Followers

Thursday, December 18, 2008

Lunch @ German Deli Imbiss

Today ...aku + geng2 office gie lunch kat German Deli Imbiss Ara Damansara....fuuuu kenyang gile aku....Burger dia mmg kaw besar & sodap...wa cakap sama luuuu.....korang patut mencuba....mesti kenyang gilee....Antara menu2 yg kami order ada di bawah...korang tgk ah kesedapannya.....jgn terluih sudah....



p/s: Thanks to abg jai ......belanja we all semua....semoga dimurahkan rezeki.....amin
korang patut mencuba...best ooooo.....mkn ala2 german

Wednesday, December 17, 2008

_@Penang...Here We Came_@

huhuhuhu...dah lama rasanya aku tak ke penang....lepas dah pindah ke Sg petani....Baru nie aku & geng SP ke penang...saja nak melawat wawa.....sempat juga kami nie bergambar...pantang nampak camera....hahahhaha.....



Monday, December 15, 2008

Northern VOC Picnic To Sedim

Lama tak pi picnic...baru nie cuti sempena raya haji aku join geng2 northern voc gi picnic ke sedim...sampai kedah kul 5 pagi..pkul 8 lebih dah ada org kejut aku pi sedim..apa lagi aku pun terus bersiap...mula2 kumpul kat tol selatan sg petani...bila geng A.S sampai kami ke kulim kumpul dgn geng2 sana laks...bila semua dah kumpul kami terus ke Sedim...Thanks to geng VOC northern....





Friday, December 5, 2008

- @ Malam Sehati Berdansa @-

Aku dapat email dari Talent @ Audience Coordinator Astro ...Aku minta nak gie tgk mlm sehati berdansa....huhuuhu...lepas pergi....so mlm tadi aku + azie + k.uji + june + zura gie lah kesana....

Terima kasih kerana menyokong “Sehati Berdansa” ..

Sila hadirkan diri pada setiap hari khamis (8.30mlm-jangan lewat) untuk malam sehati berdansa.

Pakaian mengikut tema & jangan pakai selipar @ sandal.

Kanak2 dibawah umur 12tahun tidak dibenarkan sama sekali …

Terima kasih ..

Mula2 gie tu kami agak bosan gak ah....Yerlah ramai org....tak dapat dok depan...tak dapat tgk...alah dah le jauh laks tuu...tapi kami dgn keinginan nak tgk bergasak gak ah ke depan...tak tahu le muka masuk tv ke tak ...klu masuk jgn lupa saksikan malam sehati berdansa minggu nie....malam bolloywood.....hahhahaahah

Sebagai kenangan aku ada amik gmbar dengan mazin dan isterinya...huhuhuuh


Thursday, December 4, 2008

-@ SeLamat Pagi Cinta @-

Cinta Yg Mahal Xperlu diucapkan....Cinta yg Agung itu adalah Pengorbanan...Tak ramai Yg Sanggup Berkorban ....Untuk Org Yg Dia cintai....

-@ Selamat Pagi Cinta @-


Semalam aku + azie + zura sempat gie melepaskan tension dengan mononton wayang....tgk citer -@ Selamat Pagi Cinta @-.... Nice story bgi remaja yg bercinta....Well ada part2 yg aku suka citer nie....
1. Masa amani nak naik moto tapi tersalah naik keta.....huhuhuh...hahahah...
2. Masa bangun pagi2, Pierre ucapkan Selamat Pagi Cinta, Fazura Balas Selamat Pagi
Sayang (Jiwang kejap)
3. Masa Que + Amani gaduh, Que siap angkat Amani....nasib baik si Amani tu kecik klu
besar mampus juga nak angkat...
4. oo ya...masa Que pandang2 Amani...depan Amani ada mamat lembut.....dia perasan ingat
Que dok pandang dia ...hahhahahhah

Not bad the story cuma....saat2 sedih tu tak sempat nak feeling dia dah tukar scene....tapi ok lah permulaan buat pengarah baru yana...aku suka sangat lagu dia...so sweet lah....

Monday, November 17, 2008

CoretAn

Hmmm....dah lama dah tak update blog....Harinie aku kurang sihat....Ermmm keje pun balik awal...well mlm nie rasa buhsan laks...tapi keje still kena buat....hari nie aku melewati blog2 member2 aku ....blog irnie, aishah & zen..tak tahu nak buat apa kan....nak kuar tak sihat.....ermmm
oh ya smlm ada budak baru msuk umah kitaorng...makin meriah le umah kami..tapi biasalah budak bru mesti diam kan tak berapa pandai lagi nak berborak tapi klu dah berborak dgn kami nanti mesti besh....huhuhuuh....

oh ya tadi aku dapat email dari MYNIC, kena pulak gie interview pasal kes aku punya MOSTI projek melibatkan DNSSec....huyooo penat pulak aku nak study nanti...dah le pasal kelas tak habis study lagi nie....training aku nak buat nie pun poning kepala nak cari tepat dia....nak pi morib or PD....takpalah esok aku cari quotationnya...huhuhuhuu....

Well buat msa skrg nie....aku buat apa yg patut dulu....kat office load balancing, streaming server & mobility IPv6 menanti...aduh....mcm2...belum masuk lagi keje2 lain lagi...aku suka sangat le menanguhkan kerja...bila la nak berubah nie...huhuhuhuh.....

Bngun2 yanti oiiii....cepat2 buat keje....huhuhhuu

Tuesday, November 11, 2008

MiStErI & teRus MiSteRi

Aduh.....hari nie terasa nak tulis menulis...nak coret menyoret....2,3 menjak nie mcm2 jadi kat familu 7283....fuuuuu....Dugaan tuhan buat aku....Minggu lepas umah aku kena masuk pencuri....klu ikut nie dah kali ke2 benda nie terjadi....2 bulan lepas jadi gak yg hilang notebook & duit umah....poning gak kami memikirkannya....kali nie jadi lagi....yg menjadi misteri kali nie nak kata org bkn org sangat....sbb dalam sekelip mata dia boleh hilang...menurut kata2 beberapa pihak org yg masuk umah kami nie org yg menuntut ilmu....yg leh meresap & masuk sesuka hati...mmmm...
eee takutnya....

Yg penting dalam hati kita....jgn takut sangat & jgn berani sangat...Semoga ALLAH permudahkan kami semua, lindungi kami semua dari segala perkara yg tidak diingini..amin

Thursday, October 30, 2008

My Broadband Exhibition


Today...bos aku bagi pelepas utk aku & the gang gie tgk exhibition nie...so aku apa lagi...tanpa melenggahkan masa aku chow ke sana....kul 10 aku gerak dah....dengan pakai baju kurung selamba je aku ke sana....huhuuh



Tuesday, October 21, 2008

Sambutan Hari Raya - NTS & NetCtrl

Tahun nie sambutan hari raya kat pejabat aku agak berlainan skittak macam tahun lepas tahun nie kami menyambutnya di Penang Village...Alah2 gathering makan gitu....Lauk dia bukan main banyak lagi...kekenyangan kami di sana....Thanks a lot pada organizer....Bab2 mkn mmg serah kat dua cluster nie....layan jer....huhuhuh











Majlis Perkahwinan Haryani + Hairi

Dah selamat mmber aku sorang lagi nie....Harinie dah bergelar Pn Haryani pada 19 Oktober 2008.. Tahniah semoga dimurahkan rezeki dan kekal hingga ke akhir hayat...Thanks jemput aku, and mmber2 lain...





Monday, October 20, 2008

Berita Mengejutkan

Pada hari jumaat lepas....aku dapat berita mengejutkan mengenai kawan aku yg dia masuk hospital..Punca dia masuk wad, dia mengalami hamil luar rahim...dia sendiri pun tak tahu yg dia hamil..Kesian aku tgk dia, dia kena operation... Aku sempat juga gie tgk dia...Sayu hati aku melihatnya....Aku doakan dia tenang dan tabah menghadapi dugaan ini.

Bila balik umah aku rasa mcm nak tahu mcm mana kejadian nie berlaku...Apa simtom-simtom, punca2, dan macam2 lagi...so aku pun search @google. Apa yg aku jmpa membuatkan aku takut laks nak beranak...Tapi semua nie ketentuan Ilahi...Dia yang maha mengetahui...Redha dan terima dgn hati terbuka...

Kehamilan Luar Rahim (Info from blog Dr. Azwan)

Apa itu Mengandung Luar Rahim?

Apa yang pelajar perempuan itu alami ialah Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.

Kenapa Mengandung di Luar Rahim?

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.

Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian.

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.

Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.

Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim

Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.



Monday, October 13, 2008

Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati

Penghuni 7283 yg dah kawin.....

Actually dah 2,3 org penghuni 7283 yg dah kawin....dah bertunang pun adalah 2,3 org....aku mcm biasa lah jodoh tak sampai lagi....nak wat mcm mana kan....aku redha... raya baru nie Tinie dah menamatkan zaman bujang...tak lama lagi ada lagi 2 org.....Sebelum tu Jiha + Na + Afzan. Afzan skrg dah dikurniakan seorang anak perempuan....sempat gak gie tgk anak dia...Well pada sahabatku 7283 yg dah berumah tangga aku doakan kalian semua bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yg comel....

G-ha + Risal


Tinie + Mie

Memori Berbuka Puasa 7283 - 24 September 2008

walaupun dah masuk bulan syawal tapi kenangan berbuka puasa bersama7283 takkan di lupakan...hehehe masakan dia not bad tapi tahu tak harga sejug air tembikai laici rm26...terkezut kami jadinya...aduh....kami taknak dah pi mkn kat sana....serik hahahhahahhaha. apapun memori ini tetap dalam hati kami semua 7283.....







Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...