Followers

Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Belated Birthday

Assalammualaikum...

Lamanya mummy simpan entry nie. Dah dekat2 2 minggu lebih. Almaklumlah sbuk dengan kerja dan urusan runahtangga. Well 2 minggu lepas mummy dan anak-anak sambut birthday daddy sayuti, Ingat nak buat surprise tapi tak jadi. Hahhahahah..Padan muke ko. Isk2..

Plan dia mmg dah menarik. Begini plannya aku ada beli kek dekat on of the online homemade cake. So ingat nak gie amik kek tu sendiri lah tapi bila aku nak kuar sendiri..byk plak soalan dari daddy. Kebetulan hari tu 28 January 2013 kan cuti ganti thaipusam, so apa masalahnya aku nak kuar sengsorang amik barang kat putrajaya. Mmg tak dapet le. So aku terpaksa bawak daddy & anak-anak sekali. Daddy sibuk dok tanya nak pi mana? amik apa? aku siap cover line cakap nak amik barang kat putrajaya. Nak dijadikan cerita mummy terkantoi masa akak tu call. Mummy tak dengar dan aku terlupa yg setiap call yg mummy tak angkat akak diforward ke hdfon daddy, So terkantoilah kat situ. Daddy angkat dia tahu klu ada call yg macam nie biasa nie nak amik kek. Aduhai...(bkn salah akak kek tu ). 

Takpalah kantoi pun kantoilah..asalkan hajat nak bagi kek tu tercapai. Kek ada nie mmg sedap. Mummy order kek rainbow. Pada sapa2 yg stay sekitar putrajaya, cyberjaya or putra perdana bolehlah try check this website Balqisya's Choc Shop.


Pada daddy Happy Belated Birthday & Semoaga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki.

 Mummy, sha & dira alwayz love u 

Friday, March 19, 2010

Teringin cempedak goreng


sedapnya klu dapat mkn cempedak goreng ptg2 nie...bersama plak dgn horlick panas...perghhhh mmg sodap...kat mana aku nak cari cempedak nie...bkn musim dia lagi.....
teringinnya.....

....Kuatnya alahan aku nie...

ermmm.....loya, mual & pening ...Ya Allah kuatkan semangat aku untuk menghadapi semua ini...Namun aku bersyukur kerana aku masih mampu berdiri & sihat ke pejabat. Tapi aku mohon maaf pada suami aku sbb aku dah tak leh nak bau2 ikan, daging, udang & mana2 lauk....Bagi aku semua tu dah hanyir sangat.....rasa nak muntah sangat2....sian dia skrg nie mkn pun kena masak sendiri....selera aku tak menentu....kdgkala mkn nasi...kdgkala tak lalu....mkn ikut suka...tapi paling suka roti.

Dari sesuatu yg aku peroleh dari pakcik google:-

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.




Tuesday, March 2, 2010

Apa Ada Dgn 'LAWA'

LAWA? klu diikutkan istilah bahasa melayu lawa ialah cantik....ermm tapi pernah tak anda semua terdengar @ terfikir bahawa LAWA jgak merupakan sejenis makanan....hehehhe...klu anda tak pernah tahu mai sini cheq nak cerita....LAWA...nie merupakan sejenis makanan yg ala2 sushi yg datangnya dari negeri pantai timor....iaitu kelantan....saya tak pasti sama ada semua rakyat kelantan tahu tak mengenai perkara nie...menurut kata suami saya (kan org kelantan)...makanan ini agak dikenali di daerah tawang, bachok dan biasanya org2 yg dok dkat dgn pantai yg selalu mkn nie...

LAWA nie diperbuat daripada ikan dan sayur-sayuran spt kacang panjang, daun pucuk jagus, daun kesum, limau nipis. LAWA nie akan dicampur semuanya dan dibiarkan seketika...sebenarnya limau nipis tu yg akan memasakkan ikan tersebut...ikan tu tak digoreng/dimasak/direbus....disebabkan aku teringin sangat nak mkn semalam suami aku buatkan....mmg betul tak hanyir pun ikan tu..sbb kita dah biarkan limau + ikan bersama ditambah pulak dgn daun kesum...wah mmg wangi....mmg terangkat le...




inilah hasilnya...LAWA





Friday, February 19, 2010

Tenangkanlah Hatiku Setenang hati suamiku

Ya allah aku berterima kasih kerana dipertemukan jodoh dgn dia..Walaupun dia tidak kaya dgn harta tapi kaya dgn budi bahasa...kaya dgn kasih sayang..kaya dgn cinta & kasih...kaya dgn ilmu agama...syukur padamu ya allah...Ya allah kau tenangkanlah hatiku sebagaimana kau tenangkan hati suamiku menghadapi segala dugaan, segala rintangan, segala masalah...aku tidak tahu kenapa air mata ini mengalir pada pagi ini......kuatkan semangatku...cekalkan hatiku...permudahkan segala urusan kami...Amin



Tuesday, February 9, 2010

Doa Suami Isteri


Ya Allah…

Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…

Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…

Buat semua pasangan suami isteri di luar sana terutama sahabat2 ku:-




Jiha & Semut Api



Tinie & Mie



Hus & Ijan

I

Ieda & Pasangan



Zura & papa



Yan & pasangan



Sham & pasangan



Aishah & Izo



zai & pian



Rose & Mie



Aishah & Pasangan



Ina & Pasangan



Mcna & Pasangan



El & Adam











Tuesday, January 12, 2010

Apa Birthday Gift Paling Sesuai Buat Husband???


Bila dah baca tajuk...aku dah jadi blur...apalah birthday gift pertama yg aku nak kasi kat suami aku nie....almaklumlah nielah kali pertama aku sambut birthday my hubby nie...yelah tahun lepas wish je sbb baru kenal kan...so takda hadiah pun takpa...smpat kasi sepotong kek secret receipe je...tahun nie takkan nak kasi sepotong kek je kan....ermm aku tak tahu nak beli hadiah apa....nak celebrate mcm mana....smlam dia dah berbunyi dah....saja nak ingatkan aku....sayang..28 nie birthday abg...aku buat tak tahu je....huhuhuuhuu..buat2 mcm tak tahu...So klu boleh nak tanya pendapat kawan2 semua kot2 ada cadangan....hehhehehhe



Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...