Followers

Friday, November 6, 2009

MsCraft Giveaway




Giveaway lagi...mai2 jom2 ramai2 memeriahkan majlis...masuk2 jgn tak masuk....Tadi dalam aku dok godek2 blog member2 terserempak dgn blog MsCraft Shoppe nie....Menarik blog dia...Sebelum masuk giveway nie aku round le kat blog nie...erm blog nie menawarkan pelbagai barangan..expecially bunga yg dibuat sendiri oleh pemiliknya cik rai & cik akma....yg aku teruja bunga tangan....almaklumlah aku kan nak kahwin...mcm nak tempah je bunga tangan tuu...nampak menarik...aku diketengahkan ....hehehehe...Selain daripada itu, terdapat juga bunga2 lain yg disediakan...disamping tu ada jugak disediakan kelas utk mereka yg berminat nak join...Logo MsCraft pun menarik gak...Kreatif ....Blog yg simple tak crowded dan byk gmbar yg diselitkan utk tatapan kita yg ingin mengetahui mengenai setiap produk yg ada...So apa lagi blogger2 yg ada....apa kata kita sama2 joim giveaway nie....mana taulah kan ada rezeki masing2..walaupun aku nie baru mengenali MsCraft aku nak jgak join...mana tau ada rezeki...dan ada rezeki leh beli product2 yg ada kat sini.Apa org cakap tak kenal maka tak cinta..Syarat2nya tak susah....Klik sini jer....

This giveaway will be ended on 12pm 111109..
Nama pemenang akan diumumkan pada 121109..
Jom2.....good luck




Wednesday, November 4, 2009

2009 Year End Contest

Ini entry sticky mode....Plz scroll down for new entry

Tadi dalam aku dok baca2 blog aku terjmpa satu blog nie...dia punya handmade design mmg cantik...mmg ada kelas u oll...Erm dalam dok godek2 terpandang le satu contest kat blog nie..so apa lagi aku saja je nak cuba nasib mana tau kot2 ada rezeki kan...try lah...

1. Step 1: How many love did you see in the picture as below?

answer: 23

Step 2,3,4 & 5 -done-

-tq-

sapa2 nak join leh click kat sini



My Sweet Little Shop Giveaway




Sempena pembukaan onlinebabyshop blog ini, pemiliknya my sweet little shop,nak bagi giveaway pada rakan2 blognya .....ermm pada sesapa yg nak join jom sama2 kita klik kat sini...Jom2 kita memeriahkan lagi giveaway nie...

Antara syarat2nya ialah:-

1. mestilah kena jd follower my sweet little shop n add my sweet little shop dlm bloglis korang -done-
2. letak banner atas ni kt sidebar korang n link sekali ke giveaway nih -done-
3. wat entri psl giveaway nih -done-
4. jgn lupa link back ke blog nih..-done-
6. tgalkan link da siap kt ruangan komen bwh ni..-done-

Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah...so kira lucky winner ler...Seramai 3 orang pemenang bertuah akan dipilih..Disamping join giveaway nie korang leh lah jenguk dan kalu berminat leh lah beli barangan di sini....



Friday, October 30, 2009

Milkylaynas Giveaway





Ermm...tgh dok bosan2 aku gielah berjalan2 ke blog2 rakan2 yg lain...tetiba terjumpa satu blog nie...cantik2 tu dia punya clip...mmg sangat comel...lain daripada yg lain..sbb ia adalah handmade clip..apa kata jom kita ushar2 apa yg ada di sini...jom..





Antara koleksi yg ada...byk lagi kat blognya

Selain daripada tu, blog ni juga ada menyediakan giveway ..jom sama2 join...

cara nya...

1. terbuka kpd followers mikylayna shj... yg belum tu cpt2la follow ye... letakkan mikylayna dlm blog list anda -done-

2. buat entry mengenai mikylayna's giveaway -done-

3. nyatakan apa yg anda lihat menarik tentang koleksi mikylayna dan pilih satu hairclip yg paling anda rasa comel sgt (kalau anda menang,clip ni akan mnjadi milik anda)
-tak kisah le akak yg mana2...rambang mata saya tgk..(andai ada rezeki saya)

4. jgn lupa tinggalkan link & email anda di sini -done-

* boleh gunakan gambar2 dr koleksi mikylayna utk entry anda

giveaway ini akan ditutup pada 12.00 tengahari, Sabtu, 7 Nov 2009

TQ


Thanks Akak Viruspadu

heheh...malu pun ada...segan pun ada...aku sebenarnya dah lama dah dok blaja buat sticky mode nie...dari 2,3 blog aku blaja tapi tak lepas2 jugak...tak pandai2 jugak...akhirnya aku beranikan diri tanya le akak viruspadu....hehhehe...nasib baik dia ada masa utk aku walaupun sekejap sementara dia nak gie solat....tq sgat2 akak..ajak melalui ym terus menjadi...dia ada jugak kasi link utk aku blaja buat nie kat blog dia -> viruspadu...siap aku kena puji je sbb cepat blaja...malu adik hehhehhe
yant_tie: salam akak
zaimah noh as viruspadu: salam
yant_tie: sibuk ker?
yant_tie: nak tanya sikit
zaimah noh as viruspadu: nak gi solat sbnrnya
zaimah noh as viruspadu: takpe
zaimah noh as viruspadu: tanya dulu
yant_tie: hehe pasal blog
yant_tie: kejap je
zaimah noh as viruspadu: ha pe dia
yant_tie: nak tanya pasal sticky mode
yant_tie: buat2 tak jadi lah akak
zaimah noh as viruspadu: taip laju2 hikhikhik
zaimah noh as viruspadu: pakai blogspot ek
zaimah noh as viruspadu: jap aaa
yant_tie: dok tgh ceeramoon ajar
yant_tie: tak jadi jer
zaimah noh as viruspadu: ni akak punya version http://viruspadu.blogspot.com/2009/02/tutorial-auto-publish-dan-sticky-mode-d.html
zaimah noh as viruspadu: dia mcm ni tau
zaimah noh as viruspadu: publish dulu waktu semasa
zaimah noh as viruspadu: lepas tu baru edit balik tukar masa
yant_tie: oo maksudnya tak yah nak save le
yant_tie: terus publish ek
zaimah noh as viruspadu: takyah
zaimah noh as viruspadu: publish terus
yant_tie: kiranya taip2 terus publis
yant_tie: ok2
zaimah noh as viruspadu: iyoooooooo
zaimah noh as viruspadu: yesza
zaimah noh as viruspadu: wah cepat anak murid paham hari ni
zaimah noh as viruspadu: bagus
yant_tie: takyah save le kiranya
yant_tie: mmg terus publish je semua ek
zaimah noh as viruspadu: iya dong
zaimah noh as viruspadu: ok paham dah kan
yant_tie: aduh terima kasih akak
yant_tie: udah paham
zaimah noh as viruspadu: akak gi solat ek
yant_tie: ok
yant_tie: tq2

p/s:- tq akak jasamu dikenang....heheheh




Happy Belated Birthday Adindaku

aduhhhh......mcm mana aku boleh lupa nak add entry utk adindaku nie...Dah dekat 5 hari birthday dia...Tapi apapun hadiah birthday dah ada& wishes dah bagi pada pagi 26hb Oktober 2009. ..Maaf ye adik min....Jangan marah...cayang adik....

Yong doakan adik Dimurahkan rezeki...Dipanjangkan umur..sentiasa berada dlam keadaan sihat...dipercepatkan jodoh..Dan berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi...amin



Birthday Kek utk adik..Yong balik nanti kita celebrate k



Ni lah dia adik min ku...hehhhe


Wednesday, October 28, 2009

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Tadi lepas bf kat cafe...ada makcik cafe tu tegur Mr.S bagitau harini last tau...Aku pun jadi blur..apa bendalah yg harinie last...So aku pun tanya le Mr.s

aku :- Abg apa yg makcik tu cakap harinie last?

Mr.S :- ermm dia cakap bakal pengantin tak leh jmpa selalu...lagi sebulan tak elok..nanti org cakap bukan2...hilang seri..

aku:- ermm..ooo..

Aku pun apa lagi masa lunch hour tadi saja le godek2 pakcik google dan cari le mana patut...apa dia petua seri pengantin and aku jmpa this info...maybe boleh le kongsi maklumat nie sama2 dengan yg lain yg bakal nak naik pelamin mcm aku....hehehhehe..

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.


p/s: mana yg berkaitan kena amalkan nie....

post signature

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...