulakan ekspidisi beraya....pagi2 aku akan gie beraya umh wak rose...then umah embah gemuk + embah lanang kat kg jeram...itulah aktiviti wajib aku + family setiap tahun...then aku ke umah kakak angkat ayahku....well bila jmpa dgn keluarga nie mulalah tanya aku bila nak kawin....aduhaiiii...soalan cepu mas..jawapannya aku sendiri pun tak tahu nak jawab mcm mana...insyallah takda aral melintang...tahun depan .....hahahha...tunggu je kad aku..
Tahun nie pun tak bergambar sangat...sebabnya takda mood nak bergambar ....hehehhe....oklah dah tak tahu nak story mory apa lagi....nantilah aku smbung lagi.....
:)
Wednesday, September 16, 2009
Selamat Hari Raya
Malam nie aku nak kena gie amik baju dobby..kemas mana yg patut..kumpulkan semua kuih raya, kerepek, souvenier raya semua satu tmapt.....tak pasal2 tertinggal ...ermm tak best lah kan klu dah tertinggal...
Oh ya sebelum balik kena service keta dulu...korang semua dah servis? check mana yg patut..pagi tadi Mr.S dah check keta aku...bateri, minyak hitam, semuanya dah selesai...cuma tunggu petang nie nak cuci keta & isi tayar angin keta dan jgn lupa tayar spare pun kena isi angin tau..Check tgk sama ada wiper korang berfungsi ke tak....mana tau kot2 dalam perjalanan nanti tak elok pulak ...nahas tau tambah2 klu hujan lebat...
Oklah di kesempatan yg ada ini...
- Buat yg tersayang bonda + ayahanda....anakanda mohon seribu kemaafan..Halalkan segala mkn minum anakanda...Tunggu ek kepulangan anakanda...
- aku ingin memohon SeriBu Kemaaafan pada semua follower, blogger2 dan sapa sahaja yg mengikuti blogku ini....Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang aku dok berkarya Nie...
- Pada Member2 blaja, kerja, umah aku mohon seribu kemaafan andai ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan.Halalkan Segala Makan Minum aku ek
- Pada yg memandu Hati-Hati di Jalan raya tau...Ingatlah Orang tersayang....
- Pada yg tersayang...Mr.S ...maafkan segala kesalahan tunangmu ini andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita yg singkat nie...Halalkan segalanya....terima kasih sebb menerima diriku ini seadanya...Semoga jodoh kita berpanjangan...Ermm..hati2 balik kg...Love u alwayz...hehhe
Tuesday, September 15, 2009
Lagu Hari Raya Paling Korang Suka
Dari semalam sampai harinie aku dok dgr radio tajuk perbualan depa ialah " Lagu Hari Raya Paling Korang Suka / ada Kenangan dengan Lagu tu"..Tadi pagi sambil drive keta..mcm2 citer disebalik lagu raya nie...Ada mcm2 citer disebaliknya...So aku pun saja2 le nak upkan topik blog aku kali nie dengan title nie..well mesti blogger2 semua pun ada lagu kenangan masing2 kan..tadi pagi sempat aku dengar kat Hot FM tu..akak tu lagu kenangan dia ialah Pulanglah nyanyian Aishah..katanya lagu tu ditujukan kepada x-bf dia dulu...study kat luar negara tunggu balik tapi smpai skrg tak balik2...so dia pun kawin dengan org lain....hehehhehe..
Mcm aku...ada gak dua tiga lagu-lagu raya nie yg byk kenangan tapi aku dah malas dah nak ingat semua tuu...tapi bila dengar ada je kenangan..tapi ada satu lagu tu aku nak tujukkan pada Mr.s...hehhe lagu "dayangku intan-Senandung Raya Untukmu"..
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara - ( tak dpt rya skali sbb lom kawen-rya dgn mak bapak aku dulu)
Dan semoga kekal sejahtera
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya
Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga
Friday, September 11, 2009
Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir
ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)
Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
-Petikan dari Berita Harian-
Oleh yg demikian...marilah kita sama2 memperbanyakkan amalan kita..Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat bertemu dengan ramadhan yg akan datang...Inilah peluang yg kita ada..Insyallah mana tahu tahun ini kita dipertemukan oleh ALLAH dengan malam lailatulqadar...Malam seribu bulan.










