Followers

Friday, February 29, 2008

Hikmah bertaubat

Apakah taubat? Taubat dari segi bahasa bermakna kembali manakala erti istilah ialah kembali mendekatkan diri pada Allah setelah tersasar jauh daripada-Nya.

TAUBAT adalah magnet paling kuat dan berkesan untuk berubah. Seorang yang jahat akan berubah menjadi baik setelah bertaubat, seorang yang bermulut lancang akan menjadi pendiam dan beradab setelah bertaubat dan seorang yang syirik menjadi alim setelah bertaubat.

Hakikat taubat adalah menyesal terhadap apa yang telah terjadi, meninggalkan perbuatan tersebut serta-merta dan memiliki keazaman yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa yang akan datang.

Taubat adalah sebuah keinginan untuk kembali kepada Allah. Landasan taubat adalah mencari Allah. Kecenderungan bertaubat terdetik di hati kerana keinginan yang membuak-buak untuk membuat perubahan dan penyesalan yang tidak terhingga.

Pertama sekali, niat untuk bertaubat harus murni. Kemurnian ini memberi petanda kepada keikhlasan untuk mencari hidayah dan semoga hidayah tersebut akan dilimpahkan ke atas hati yang sedar dan insaf. Kesucian inilah yang menarik kuat kasih sayang Allah.

Junjungan besar Rasulullah mengucapkan doa ini, yang dibaca setiap kali berwuduk iaitu: Ya Allah, jadikan hamba termasuk ke dalam 'At-Tawwabiin' (mereka yang bertaubat), dan jadikan hamba termasuk ke dalam 'al-Muthahhirin' (mereka yang disucikan). Bahkan Rasulullah pun masih memohon kepada Allah untuk dimasukkan ke dalam golongan orang yang bertaubat. Bagaimana pula dengan kita?

Keinginan taubatKeinginan untuk bertaubat adalah pilihan dan panggilan Allah terhadap hamba yang dikasihi-Nya. Sekiranya terdetik dalam hati dan mulai tumbuh bibit-bibit kegelisahan dalam hidup ataupun rasa kuat keinginan untuk kembali kepada-Nya, itulah tanda Allah sedang memanggil dan insya-Allah, hidayah sedang menusuk ke dalam hati kita.

Kesempatan ini harus digunakan sepenuhnya dan jangan sesekali diabaikan. Peluang sebegini bukannya mudah untuk mendapatkannya kerana hasrat untuk kembali kepada fitrah adalah suara hati setiap orang. Memilih untuk tidak mahu bertaubat dan tidak menghiraukan panggilan-Nya, maka orang itu termasuk orang yang zalim.

Seorang pemuda yang terlalu sedih kerana ditipu rakan wanitanya untuk berkahwin. Kesedihannya sangat panjang. Tiga tahun beliau menyimpan rasa kecewa. Setiap kali ada kesempatan beliau akan pergi ke tempat-tempat mereka pernah bersama, mengingati detik-detik indah dan ternyata keadaan itu membuatkannya berasa gembira. Tetapi apakan daya, wanita yang dicintainya ini seorang yang tidak setia dan tidak boleh dipercayai.


Runtunan hati yang merindui dan mengingati teman wanitanya membuatkan pemuda ini meluahkan isi hatinya kepada kaunselor yang berpengalaman. Mereka berhubung hanya melalui emel dan jawapan yang diberikan telah mengubah persepsinya selama ini.

Selepas tiga tahun menderita, akhirnya beliau melihat masih ada sinar dalam hidup yang tidak pernah beliau fikir. Berikut adalah jawapan yang mengubah paradigma dan membuatkan pemuda ini melihat masa depan yang lebih positif dalam hidupnya. Jawapan kaunselor kepada pemuda itu, begini:

Perasaan cinta kepada wanita itu adalah satu naluri semula jadi seorang insan. Namun, ia bukanlah harus disusuli dengan tindakan dan perbuatan yang melanggar hukum Allah kerana jika ini berlaku maka kita juga akan melawan hukum fitrah.

Cinta yang sejati sebenarnya akan lahir bukan sebelum perkahwinan tetapi selepas berkahwin kerana sesungguhnya Allah yang akan mempertautkan hati dua insan.

Jika Allah yang mempertautkan hati, ia akan berkekalan dan besar ertinya dalam kehidupan harian kita ini.

Persoalan mungkin timbul iaitu apa pula perasaan yang sedang saudara dan mungkin ribuan manusia di muka bumi ini merasainya - perasaan yang dirasai kepada seorang wanita sebelum perkahwinan.

Jika perasaan itu mendalam sehingga mengajak kepada satu tindakan yang kurang wajar seperti tidak tidur malam asyik memikirkan si kekasih, rindu dilepaskan dengan berjumpa selalu, yakinlah... dan yakinlah sebenar-benarnya ia bukan datang dari Allah tetapi dari syaitan yang terkutuk!

Syaitan yang membisikkan ke dalam diri seseorang insan itu agar terus berhubungan dan mempunyai perasaan yang bukan-bukan atas nama 'cinta' untuk mendekati seseorang.

Syaitan ada pada setiap diri anak Adam. Cuma bergantung kepada kita. Kalau kita kuat, syaitan tidak boleh buat apa-apa. Tetapi kalau kita lemah, kita mudah akan dipermainkan dan diperkotak-katikkan. Akhirnya, kita akan mudah menjadi hamba syaitan.

Percayalah, perasaan yang anda miliki ini adalah mainan syaitan dan bukannya 'cinta abadi' yang dicari oleh setiap insan.

Pokoknya kita kena bertaubat dan kembali kepada Allah dan tahu cara-cara bagaimana mencari isteri idaman agar dapat mencapai tahap kebahagiaan yang sebenar.

Thursday, February 21, 2008

Tanda si dia 'poket kering'

Perkara paling sensitif dalam hidup lelaki apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, "Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu" atau "apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?"

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.

"Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah." Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: "Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis."

Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

Pulang awal

Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.

Alasannya: "Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja."

Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: "Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya..."

Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: "Lain kali sahajalah kita pergi."

Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: "Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua."

Hanya menemani

"Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?" Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: "Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi."

Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. "Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih.

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya. - NOOR HASLIZA NUSI

Thursday, February 14, 2008

Jangan Bilang Tidak

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu

cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

video

Menyanggah persoalan cinta pada Hari Valentine

Sesungguhnya tidak ada cinta lebih utama untuk diberikan hanya kepada Allah SWT, kerana sebagai orang Islam, kita diajar oleh al-Quran, bahawa cinta sejati ialah hanya kepada Allah SWT sepertimana yang termaktub dalam ayat 165 surah al-Baqarah, Allah SWT berfirman maksudnya:"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah (objek-objek lain) selain Allah SWT, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah SWT. Adapun orang-orang yang beriman, mereka benar-benar mencintai Allah."

Jelas daripada penjelasan ayat di atas, mengkhabarkan kepada kita, bahawa cinta orang-orang beriman yang sebenarnya hanya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, ia bukan bermakna cinta antara manusia dengan manusia dilarang oleh agama, terutamanya cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita.

Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada Saidina Omar Bin al-Khattab, siapakah orang yang dia kasihi, sambil menyatakan bahawa baginda Rasulullah sebagai orang yang paling dikasihi termasuk anak isterinya, kemudian beliau ditegur oleh baginda dengan sabdanya: Tidak beriman salah seorang daripada kamu, hingga dia mencintai aku lebih daripada mencintai kedua orang tuanya, anak isterinya dan seluruh manusia amnya.

Hari Valentine bunuh semangat cinta kepada agama Apa yang dipaparkan di atas, jelas menunjukkan betapa ancaman Nabi Muhammad itu perlu diambil perhatian serius kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Ini kerana hari Valentine yang mengajak pasangan lelaki dan perempuan untuk berjumpa serta menunjukan rasa kasih antara satu sama lain dengan pemberian sejambak bunga dan sebagainya adalah lebih cenderung kepada melakukan maksiat kepada Allah SWT, kerana baginda pernah mengingatkan seluruh umatnya, bahawa pertemuan dua pasangan kekasih tanpa orang ketiga menemani mereka adalah terdedah kepada godaan dan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan perkara yang terlarang dalam agama Islam.

Sedangkan pasangan kekasih itu tidak mempunyai hubungan atau pertalian keluarga yang boleh menjuruskan keduanya kepada penentangan hukum Allah SWT dengan duduk berdua-duaan sama ada di taman bunga, di tempat-tempat sunyi yang jauh daripada pengetahuan dan penglihatan orang ramai, memudahkan mereka melakukan perkara yang tidak diingini.

Mereka sanggup menghabiskan masa bukan kerana Allah, juga bukan kerana persoalan agama, malah masa dihabiskan dengan duduk bersembang kosong tanpa tujuan yang jelas, mereka tidak sedar terdedah pada keadaan yang penuh dengan fitnah terhadap agama mereka sendiri, kerana terdapat di kalangan mereka yang berdua-duaan itu yang bertudung kepala, duduk di kawasan yang meragukan banyak pihak, akhirnya terlanjur.

Apabila semangat Valentine itu diaplikasikan dalam realiti hidup pasangan kekasih lebih daripada mengutamakan larangan Allah SWT, maka akan berlaku apa yang tidak sepatutnya berlaku.

Justeru, bagi mereka (khusunya pasangan lelaki dan perempuan remaja Islam) yang masih mahu menyambut hari Valentine yang lebih kepada semangat Kristian, ingatlah firman Allah SWT menerusi ayat 24 surah at-Taubah yang bermaksud : "Katakanlah – Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-mara, isteri-isteri kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut akan kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalannya, maka tunggulah hingga Allah datangkan keputusan-Nya, Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang Fasiq."

Tuesday, February 12, 2008

FIlem Cuci


Baru nie aku gie tgk filem cuci dengan kawan2 umah...Layan jerlah tgk midnite movie...buhsan giler...best gak citer dia...jalan citer yang simple ..tak payah aku nak pening kepala fkir apa akan berlaku seterusnya...Well komedi yang boleh diterima ah walupun ada 2,3 scene tu kurang masuk akal tapi menarik....tak kering gusi .....aku bagi 41/2 bintang kepada hans .....Tahniah cuci..cayalah

Bila Nak Saksi

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai

Wednesday, February 6, 2008

Esok Raya. Cina

esok dah raya cina..aku pun cuti...tapi kat office nie mcm kami pulak yang sambut semua senyap je takda sapa dah.....yg ada pun 2,3 kerat je...mengalahkan orang cina beraya...hehhehehehhehe....tapi biasalah cuti2 nie ramai yang nak balik kmpung, nak cuti2 malaysia....aku cm biasa mengambil kesempatan yg ada nie nak balik umah aku kat penang....aku tak dapat ah nak sertai member2 yg lain ke umah zul...majlis umah dia 9hb nie....apapun aku ucapkan selamat pengantin baru..

Semoga dimurahkan rezeki dan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Aku mcm nie lah tak tahu bila nak mkn nasi minyak aku sendiri....heheheh..orang kata jodoh tak sampai lagi...so mcm nielah aku jadinya....takpalah tunggu lah ada le tu jodohnya.....yg penting berusaha, berdoa insyallah semua tu akan datang...

Monday, February 4, 2008

Kenangan Cameron Highlands

26/1/2007 - Percutian aku bersama warga2 7283....best gak ....Kenangan Terindah bersama kak uji, tinie, hus, azie.

video

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...