Followers

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

2012 - Penuh dgn Girl

Assalammualaikum...

2012 - tahun baru dan tahun nie byk aku lihat sahabat2 aku yg nak hamil dan baru bersalin..Rata2nya kebanyyakkan semuanya girl. Wah dipenuhi bunga2-an lah kan...Setakat nie belum ada lagi kumbang yg datang..Apapun aku ucapkan tahniah pada sahabat2 yg baru melahirkan anak dan pada bakal-bakal ibu yg menanti saat2 kelahiran cahaya mata anda....semoga semuanya selamat melahirkan dan dipermudahkan.

Pada geng office, Syamil -> tahniah kerana wife dia selamat melahirkan girl...so sweet and so cute-> Ayra Sophea..

Pada Sarah -> geng Kustem -> tahniah -> a girl jugak comel  -> Aishah Ayra

Pada zen, reen, eida, hus, aishah, me myself and other blogger yg sama2 hamil...semoga kita semua dipermudahkan dalam segala hal....

Petua mudah bersalin :-
  • baca Surah Maryam start from 3rd trimester
  • masa dah contraction (dlm labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
  • mintak maaf kat husband, sbb org ckp kalo byk dosa ngan husband susah branak
  • mkn kurma masa pregnant
  • byk berjalan 
  • byk2 berdoa kpd Tuhan supaya dipermudahkan utk bersalin nanti

Tuesday, January 17, 2012

Perit rasa tekak



Aduhai sejak masuk 7 bulan mengandung nie.....aku rasa mcm aku dah tak leh mkn benda2 pedas...sbbnya aku rasa perit tekak sgt klu mkn pedas...ntah le kenapa...maybe baby dalam perut ibu nie tak suka pedas2 kot...tak leh terima benda2 yg pedas....rasa sakit tekak dia kot....hehhe..demi anak kedua ibu nie...ibu ikut saja....padahal masa farisya tu dulu....klu takda benda pedas...aku tak leh nk mkn....heehehehe...tulah bila mengandung mcm2 leh berlaku...apa yg kita suka jadi tak suka...apa yg kita tak suka...semuanya suka...hehehe..inilah dugaan mengandung namanya...

Thursday, December 1, 2011

Minyak Kelapa Dara

Mesti ramai yg tak tahu mengenai khasiat minyak kelapa dara @ VCO. Aku actually dah tahu le masa awal2 dulu sebelum hamil...then baru2 nie aku terjah blog one of my friends...baca2..nampak mcm this is good for health...So aku nak tahu lebih lanjut....aku pun decide tanya cik google about this...Rupanya mmg byk khasiatnya...So tanpa berlengah lagi aku pun order this product..Alhamdulilah ptg semlm sampai this product...Jom kita baca sama2 apa khasiatnya utk ibu yg hamil..

Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Selain bagus untuk kulit, kesihatan dalaman dan luaran, VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, VCO tiada side effect kerana dia bukan ubat. Rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita juga kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkaran yang baik. Pengambilan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyaAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah sebuah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesubuan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.

Berdasarkan pengalaman pengguna VCO sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak
  • Kurang masalah keletihan dan tidak bertenaga semasa bekerja.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat/minyak walaupun berlaku perubahan hormon sewaktu hamil.
  • Sistem penghadaman lancar dan tiada masalah sembelit.
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil.
  • Masalah kulit meregang/merekah dapat di atasi.
  • Kulit bayi cantik dan tidak jaundis.
  • Sentiasa bertenaga dan tidak letih (dalam tempoh 10 hari awal berpantang)
petikan dri : stokis catalyst

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010







Wah cantik tarikh di atas, selepas 10.10.10. Tarikh tu jatuh pada hari ahad, so ramailah yg kawin tapi tarikh nie 20.10.2010 jatuh hari rabu...so sapalah yg nak kawin kan time2 org tgh keje nie...tapi maybe untuk bersalin mungkin ada kebetulan due date is today...Bagi aku this tarikh setakat nie nothing happen just nak update what happen sepanjang this week. ..Semalam aku gie jmpa pakar O&G putrajaya....Pasal kencing manis aku nie sepanjang kehamilanku...Alhamdulilah dr kata takda apa...cuma aku kena repeat BSP isnin minggu depan sbb minggu nie BSP aku tak berapa cantik...jika this monday tak cun, aku maybe dah kena induce awal....tapi klu cantik aku akan diinduce dalam 4/11/2010 ikut tarikh awal due date aku...apapun aku harap aku dapat bersalin awal sebelum tarikh tu, bersalin normal...takyah induce2....tgk haritu masa kat wad tgk dia kena induce katanya sakit...dr masukkan ubat... dan macam2 lagi....Semoga segala urusan aku dipermudahkan...Amin... Pada sahabat2 yg mengenali saya, dan pada blogger2 di luar sana...saya ingin memohon seribu kemaafan andai ada salah & silap.....jumaat nie saya akan bertolak balik ke Sg. Petani dan insyallah bersalin di sana...Doakan saya selamat sampai dan melahirkan bayi kami yg sulung....


Wednesday, October 13, 2010

Syukur ALhamdulilah...

 
Salam kawan2....actually takda apa sangat nak update...Ermm cuma kdgkala kerisauan di dalam hati melanda....hehehe...Baru2 nie...11/10/2010 jam 1 pagi aku telah dimasukkan ke wad...Bukan sbb nak bersalin..belum sampai lagi waktunya...yelah due date aku 4/11/2010. Aku dimasukkan ke wad sbb baby kurang gerak...setelah dibuat CTG, dr kata jantung baby ok, berdenyut dgn baik, dan pergerakkan pun ok..tapi disebabkan aku ada kencing manis dr takut kes2 seperti bayi mati dalam kandungan secara mengejut disebabkan ibu mengalami kencing manis...So aku kena diletakkan di bawah pemerhatian untuk tgk mcm mana jantung & pergerakkan baby. Setelah seharian aku dipantau alhamdulilah semuanya ok..Pakar check dan aku berpuas hati dgn pergerakkan baby. Bukan main aktif anak ibu bila masuk hospital...Syukur alhamdulilah ...Skrg nie pun baby tgh aktif....rasa pergerakkannya....

Dok kat hospital mmg membosankan....dah le sebelah menyebelah aku semua dah nak bersalin...ada yg kena induce...dok tahan rasa sakit....kesian plak tgk diorang....mcm mana le aku nanti...moga2 dipermudahkan semuanya....Bila dengar tangisan bayi yg baru lahir membuatkan aku rasa tak sabar nak tunggu anak ku lahir....
 

Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.

"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)
 
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)
 
 “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Friday, October 8, 2010

HB1Ac Test

3 minggu lepas aku ada amik ujian ini...Risaunya...

HbA1c (purata gula dalam darah selama 3 bulan) – 7.0% atau kurang lagi. Harap2 ujian ini rendah daripada 7.0%.....Lagi 2 minggu kena jmpa pakar laks... Ya Allah kau permudahkan segala urusanku ...Amin

Thursday, October 7, 2010

Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Sedar tak sedar....dah 36 minggu kehamilan aku....sekejap sahaja ku rasakan...mcm mimpi kan...bila dah hampir nie berbagai perasaan yg hadir & bercampur gaul....Moga semuanya dipermudahkan utk aku...So dari hari ke hari byk benda yg aku explore dan nak tahu mengenai tanda-tanda bersalin....dan selepas aku bertanyakan pakcik goggle...byk info yg aku tlh temui dan mungkin kita boleh kongsi bersama bagi bakal ibu2 yg sama2 dgn aku tgh menunggu hari nie...Jom kita sama2 share:-

Minggu ke-36 kehamilan

Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Berat badan yang semakin bertambah.Bengkak pada tangan dan kaki, terutama pada hari-hari terakhir. Ini adalah biasa, tetapi jika anda tiba-tiba mengalami bengkak pada muka atau peningkatan berat badan secara mendadak, jumpa doktor segera.Temujanji anda dengan doktor perlu dibuat seminggu sekali sehingga anda bersalin pada trimester ketiga ini untuk mengawasi berat badan, degupan jantung dan kedudukan si manja anda.

Fetus pada minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Tanda-tanda hendak bersalin

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:
1.
Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus
2.
Enema; untuk membersihkan usus besar
3.
Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks
4.
Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
1.
Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya  mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.
Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak. 

3.
Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.





ermm:- bagi aku skrg nie....tanda- tanda seperti kerap membuang air kecil, sakit perut, memulas, kerap buang air besar, kerap terkentut selalu juga aku alami skrg nie...cuma skrg menanti tanda2 yg lebih besar. Semoga semua urusan aku dipermudahkan .....Amin...Doakan aku ye kawan2...

Tuesday, October 5, 2010

Posisi Tidur Semasa Hamil

ermmm dalam sedar tak sedar...rupanya skrg aku dah masuk ke trimester ke 3, dah 35 minggu....skrg nie berdebar menanti saat kelahiran....ermmmm byk benda yg aku alami saat2 35 minggu kehamilan nie terutamanya waktu tido....tido aku dah tak berapa lena mcam dulu sebab asyik terasa nak ke toilet je....nak berubah posisi semasa tido pun sakit...Tido pun ada posisi yg betul agar ia tidak mendatangkan apa2 effect pada bayi yg dikandungkan...Untuk menyelesaikan masalah nie aku pun tanya lah pakcik google tips2 tido yg selesa:-

Posisi Tidur Semasa Hamil

Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:

#1: Saiz perut yang semakin besar
#2: Sakit belakang
#3: Pedih ulu hati
#4: Sukar bernafas
#5: Insomnia
Posisi yang terbaik


#1: Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
#2: Bengkokkan kaki anda.
#3: Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
#4: Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
#5: Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda(daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.


Posisi yang harus dielakkan


#1: Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah:
#1: sakit belakang,
#2: pernafasan,
#3: penghadaman,
#4: sembelit,
#5: pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.

#2: Tidur meniarap

:-) Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.



p/s: Harap info ini akan dapat menbantu anda di luar sna yg mengalami masalah sperti aku.......

Tuesday, August 24, 2010

Amalan Ketika Mengandung

Panduan buat sahabat2 yg tengah hamil dan panduan untuk diri sendiri

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Yaasin
3. Surah Ayatul Kursi
4. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik 
5. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 
6. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
7.Surah Al-Araaf ayat 189

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (kesuatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): "Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi dari orang-orang yang bersyukur".

8. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

  
Yang bermaksud:


"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa."

9. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

10. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

11. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

12. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

13. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 

14. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

15. Surah An-Nahl ayat 78 - Untuk memudahkan bersalin 
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
   
Wallahu a'lam.




Tuesday, August 17, 2010

Checkup 28 weeks

Harinie aku checkup 28 weeks.....well everything berjalan lancar....semuanya ok cuma tadi nurse bagitau aku berat aku naik mendadak....naik skit lebih 1.5 kg daripada sepatutnya....wah aku bila dengar terus jadi risau..yelah bulan lepas naik skit....bulan nie naik mendadak.....misi bagitau klu lagi 2 minggu naik lagi ....aku kena jumpa dr buat check lanjutan...aduyai takut nya....dah le aku ada kencing manis nie..puas tiap2 dua minggu buat bsp....takkan kena minum air gula lagi...on nooo....taknak2...

sebelum aku gie check up nie, minggu lepas aku sakit sangat kat bawah perut....tak tahu kenapa.. ..disebabkan risau kot2 ada effect kat baby aku so aku + mr hubby gie klinik pakar AN-Nur di bangi untuk mencari punca kepada masalah tersebut......sampai sana aku minta dia buat test air kencing...sbb aku ada tanya kawan2 dan pakcik goggle...klu sakit bawah tu samada kencing kotor atau perkembangan perut....yelah baby nak besar kan..lepas dapat result air kencing...dr kata air kencing aku kotor...so takut jgak le aku almaklum le bahaya juga sbb dia boleh effect baby....nasib baik le tak teruk sangat ....dr bagi ubat antibiotik and wajib habiskan....Alhamdulilah skrg dah tak rasa sakit and pesan dr suruh minum air banyak2...
I will dr ...untuk baby ku apa sahaja aku sanggup buat...

then pada hari ahad lepas.....disebabkan keinginan diriku + Mr.hubby nak tahu baby nie gurl ke boy...so we decide gie scan...pujuk2 le baby nie .....tapi tak tunjuk gak....kata dr nak belakang dia je....muka pun tak nampak.....dr kata baby sihat....berat dah naik 1.2kg dan dari bentuk belakangnya nampak mcm baby gurl....ermm tapi tu dr tak conform sangat....isk2 rupanya anak ibu nie nak surprisekan ibu & ayah ek....takpalah kami sentiasa sabar menanti kehadiranmu sayang...

ermm well hope next 2 week berat aku tak naik sangat....risau gak ...mcm2 aku baca kat google....semoga semua urusku dipermudahkan ....amin



Monday, July 5, 2010

Perasaan Yg sukar Digmbarkan

ERmm...apa dia perasaan yg sukar digmbarkan? 
Skrg dah ckup 22 minggu aku hamil....Melalui pembacaan aku masa nie baby dah mula bergerak aktif...

Minggu 18 – 24
Pendengaran makin tajam dan mula peka dengan bunyi -bunyian luar. Jika terdengar bunyi yang kuat, bayi akan menendang dan ibu sudah boleh merasakan pergerakan bayi ketika ini. Gigi susu mula terbentuk pada usia 19 minggu.



Bagi aku yg sedang hamil nie perasaan yg sukar digmbarkan ialah apabila bayi yg di dalam kandunganku ini mula bergerak2.....Tak tahu nak citer mcm mana....tapi mmg tak leh nak digambarkan bila dapat merasakan tendangan anak ibu nie...Maybe smlm dia nak sembang2 dgn ibu & ayahnya....Nak ayah dia pegang2 dia....Bila tangan aku dan suamiku mengusap2 perut barulah dia diam...Dapat merasakan degupan jantungnya jgak merupakan sesuatu yg ckup istimewa...

Tadi masa aku dok rehat2...terasa lagi tendangan anak ibu...mungkin nak berbual dgn ibu...Yelah harinie ibu penat skit...So mungkin nak tanya "ibu shat? ibu penat ek?" ....hehehe...Ibu ok cuma harinie penat skit..tido lewat smlm melayan anak ibu...heehhe..tak sabar rasanya menanti kelahiran anak ibu nie...
.

Monday, June 21, 2010

Minggu ke 19...

Baru2 nie....aku gie scan baby....nak tahu kesihatan dia dan pembesaran baby nie....Alhamdulillah sihat dan semakin membesar...dah 282gram baby nie. Aku tak dapat nak tgk clear sbb dia alihkan pemandangan screen scan tu kat hubby aku....so dia sorang le dok tgk....dalam dok tengok2 tu baby aku smpat mengeliat kat abah dia....hhehhehe siap angkat kaki dan tangan....maybe to say 'hai to abah'..suami aku kata cute sangat masa tu....ermm takpalah ....apapun ibu doakan anak ibu ni shat ....ibu dan abah tak sbar menanti kehadiran mu sayang....apapun jantina still tak tahu sbb tak nampak lagi kata dr....maybe after 6, 7 month....



Thursday, June 17, 2010

Hasil Ujian BSP

Alhamdulilah smlm selesai sudah aku menjalani ujian BSP...aku dikehendaki berpuasa dari pkul 10 mlm sebelum ujian tu....Pagi2 aku dah smapi....jadi org pertama buat BSP kat klinik desa pulau meranti...syukur ke hadrat ILAHI....setakat nie aku takda diabetis melitus....darah di ambil 4 kali...dan setiap bacaan tak lebih dari 5.0..bacaan menunjukan 

4.3 - fasa berpuasa
4.6 - fasa selepas breakfast
5.0 - fasa selepas lunch
4.2 - fasa selepas dinner

takdalah merisaukan ....dan aku kena teruskan diet yg aku amalkan iaitu 

pagi2 - susu + 2 keping roti wholemeal (gardenia)
tghari - nasi (secawan) + sayur2 + ayam / ikan
mlm (sblm 8 mlm) - sup sayur / susu + roti wholemeal
dan amalkan byk minum air suam....dan setiap hari aku mkn 2 biji buah epal hijau
bagi anda yg gemar mkn nasi cuba beras taj mahal beras hiberponik...utk penyakit kencing manis (aku nak try beli mkn beras nie)

Menurut kata nurse klinik aku kena datang checkup setiap 2 minggu skali....nak tgk tahap gula dalam darah aku....ermm takpalah ada hikmah disebalik semua nie....yelah nak bagi aku jaga pemakanan dan baby dalam kandungan...Semalam masa aku dok tunggu nak amik darah....ada sorang akak nie lagi kesian...dia ada diabetis dan setiap hari dia kena cucuk insulin 4 kali sehari....kesian kat dia....dah le skrg dia hanya 3 bulan mengandung...bayangkan dia kena amik selama 9 bulan dan setiap hari 4 suntikan insulin...menurut kata ayah aku insulin nie boleh menyebabkan penglihatan kita kabur....ermm agak bahaya gak...so moral of the story aku kenalah take care of myself....

Friday, June 11, 2010

Dah tahu keputusan MGTT....Next BSP

Hari rabu baru nie aku dapat call dari klinik desa pulau meranti...nurse tu cakap aku punya gula agak tinggi, aku tak berapa faham apa yg dia cakap..cuma yg aku tahu dia cakap fasa berpuasa 5 ++ dan fasa selepas minum glokose 7 ++....dia kata aku ada kencing manis....so dia nak aku jalankan ujian BSP minggu depan....katanya aku kena amik darah 4 kali...uih byknya ..dia juga pesan kat aku jgn byk mkn karbohidrat/gula...kena kontrol...takut laks aku....so tanpa membuang masa aku pun tanya pakcik google....apa tu ujian BSP...

BSP merupakan ujian yg dikenali sebagai Blood Sugar Profil untuk menentukan sama ada ibu hamil mengidap diabetes (gestational diabetes) atau pun tak. Dalam ujian ini, seseorang itu dikehendaki mengambil darah:



1. sebelum makan pagi
2. sebelum makan tengahari
3. sebelum makan malam
4. pada jam 9 atau 10 mlm

Ujian ini akan dijalankan sepanjang mengandung.....





Monday, June 7, 2010

Ujian MGTT dan Cara Penyusuan Bayi

Apa itu ujian MGTT....Ermm pada ibu yg hamil mesti nak tahu apakah ujian ini kan...Aku dikehendaki menjalani ujian ini pada jumaat lepas...lepas baca kat internet mengenai pengalaman org2 yg pernah alami ujian ini......aku agak gerun gak tapi demi kesihatan anakku dalam perut nie aku gagahkan hati jua...Oklah biar aku terangkan pada bakal2 ibu apa tu ujian mgtt...

Ujian MGTT atau Modified Glucose Tolerance Test merupakan ujian bagi mengesan sama puan menghidap kencing manis atau diabetis yg kadang kadang muncul semasa mengandung sahaja.
Ujian ini memerlukan kita berpuasa selama lebih kurang 10 jam sebelum darah kita diambil. Selepas itu, kita akan diarahkan minum segelas air gula berisi 70 gram glukos. Selepas 2 jam, darah kita akan diambil lagi. Ada juga yg mengambil darah pada 1 jam dan 2 jam yg dikenali sebagai three point test..

First time aku minum....Ya allah manisnya....tapi terpaksa tahan...ada setengah mummy tak tahan dan terus muntah.....ada yg pening....Aku ada lah rasa nak muntah & pening tapi alhamdulilah masih dapat di kawal...Aku masih lagi tak tahu hasil ujian aku..sbb lepas amik darah kedua tu dia suruh balik and amik result kemudian...so aku akan amik result pada 22 june nie....Hope semuanya ok...

Dalam masa dok tunggu 2 jam tu...semua mummy yg hadir diberikan taklimat mengenai cara penyusuan bayi....Banyak info yg aku dapat...almaklumlah inikan first baby aku jadi kenalah byk belajar...Antara info yg aku leh kongsi dgn rakan2 sekalian....


Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi sumua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebenarnya, susu pertama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu.Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir.
Di samping itu kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti ciri birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sebab tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat yang sehebat itu.

KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI
Penyusuan inu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :
  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
  • Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
  • Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.
  • Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.
     



KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK DIRI ANDA SENDIRI
Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya :
  • Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.
  • Berita baik , Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
  • Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko.
  • Ia mengurangkan risiko barah buat dada dan ovari.
  • Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Anda boleh mula menyusukan bayi anda  sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ke-3 dan ke-4. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini d inamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’. Jangan risau, bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menysus bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.
  • Kedudukan Badan
Pastikan anda selesa. Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan ATAU duduk bersandar di atas kerusi.
Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sebingga susah ia mencapai punting untuk menyusu. Dan janganlah terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merehatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.
  • Cara memegang bayi
- Bayi dipegang rapat dengan anda
- Bayi diampu dengan baik
- Bayi berhadapan dengan anda
- Mulut bayi berada di bawah punting bila anda bersedia untuk menyusunya
- Kepada, leher dan belakang bayi lurus
Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila menyusu.
  • Bagaimana bayi menyesuaikan mulut bila menetek
               
    Pastikan bayi anda sendiri mencapai punting anda. Bila bayi mencapai punting anda pastikan :
- Mulutnya terbuka luas
- Bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitar punting.





Thursday, June 3, 2010

Perkembangan Baby



Buat semua sahabat2 ku yg sama2 tengah hamil....buat anda.......Tahniah...

Tak sabar menanti kelahiranmu anakandaku...

Friday, March 19, 2010

Teringin cempedak goreng


sedapnya klu dapat mkn cempedak goreng ptg2 nie...bersama plak dgn horlick panas...perghhhh mmg sodap...kat mana aku nak cari cempedak nie...bkn musim dia lagi.....
teringinnya.....

....Kuatnya alahan aku nie...

ermmm.....loya, mual & pening ...Ya Allah kuatkan semangat aku untuk menghadapi semua ini...Namun aku bersyukur kerana aku masih mampu berdiri & sihat ke pejabat. Tapi aku mohon maaf pada suami aku sbb aku dah tak leh nak bau2 ikan, daging, udang & mana2 lauk....Bagi aku semua tu dah hanyir sangat.....rasa nak muntah sangat2....sian dia skrg nie mkn pun kena masak sendiri....selera aku tak menentu....kdgkala mkn nasi...kdgkala tak lalu....mkn ikut suka...tapi paling suka roti.

Dari sesuatu yg aku peroleh dari pakcik google:-

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.




Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...