Followers

Tuesday, December 20, 2011

Happy 2nd Anniversary Sayang - Love u 4ever

Pejam pelik pejam pelik dah 2 tahun kami bersama....Alhamdulilah ..Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya....

Daisypath Anniversary tickers

Nie zaman bercinta awal2 2009 

Masa bertunang 31 May 2009

 Majlis pernikahan 19 December 2009

Majlis bersanding 20 Dec 2009

Majlis menyambut menantu di Kelantan - 24 Dec 2009 (muka mcm temuk gomok)

Farisya dilahirkan pada 29 Oktober 2010...

Kini anak kedua bakal dilahirkan....Kami menunggu kehadiran mu pada April nie....2012....





Monday, December 19, 2011

Demam Sekeluarga


Minggu lepas was a bad week bagi kami sekeluarga....Aku kena demam...batuk & selsema...Namun aku bersyukur di atas segalanya kerana setiap dugaan yg diberikan oleh Allah ada hikmah disebaliknya... hampir2 seminggu aku MC....lepas aku kena plak si kecik....yelah si kecik asyik cium je aku...so berjangkitlah...Nie skrg si bapak plak kena....Aku doakan semoga my hubby cpt sembuh...and to my little baby...pun semoga cepat sembuh..yelah dok batuk2 lagi...sian bila tgk dia...sakit pun tak tahu nak bagitau kita...hanya tangisan yg menceritakan segalanya...

Salah satu ujian kesabaran bagi seorang muslim adalah sakit. Sakit bagi seorang memiki banyak hikmah, diantaranya:

1. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya. Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuninya dosa yang telah dilakukan termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuh. Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah karena dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.”
(HR. Tabrani).

2. Orang sakit yang mau bersabar akan mendapatkan pahala dan ditulis untuknya bermacam-macam kebaikan dan ditinggikan derajatnya. Rasulullah Muhammad Saw bersabda, “Tiadalah tertusuk duri atau benda yang lebih kecil dari itu pada seorang Muslim, kecuali akan ditetapkan untuknya satu derajat dan dihapuskan untuknya satu kesalahan.” (HR. Muslim dari Aisyah ra).

3. Sebagai timbal baliknya, ia akan selamat dari siksa neraka. “Aisyah Ummul Mukminin menerangkan sabda Rasulullah Saw bahwasannya sakit karena demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari siksa api neraka.” (HR. Al-Bazzar)

4. Selalu ingat pada Allah. Dalam kondisi sakit akan membuat orang merasa benar-benar lemah, tidak berdaya sehingga ia akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah Swt., Dzat yang mungkin telah ia lalaikan selama ini. Kepasrahan ini pula yang menuntunnya untuk bertobat.

5.
Selalu mengingat nikmat Allah. Sakit membuat orang tahu manfaat sehat. Tidak jarang orang merasakan nikmat justru ketika sakit. Begitu banyak nikmat Allah yang selama ini lalai untuk ia syukuri. Bagi orang yang banyak bersyukur dalam sakit, ia akan memperoleh nikmat.

6.
Pembersihan hati dari penyakit. Pendapat Ibnu Qayyim, “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cobaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Karenanya, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya. Akan membersihkan karatan jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah obat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci karena penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan ridha.”

Friday, December 2, 2011

Azam Tahun Baru Sempena maal hijrah


Azam? Bila kita berubah ke tahun baru...sudah pasti byk azam baru yg akan tertanam di dalam minda kita...Azam yg lama alhamdulilah ada yg dah tercapai dan azam tahun nie mana yg tak tercapai akan diteruskan dan sambil2 tu kita membina azam yg baru. .Insyallah aku akan teruskan azam ku, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH dan dimurahkan rezeki...


Thursday, December 1, 2011

Minyak Kelapa Dara

Mesti ramai yg tak tahu mengenai khasiat minyak kelapa dara @ VCO. Aku actually dah tahu le masa awal2 dulu sebelum hamil...then baru2 nie aku terjah blog one of my friends...baca2..nampak mcm this is good for health...So aku nak tahu lebih lanjut....aku pun decide tanya cik google about this...Rupanya mmg byk khasiatnya...So tanpa berlengah lagi aku pun order this product..Alhamdulilah ptg semlm sampai this product...Jom kita baca sama2 apa khasiatnya utk ibu yg hamil..

Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Selain bagus untuk kulit, kesihatan dalaman dan luaran, VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, VCO tiada side effect kerana dia bukan ubat. Rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita juga kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkaran yang baik. Pengambilan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyaAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah sebuah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesubuan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.

Berdasarkan pengalaman pengguna VCO sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak
  • Kurang masalah keletihan dan tidak bertenaga semasa bekerja.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat/minyak walaupun berlaku perubahan hormon sewaktu hamil.
  • Sistem penghadaman lancar dan tiada masalah sembelit.
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil.
  • Masalah kulit meregang/merekah dapat di atasi.
  • Kulit bayi cantik dan tidak jaundis.
  • Sentiasa bertenaga dan tidak letih (dalam tempoh 10 hari awal berpantang)
petikan dri : stokis catalyst

Wednesday, November 30, 2011

Bersalah


Maafkan aku...Penyesalan dari hati yg tulus ikhlas....Semoga ianya menjadi iktibar buat aku di masa hadapan...


Wednesday, November 23, 2011

WW - I miss You



Really Miss Both of You....

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda

Walaupun dah lama tak bersiaran, hari nie aku kembali dgn semangat mengaum setelah HARIMAU MUDA telah berjaya mengalahkan sang garuda. Mcm mana aku boleh terjebak tgk bola...kat umah hanya ada satu tv so bila suami dah kuasai tv aku kenalah ikut sama....Sampai farisya tgk je aku dgn hubby menjerit bila Malaysia menjaringkan gol..lepas tu dia pun mula le jering gooo...gooo walaupun tak gol....siap sengih2 tgk kami...hehehe..

Mereka telah menunjukkan aksi yg menarik...Bertahan, mengasak...Aku tak pandai nak komen apa2 sebab aku pun baru je dok layan bola semalam...apapun tahniah Malaysia...tahniah Harimau Muda....mesti diorang balik dgn pesawat khas yg menanti...:)



Sepakan penalti dari badrul yg membuahkan hasil...tahniah badrul dan fahmi yg berjaya menyelamatkan pintu gol malaysia

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha ...Pada mereka yg balik ke kampung berhati2 di jalan raya..Ingatlah org yg tersayang...

Tuesday, November 1, 2011

Happy birthday Sayang

Assalammualaikum...

Mungkin entry ini dah terlewat tapi nak juga tulis....heheheh..Alhamdulilah farisya telah menjangkau umur setahun pada 29/10/2011. Walaupun tiada sambutan yang meriah namun ada jugak disediakan kek untuknya. Nak beli kek besar2 tak terhabis kami nak mkn. Just for her. Lagipun dia masih kecik. Masa kami dok sibuk nyanyi2 lagu untuk dia pun, dia nampak blur2. Mungkin dalam hati dia dok kata, "apalah yg dok abah dgn ibu buat nie..nyanyi2..." Tapi mmg that day dia sngat aktif..berjalan ke hulur ke hilir di dalam court futsal, yelah kebetulan that day abah dia ada tournament. Tegur org tu org nie..jalan no nong je..tak tgk org..tak takut org pun...Ibu plak penat melayan..

Ibu doakan anak ibu sorang nie berjaya dalam hidup dan menjadi anak yg solehah..berjaya dunia akhirat..Ibu & abah sayang Isya...

P/s: Thanks pada atuk-> buatkan pulut kuning utk isya...:)

Friday, October 28, 2011

Alhamdulilah ....rezeki dari Allah


Alhamdulilah, hari nie aku masih mampu menyedut udara segar di pagi jumaat ini.. Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaannya. Di pagi jumaat ini aku berasa sgat bersyukur di atas 2 kurniaan yg Allah telah berikan kepada aku dan keluarga. Betullah orang kata setiap anak tu ada rezeki dia masing2. 

Actually ada 3 berita yang mengembirakan kami sekeluarga. Pertama sekali farisya bakal dapat adik...Alhamdulilah...Perkara nie aku tahu agak lambat gak lah....masa aku tahu aku dah 2 month lebih pregnant tapi aku rahsiakan dulu kat kawan2 & sedara....nak surprise le katakan....heheheh...tapi skrg aku dah 16 weeks pregnant. Aku tak kisah boy or girl, yg penting this baby sihat dan selamat mcam kakak dia.
Lilypie Pregnancy tickers

Secondly, alhamdulilah berita yg mengembirakan from the office. Biasalah klu dari office apa lagi klu tak naik  apa2 yg berkaitan dgnnya. Syukur itulah rezeki anak katakan. Berita nie actually aku tak berharap sgt because byk sgt benda berlaku at the office membuatkan aku takdalah fikirkan sgt. Apapun terima kasih kerana menghargai segalanya.

Ketiganya, alhamdulilah esok farisya akan menjangkau umur setahun..Dah boleh gelar kak long dah nie. Perkembangan sangat baik. Dia dah boleh berjalan skrg walaupun tak selaju budak2 lain. Dia tak pernah kenal erti takut, jika dia jatuh dia akan bangun dan terus lagi untuk berjalan. Dia jgak dah tunjukkan sikap seperti seorang kakak mcm dah paham yg dia bakal akan ada adik. Sebut pun dah pandai skrg - abah, bu (ibu), dah, nak. Gigi pun baru nak tumbuh 2 batang. Nampak mcm dah bengkak gusinya. Apapun ibu dan abah bangga dengan farisya.

Semoga Allah Mengurniakan kami rezeki yg berlipat kali ganda pada masa akan datang. Amin

Pengertiannya:~

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Tuesday, October 25, 2011

VIdeo yang Meruntun Jiwa

Aku menitiskan air mata bila tgk video ini....Anda harus sama2 saksikannya....Bila dah ada anak nie citer2 melibatkan kanak2 membuatkan air mataku mengalir sendiri..



Kredit to : ohbest

Rindukan Senyumanmu Syg


miss this little baby....skrg dh mula berjlan dan semakin hari semakin cerdik....

Monday, October 24, 2011

4 days to go....

utk apa? 4 hari lagi? haaa tungguuuuuuu....nantikannya

Friday, October 21, 2011

Muhasabah Diri - Jangan Bersedih, Inilah Cara untuk Bahagia


Jangan Bersedih:

1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.

7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.

11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.

15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.

19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya.

Coretan dari -; Janganbersedih

Tuesday, October 18, 2011

Hilang Stress Bila tgk Nie

Assalammualaikum...

jom layan this ...teringat kat farisya bila dia bersembang lebih kurang mcm nie lah...hehehehe

Friday, October 14, 2011

Keluarga bahagia


Amalan 8 Tips Dalam Keluarga (Ustazah NorBahyah)

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Bahiyah juga menekankan kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan Allah...dan insyaAllah DIA juga akan sentiasa mendengar seterusnya memakbulkan doa kita untuk mengecapi kebahagian rumahtangga bersama pasangan.

Thursday, October 13, 2011

Ku Pinang kau dengan Bismillah

Sejak semalam aku dok layan song from ungu...perghh jatuh hati plak dgn lagu2 dia...selama nie dok dengar lagu2 yg biasa kat radio...so tadi godek2 lah lagu2 yg tak pernah didengari...semalam dgar lagu penghujung cintaku.....harinie terpikat kat lagu Ku pinang kau dengan bismillah plak...rupanya ada sinetron kat indon yg tajuknya adalah this song....Bait2 katanya very puitis dan membuatkan aku teringat pada my hubby :)..

Sinopsis Ku Pinang Kau dengan Bismillah

Amar adalah mahasiswa yang mendapat beasiswa untuk mendalami ilmu agama Islam di Istanbul, Turki, berkat predikatnya sebagai siswa teladan di kampung halamannya Situbondo, Jawa Timur.  Ayah Amar berprofesi sebagai guru matematika, sementara sang ibu berjualan kue. Demi mendapat uang tambahan yang akan dikirimkan untuk orang tuanya, Amar sering menerima pekerjaan sambilan sebagai pemandu wisata khusus mengantar tamu-tamu serta istri-istri pejabat dari Indonesia.

Kupinang Kau Dengan Bismillah SCTV 
Selain itu, Amar juga bekerja di sebuah toko kue milik seorang janda keturunan Yahudi sebagai tenaga pembukuan, yang dilakoninya seminggu sekali. Di Turki, Amar tinggal di apartemen bersama Nordin, mahasiswa asal Malaysia yang juga menuntut ilmu yang sama dengan Amar.

Bila Amar menyikapi agama dengan pemikiran-pemikiran modern dan liberal, sebaliknya Nordin menafsirkan ilmu agama Islam dengan cara yang cenderung fundamental. Sikap yang berlawanan itu kerap menimbulkan konflik di antara Amar dan Nordin. Terlebih kegemaran Amar menulis puisi, yang di mata Nordin diartikan sebagai menyekutukan Allah. 

Sementara itu adalah Nirvana, seorang fashion designer yang sudah memiliki nama dan pelanggan tersendiri. Gadis berusia 22 tahun ini adalah putri Chandra Basuki, konglomerat pemilik rangkaian department store Paradishoppe. Nirvana adalah lulusan sekolah mode ternama, London College of Fashion. Dia bermaksud mengambil kursus tambah dan memperdalam ilmu fashion management di sekolah yang sama.
Nirvana mempunyai kekasih bernama Carlo, pewaris tunggal Saputraland, yaitu pengembang superblock ternama. Eddy Saputra, ayah Carlo, dan Chandra Basuki berharap hubungan Nirvana dan Carlo dapat menyatukan dua kerajaan bisnis mereka.

Kupinang Kau dengan Bismillah mengisahkan dua anak manusia yang berbeda latar belakang, dan perjuangan mereka untuk menggapai cinta sejati. Tidak hanya itu, sinetron yang mengambil lokasi syuting langsung di Turki ini memiliki banyak konflik seru sehingga membuat pemirsa penasaran untuk selalu mengikuti ceritanya. 


Lirik

Tuhan memberikan ku cinta
Untukku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkan ku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


Tuesday, October 11, 2011

Penghujung Cintaku

Aku bosan....so melawatlah rakan2 blog yg lain...sampai tu one blog My Special Memories...sambil dok baca entry aku dapat dengar one of this song...mmg betul kata penulis this blog kata2nya menyentuh hati dan bait-bait kata so sweet sangat...apa kata anda semua jom dengar this song sama2....from pasha ungu & adelia


Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

p/s: teringat masa awal2 kawin2 dlu....almaklumlah kami couple sekejap jer...beberapa bulan then terus nikah...bercinta pun lepas kawin ..and he promise that "aku kan menjagamu, ku kan selalu di sisimu seumur hidupku" :) so sweet.

Thursday, October 6, 2011

GiGi



Bercakap pasal gigi...aduhai takutnya aku....Terutamanya nak jmpa dentist...Tak suka...Aku klu ckp pasal gigi klu boleh taknak dengar....sbb aku takut sgt nak jmpa dentist or buat any treatment dgn diorang....Dulu masa umur aku 7-17...gigi aku dijaga baik oleh diorang....sebulan skali aku selalu kena gie checkup...sampai aku naik fobia bila dgar bunyi grrrrrrrrr....pada mesin yg digunakan utk korek gigi tu sebelum gigi ditampal..


So selama lebih 12 tahun, harinie buat pertama kalinya aku akan berjumpa dgn dentist ...sbb aku sakit gigi sangat...rasa malu pun ada...sebb gigi aku byk yg dah rosak...harap2 dr ok....huhuhuhu...well dari semalam dok fkir ..rasa nak demam pun ada nak jmpa dentist nie....isk2 penakutnya aku nie...nie pun en.hubby dah bising suruh jmpa dentist...aku kuatkan semangat nak gie jmpa...hehehehehe..semoga semuanya selamat ptg nie

Wednesday, September 28, 2011

My Office Hari Raya Celebration

Banyak gerai & pelbagai juadah....

 Mempersembahkan our gerai - nasi lemak ayam berempah (tradisional)

 Orang Kuat yg byk memberikan idea

 Mak dara & dara dalam group kami

 Bersama CEO kami - hensem & macho

 Our Team Member

Alhamdulilah....dapat gerai tercantik, tak kisahlah walaupun no 3....syukur :)

Tuesday, September 20, 2011

A Story to Share


Salam... Aku ada one story nak kongsi dgn semua sahabat2 bloger sekalian mengenai kejadian di kedai makan.. Aku hampir menitiskan air mata apabila membaca tragedi tu...Klulah jadi kat anak kita mesti kita jgak akan kekeringan air mata melihat semua tu....Jom kita baca this story

- Semoga Aisya cepat sembuh ....Aunty doakan aisya dan semoga mummy & daddy aisya kuat

Wednesday, September 14, 2011

Samseng Jalanan

Berhati2 lah anda...aku baru je kena ahad lepas di Kajang....Honda Accord silver....mmg agak kurang ajar...siap kuarkan spannar lagi....

Wednesday, September 7, 2011

Wordless wednesday

Dialah penawarku
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri

Rasanya masih belum terlewat untuk saya dan sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf di atas segala keterlanjuran dan tersalah kata.

Monday, August 22, 2011

Iftar KUSTEM 2002-2005 @ Beriani Gam Batu Pahat Kinrara


 Walaupun tak ramai yg join....tapi dah gamat rasanya....duk melekat taknak bangun dah rasanya.....Thanks to
Kak Wani & Cella
Kak Azna & hubby & anak2
Zai & Pian
Yus & isteri & anak2
Joke
Irnie & kawan & sepupu

Insyallah ada masa & ketika kita akan berjumpa lagi...

Tuesday, August 9, 2011

Rentetan One Minute 'Virtual' Simultaneous Breastfeeding

Alhamdulilah aku telah berjaya menyusukan anak aku seperti apa yg diminta pada 6 hb August 2011 baru2 nie...Tapi tak sempat nak amik gmbar sbb masa tu aku kat surau the mines....Tapi takpalah....Menurut catatan dari PGMMPS, kempen ini telah disertai 195 org ibu-ibu dan anak yg disusukan selama seminit pada jam 3 petang..Aku berbangga dapat join dan nama aku & my baby disenaraikan...



Tahniah pada semua ibu2 yg menyertai...Semoga segala usaha kita utk menyusukan anak kita dipermudahkan & diberkati...AMin



Friday, August 5, 2011

One Minute Virtual Simultaneous Breastfeeding - Satu Minit Penyusuan Serentak Secara Maya

Sempena penyusuan ibu sedunia, MMPS ( Mother to Mother  Peer Support ) menganjurkan Satu Minit Penyusuan Serentak Secara Maya di mana anda boleh menyusukan anak anda dimana-mana sahaja pada 6 Ogos 2011 jam 3 petang selama satu minit (sekurang-kurangnya). Masih belum terlambat lagi anda bertindak...Apa yg anda perlu buat untuk menyertai kempen ini adalah seperti di bawah:-

1. e-mel ke pgmmps@gmail.com sekarang nama ibu dan bayi, dan alamat
e-mel anda untuk pra pendaftaran
2. Susukan bayi anda selama satu minit pada 6 Ogos 2011 jam 3 petang     
3. Menjelang 3.30 petang hantar mesej melalui e-mel : pgmmps@gmail.com atau sms kepada 017-4259378/ 012-4156446/ 016-5533782  e-mail/sms mereka nama ibu dan bayi beserta alamat e-mel anda.
 
Mereka akan menghantar e-sijil kepada anda


Wednesday, August 3, 2011

JOM join BabyContest dan menangi hadiah Shaklee Performance Drink & AVENT !!!

Jom join this contest...Antara syarat2nya adalah seperti di bawah :-

a) Peserta perlu menghantar 1 gambar menarik anak-anak yang berumur 0-5 tahun. 

-Done-

b) Peserta perlu menjadi follower blog eLaila <http://elaila.blogspot.com/> , tinggalkan komen di entry ini dengan menyatakan follower ke berapa.
-Done-

c) Peserta LIKE page UKbabystuffs <http://www.facebook.com/UKbabystuffs>
-Done-

d) Peserta diminta meletakkan status " Jom join BabyContest dan menangi hadiah Shaklee Performance Drink & AVENT" >> Status ini tidak boleh di delete selama seminggu. - Done-

e) Setelah melakukan step b,c,d peserta diminta menghantar butiran seperti gambar, nama anak, umur anak, nama ibu, alamat, nombor telefon, ID facebook ke email ukbabystuffs11@gmail.com dan el_lail@yahoo.com
-Done-
f) Terbuka kepada warganegara Malaysia, Brunei dan Singapura.

Tarikh Tutup 10 August 2011....Jom Join

Tuesday, August 2, 2011

Happy World Breastfeeding Week

To all mummy di luar sana...yg masih menyusukan bayi anda....i wish u all happy world breastfeeding week..

Wednesday, July 27, 2011

Monday, July 25, 2011

Bersalin dalam Air

salam pagi sahabat semua....korang ada terbaca tak kosmo pagi nie mengenai Dr. Halina, isteri kepada angkasawan kita yg bersalin dalam air....perghhh terkejut den baca....tak pernah den dongar mengenai perkara nie....bila den search & tanya pakcik goggle rupanya benda nie ada....dan banyak diamalkan di negara barat....bagi den takpalah bersalin kaedah biasa....risau den....dibuaknya anak den lomeh....sakit skit takpalah...kalau korang nak tahu apa itu bersalin dalam air....jom kita ushar info kat sini...Aku tgk pun mcam risau2....

google

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...