Maafkan aku...Penyesalan dari hati yg tulus ikhlas....Semoga ianya menjadi iktibar buat aku di masa hadapan...
Followers
Wednesday, November 30, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Tahniah Harimau Muda
Walaupun dah lama tak bersiaran, hari nie aku kembali dgn semangat mengaum setelah HARIMAU MUDA telah berjaya mengalahkan sang garuda. Mcm mana aku boleh terjebak tgk bola...kat umah hanya ada satu tv so bila suami dah kuasai tv aku kenalah ikut sama....Sampai farisya tgk je aku dgn hubby menjerit bila Malaysia menjaringkan gol..lepas tu dia pun mula le jering gooo...gooo walaupun tak gol....siap sengih2 tgk kami...hehehe..
Mereka telah menunjukkan aksi yg menarik...Bertahan, mengasak...Aku tak pandai nak komen apa2 sebab aku pun baru je dok layan bola semalam...apapun tahniah Malaysia...tahniah Harimau Muda....mesti diorang balik dgn pesawat khas yg menanti...:)
Sepakan penalti dari badrul yg membuahkan hasil...tahniah badrul dan fahmi yg berjaya menyelamatkan pintu gol malaysia
Friday, November 4, 2011
Salam Aidiladha
Salam Aidiladha ...Pada mereka yg balik ke kampung berhati2 di jalan raya..Ingatlah org yg tersayang...
Tuesday, November 1, 2011
Happy birthday Sayang
Assalammualaikum...
Mungkin entry ini dah terlewat tapi nak juga tulis....heheheh..Alhamdulilah farisya telah menjangkau umur setahun pada 29/10/2011. Walaupun tiada sambutan yang meriah namun ada jugak disediakan kek untuknya. Nak beli kek besar2 tak terhabis kami nak mkn. Just for her. Lagipun dia masih kecik. Masa kami dok sibuk nyanyi2 lagu untuk dia pun, dia nampak blur2. Mungkin dalam hati dia dok kata, "apalah yg dok abah dgn ibu buat nie..nyanyi2..." Tapi mmg that day dia sngat aktif..berjalan ke hulur ke hilir di dalam court futsal, yelah kebetulan that day abah dia ada tournament. Tegur org tu org nie..jalan no nong je..tak tgk org..tak takut org pun...Ibu plak penat melayan..
Ibu doakan anak ibu sorang nie berjaya dalam hidup dan menjadi anak yg solehah..berjaya dunia akhirat..Ibu & abah sayang Isya...
P/s: Thanks pada atuk-> buatkan pulut kuning utk isya...:)
P/s: Thanks pada atuk-> buatkan pulut kuning utk isya...:)
Friday, October 28, 2011
Alhamdulilah ....rezeki dari Allah
Alhamdulilah, hari nie aku masih mampu menyedut udara segar di pagi jumaat ini.. Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaannya. Di pagi jumaat ini aku berasa sgat bersyukur di atas 2 kurniaan yg Allah telah berikan kepada aku dan keluarga. Betullah orang kata setiap anak tu ada rezeki dia masing2.
Actually ada 3 berita yang mengembirakan kami sekeluarga. Pertama sekali farisya bakal dapat adik...Alhamdulilah...Perkara nie aku tahu agak lambat gak lah....masa aku tahu aku dah 2 month lebih pregnant tapi aku rahsiakan dulu kat kawan2 & sedara....nak surprise le katakan....heheheh...tapi skrg aku dah 16 weeks pregnant. Aku tak kisah boy or girl, yg penting this baby sihat dan selamat mcam kakak dia.
Secondly, alhamdulilah berita yg mengembirakan from the office. Biasalah klu dari office apa lagi klu tak naik apa2 yg berkaitan dgnnya. Syukur itulah rezeki anak katakan. Berita nie actually aku tak berharap sgt because byk sgt benda berlaku at the office membuatkan aku takdalah fikirkan sgt. Apapun terima kasih kerana menghargai segalanya.
Ketiganya, alhamdulilah esok farisya akan menjangkau umur setahun..Dah boleh gelar kak long dah nie. Perkembangan sangat baik. Dia dah boleh berjalan skrg walaupun tak selaju budak2 lain. Dia tak pernah kenal erti takut, jika dia jatuh dia akan bangun dan terus lagi untuk berjalan. Dia jgak dah tunjukkan sikap seperti seorang kakak mcm dah paham yg dia bakal akan ada adik. Sebut pun dah pandai skrg - abah, bu (ibu), dah, nak. Gigi pun baru nak tumbuh 2 batang. Nampak mcm dah bengkak gusinya. Apapun ibu dan abah bangga dengan farisya.
Semoga Allah Mengurniakan kami rezeki yg berlipat kali ganda pada masa akan datang. Amin
Pengertiannya:~
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Tuesday, October 25, 2011
VIdeo yang Meruntun Jiwa
Aku menitiskan air mata bila tgk video ini....Anda harus sama2 saksikannya....Bila dah ada anak nie citer2 melibatkan kanak2 membuatkan air mataku mengalir sendiri..
Kredit to : ohbest
Subscribe to:
Posts (Atom)










