Followers

Showing posts with label baby alyafarisya. Show all posts
Showing posts with label baby alyafarisya. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Dah Lama tak Berblog

Salam...

Aduhai..lamanya tak berblog...nak tulis pun malas skrg nie..tapi aku rasa kenalah jgak update sikit..walaupun tak banyak...well awal tahun nie sampai skrg mmg bz..almaklumlah project baru tengah running..macam2 poning pala den..anak pun makin membesar..dengan masalah internet kat rumah..MAXIS 3G lansung takda kat rumah aku....padahal rumah adik ipar aku kat kampung tu bleh ada...nie kan pulak area puchong...nak buat apa pun tak leh....GERAM rasa..bila call cakap MAXIS takda masalah..bila nak terminate dia bagitau kena bayar rm1000...gilo ke apo...aduhai...

Minggu pilihanraya sibuk di kampung...Cuti 5 hari merehatkan minda dan buat pilihan yg tepat demi negara....Minggu lepas sibuk kenduri anak buah di K.Pilah dan member kawin di Kelana Jaya..Minggu nie masalah air plak di area rumah...Aduhai...tapi takpalah bak kata suami mummy "Tabah dan Redha, Semua ini dugaan dari Allah buat insan2 yg terpilih" 

Insyallah andai ada kesempatan di lain hari, mummy akan update sikit..Jmpa lagi yer :)

Nie gmbar anak buah mummy bertunang minggu lepas - 11/5/2013 - Tahniah

Gmbar terbaru kami...along, adik, mummy dan abah :)


Monday, January 7, 2013

2012 - Kenangan Tetap DI Hati

Salam..

Hari nie dah 7 January 2013. Heheh Mummy laks masih lagi kat 2012 ke? Takdalah saja je nak coretkan what happen last year, 2012. Well byk kenangan yg tersemat di hati. Syukur Alhamdulilah Tuhan masih memberi nafas pada mummy utk teruskan kehidupan ini. Jom kita kongsi apa terjadi sepanjang 2012 walaupun tak banyak cerita.

11/4/2012 -  Kelahiran My 2nd Princess


Nama : Nur Asma Nadhira Mohd Sayuti
D.O.B : 11/4/2012
P.O.B : Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah
Weight : 4.13 Kg

Mesti korang semua baca pun terkejut kan tgk berat my baby..Mummy sendiri pun terkejut. Nurse & dr yg sambut pun terkejut sebab dia scan last sebelum bersalin is 3.28, paling besar boleh gie pun 3.5/3.8kg. So mummy pun legalah kan. Tapi bila dah kuar , nurse timbang - 4.13kg. Huyoo besar tu. Dah le tu bersalin normal plak. Semua makcik2 yg datang melawat and mak bidan terkejut. Apapun itu semua kuasa Allah. Hanya DIA yg tahu yg terbaik buat kita.

Daddy nadhira pun terkejut ..tapi bila tgk perkembangan nadhira yg lebih cepat dari kakak dia, daddy selalu cakap nadhira dia dah membesar dalam perut, cepat matang tu yg besar. Now nadhira dah 9 bulan on January 11, 2013. Dah pandai merangkak dengan lajunya, dah meniti jalan dan juga skrg nie nadhira dah boleh berdiri sendiri cuma nak menapak tanpa pegang dia masih belum lagi. Gigi dah mula nak tumbuh, 2 batang di bawah, 2 di atas. Alhamdulilah mummy masih lagi bf nadhira dan mummy kena beware sbb gigi dia dah tumbuh. Hehehhe..


 26/12/2012 - My 1st Princess - 2 years old


Dah makin besar anak mummy sorang nie. Uih mulut toksah cakap lah. Dah pandai dah. Macam-macam dia dok tanya. "Ibu apa tu ibu..Abah apa tu abah." Kalau bab marah adik dia klu makan benda-benda kutip serah je kat dia. " Apaaaaa nie"..Satu lagi dua-dua nie memamg tak boleh dipisahkan. Klu hantar akak sorang atau adik sorang je kat pengasuh mesti tak senang duduk diorang, nak kena ada dua-dua baru boleh. Tahun 2012 along farisya dah 2 tahun, doa mummy semoga kedua anak-anak mummy nie sentiasa di lindungi ALLAH dan menjadi anak-anak yang solehah, anak-anak yg bijak.

 
13/11/2012 - Majlis Persandingan Adikku
 
Semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..dan cepat2 dapat baby :)


19/12/2012 - Istana dibina mencecah 3 Tahun

Alhamdulilah istana yg dibina tahun 2012 telah mencecah 3 tahun. Segala suka, duka, susah, senang kami hadapi bersama ditemani dua puteri tercinta & comel farisya & nadhira. Semoga ikatan yg terbina ini berkekalan sehingga akhir hayat kami. Amin. 
 
Alhamdulillah sekali lagi kerana daddy lulus peperiksaan AO. Setelah 6 bulan berjuang ke kelas, sabtu & ahad, tinggalkan kami berhujung minggu dirumah, akhirnya penat lelah daddy berbalas dengan kejayaan. Syukur.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Actually tak banyak perkara yg berlaku dalam tahun 2012. Cuma kecil-kecilan jer. Cuti-cuti pun takda. Mummy and anak2 tak banyak bercuti ke mana2 pun because after mummy deliver my 2nd baby daddy dah sibuk dengan kelasnya. So thun 2012 tahun kami bercuti di rumah je. Oh ya 2012 juga meninggalkan kisah duka buat daddy sebab one of his uncle, Pakcu Pa meninggalkan kami pada penghujung November
 
Semoga 2013 membawa kebahagian buat kami sekeluarga, dimurahkan rezeki, menjadi insan2 yg soleh dan solehah. AMin...Rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkan 

"Happy New Year 2013"

Wednesday, March 7, 2012

WW - Farisya yg ayu bertudung

Semoga anak ibu ini menjadi anak yg solehah dunia & akhirat

Tuesday, November 1, 2011

Happy birthday Sayang

Assalammualaikum...

Mungkin entry ini dah terlewat tapi nak juga tulis....heheheh..Alhamdulilah farisya telah menjangkau umur setahun pada 29/10/2011. Walaupun tiada sambutan yang meriah namun ada jugak disediakan kek untuknya. Nak beli kek besar2 tak terhabis kami nak mkn. Just for her. Lagipun dia masih kecik. Masa kami dok sibuk nyanyi2 lagu untuk dia pun, dia nampak blur2. Mungkin dalam hati dia dok kata, "apalah yg dok abah dgn ibu buat nie..nyanyi2..." Tapi mmg that day dia sngat aktif..berjalan ke hulur ke hilir di dalam court futsal, yelah kebetulan that day abah dia ada tournament. Tegur org tu org nie..jalan no nong je..tak tgk org..tak takut org pun...Ibu plak penat melayan..

Ibu doakan anak ibu sorang nie berjaya dalam hidup dan menjadi anak yg solehah..berjaya dunia akhirat..Ibu & abah sayang Isya...

P/s: Thanks pada atuk-> buatkan pulut kuning utk isya...:)

Tuesday, October 25, 2011

Rindukan Senyumanmu Syg


miss this little baby....skrg dh mula berjlan dan semakin hari semakin cerdik....

Wednesday, July 27, 2011

Wednesday, July 20, 2011

Farisya @ home.....

                                                           mana abah nie tak balik lagi...

apa pandang2 ....

bosan tunggu abah....panjat2 kejap le

 wahhhh....ibu tak bagi main handphone

  penat main sandar kejap le

2 hari duk rumah melayan farisya....abah keje direct 3 hari....so kejap2 jelah jumpa abahnya...sian dia....

Tuesday, July 12, 2011

Farisya @ Floria Putrajaya









hehehhe.....nanti nak gie lagi tgk bunga api, bot berhias & pusing2 ....tak puas bergambar dengan farisya

Friday, July 8, 2011

Thursday, July 7, 2011

Toddlers 'N' Babies June Contest

Tadi saja check2 kat Toddlers....alhamdulilah rezeki sekali lagi memihak pada farisya & daddy.....Tahniah :)

Monday, July 4, 2011

Farisya @ 8 month




Dah pandai skit senyum bila tgk camera.....klu tak dulu masam je mukanya....kena diagah dulu baru nak senyum....ermm selain daripada tu dah pandai bye2....sebut abah...pandai muah2...kiss2....dan menurut kata pengasuh dah boleh jadi kakak...bila mia tido...nak enjut....and pandai muah mia....hehehhe....pandai anak ibu skrg...

Monday, May 9, 2011

6 Bulan...

Pejam celik....pejam celik dah 6 bulan farisya skrg nie....sekejap je masa berlalu...ermmm rasa mcm baru semalam je melahirkan dia....bila dah menjangkau 6 bulan nie mcm2 karenah si kecil nie.....Dari meniarap skrg dah nak merangkak...dah pandai posing nak duduk, dan semalam plak dia pegang meja cabinet tv nak bangun plak...aduhai...penat melayan...skrg satu umah dia dah meneroka....habis semua barang2 dia dah geledah....skrg sian kat dia muka naik ruam yelah musim panas kan....





Friday, April 29, 2011

Lagu Menyusu Sama-Sama

You and me, me and you,
It's a huge responsibility,
Look at them, look at you,
You can feel the love when they look at you.
Me and you, you and me,
There's a world of possibilities,
Raising them, protecting them too.

Mari kita sama sama, sama sama,
Menyusu baby .. baby
Ibu anak sama sama, mana mana,
lebih erat hubungannya ohhh...

Mari kita sama sama, sama sama
Menjamin baby baby, baby baby baby...
Riang ria, sihat sihat, cerdik cerdik,
Semoga hidup sempurna.

It can be tough sometimes, it ain't easy,
They'd cry sometimes, you'd go crazy,
But at the end of the day, hard as it may,
You'd melt when they stare into your eyes....

You and me, me and you
It's a huge responsibility
Raising them, protecting them too.

Komposer / Lyric: Brian Lee Toh Chu

adap from: Diari Nick Hakimie2

Monday, April 25, 2011

Bowling with Farisya

Best..Enjoy with hubby & isya...but ada perkara yg terjadi we have to remember next time...don't play2 sangat...remember ye mr hubby & also to myself... jom layan picture..











Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...