Followers

Monday, January 24, 2011

My Mood....Happy & Alhamdulilah

Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi...I am happy sbb aku akhirnya berjaya full bf my baby....yelah setelah minggu pertama keje aku terpaksa tambah skit susu formula bagi babyku sbb stok takda kan.. sangat sedih ok..Yelah azam aku mmg nak full bf my baby...Alhamdulilah dgn beberapa petua (sng je search kat pkcik goole) dari blogger2 di luar sana mcm mana nak tmbah susu...akhirnya aku berjaya...I am so happy...Skrg nie my baby dah full bf balik..dah tak sntuh susu formula...letak ke tepi...dlam peti aku skrg dah penuh stok my baby sampai tak ckup bekas dibuatnya...:)....




p/s: Insyallah ada masa aku akan citer pasal petua tu & jenis2 pam yg ada buat ibu menyusu

Tuesday, January 18, 2011

Pic of the Week

Tadi aku dapat email dari MumCentre.. Emailnya bertajuk  "Results Posted Now: MumCentre Pic of the Week" ...Mmg pun aku ada hantar gmbar baby farisya pada this contect....saja je mengisi masa lapang....so aku klik le pada link yg diberikan nak tgk result...last2 aku nampak this result ...






betul ke gambar alyafarisya yg menang nie.....tu gmbar kat newborn tu....ermm agak terkejut gak aku..andai ini rezekinya...alhamdulilah...takpalah aku tunggu dulu apa kata penganjur...kot2 dia hantar email kat aku....wait and see....

Monday, January 17, 2011

The Best Follower Award


Layan soalannya:-
1. Ucapan anda
 1st kali nak ucapkan TQVM pada Azza coz sudi give this award to me :)
 Thanks juga pada sahabat2 blog yg lain yg selama ini sudi menjadi pembaca setia this blog...tanpa anda siapalah saya

2. ciri2 lelaki/perempuan idaman untuk dijadikan husband/wife :
 Alamak kena jawab ke this question sbb kita dah kawin...alhamdulilah ciri2 idaman tu dah ada pada suami (hanya dia yg mengetahuinya)...hehehe

3. 1 tips untuk kekalkan relationship ngan pasangan:
Saling memahami, bertolak ansur, saling mempercayai, jujur, amanah & tahu tanggungjawab masing2...jgn cepat melatah.
 4. penah jumpe doa pendekat jodoh or putus cinte?:
2-2 pernah jumpa...google je insyallah ada..

5) 10 link pilihan untuk diberi :
4. aisyah

Dan pada semua blogger2 yg rajin singgah di blog ku....award ini ditujukan khas buat anda semua....terima kasih atas sokongan anda...Love u all...











Thursday, January 13, 2011

Senyum Tak Perlu Kata Apa2

Senyum tak perlu kata apa2? apa kaitan dengan topik nie...hehhehe..Puteriku..Nur AlyaFarisya skrg dah pandai senyum dan ketawa skrg nie(comel giler bila tgk dia)..Selain tu,sejak masuk 2 bulan lebih nie....dia dah pandai duk nak bersembang jer...Paling suka sembang dgn abah dia..Klu dgn aku dia suka tenung2, dah lama sikit baru nak sembang...Satu lagi dia dah pandai buat senyuman manis dia aku nak mula amik gmbar...Mula2 buat muka ketat dan lama tu baru pandai nak senyum...Tapi mmg tak leh lupa le senyuman anak ibu nie..buat ibu windu selalu....hehehe..

video
 

Tuesday, January 11, 2011

Vote for AlyaFarisya

Hi...Nak promote skit ..Kalau ada masa dan ketika bolehlah anda semua vote utk my daughter di 

Toddlers 'N' Babies Monthly Photo Competition (January 2011) Theme: 
New Year Celebration!...

 senang ajer caranya :-

1) anda semua mesti ada fb kan..so apa lagi login ke fb anda...lepas tu klik pada url link dibawah dan "like" link tersebut:-

Toddlers-N-Babies

2) kmudian anda klik pada url dibawah dan "like" pada gmbar yg tertera wajah si kecilku..

Tq.. pada yg sudi mengambil bahagian..:)

Tuesday, January 4, 2011

Wajah-wajah AlyaFarisya









Kenangan 2010

Harinie dah 4/1/2011...Dah 4 hari kita melangkah ke tahun baru...Namun kenangan yg tercipta sepanjang tahun 2010 terlalu indah untuk dilupakan begitu sahaja.. Syukur kehadrat Ilahi dengan segala rezeki dan kebahagian yg diberikan kepada aku & suamiku. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat kami...Amin

Kenangan 2010
Setelah hampir2 dua bulan kami bernikah aku telah disahkan hamil anak pertama kami. Syukur kehadrat Ilahi kandunganku selamat walaupun  pada awal2nya aku mengalami threaten abortion. Kata dr rahimku tak kuat so aku dinasihatkan supaya byk berehat dan jgn buat keje berat2...Namun semasa aku mengandung aku ada kencing manis dan menurut kata nurse semua tu biasanya semasa mengandung je lepas tu semuanya ok...Alhamdulilah betul kata nurse setelah aku bersalin dan buat ujian, aku takda kencing manis dah.

mak buyung .....hehehehe

Rasanya dah lama aku tak berjumpa sahabat2 7283, so pada bulan puasa tahun lepas aku organize a small buka puasa dgn mereka. Walaupun tak ramai yg sertai kerana masing2 ada urusan tersendiri, kehadiran sahabat2 lain pada mlm tu memeriakan suasana berbuka. Thanks sahabat. This year kita buat lagi ek....
Tinie, Hus, Aku, Kak Uji, Azie, June

Setelah 9 bulan 3 minggu (39 minggu) aku hamil, kini tibalah saat2 yg dinantikan. Kelahiran puteri sulungku pada 29/10/2010 tepat jam 2.13 pagi , 3.28kg di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah. Alhamdulilah tuhan permudahkan segala urusanku. Syukur..Puteri sulungku diberi nama Nur AlyaFarisya binti Mohd Sayuti.



Selepas majlis cukur jambul

19/12/2010 merupakan majlis akikah buat puteri sulung kami di kelantan. Majlis yg sederhana dan dihadiri keluarga terdekat.


Farisya bersama sepupu sepapat pada majlis aqiqahnya


 Farisya & Hawa - sepupu beza sebulan sahaja

20/12/2010 juga merupakan ulang tahun pertama perkahwinan kami.. Walaupun ianya tak disambut dgn meriah namun aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana dia telah memberikan aku seorang suami yg penyayang & sangat bersabar dgn perangai dan karenahku. Semoga ikatan yg suci murni ini akan berkekalan hingga akhir hayat kami. 



Itulah kenangan yg dicipta...Ia akan kekal abadi dihatiku....Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati semua ini....Alhamdulilah.





Monday, January 3, 2011

1st day

Hari nie merupakan 1st day aku mula bekerja dalam tahun nie, 2011 selepas tahun lepas 2 bulan aku cuti bersalin. ....Well biasalah bangun pagi agak malas namun aku gagahkan jua ...hehehe..yelah biasanya lepas subuh aku sempat melelapkan mata seketika...lepas tu baru mulakan keje2 umah...tapi mulai harinie lepas subuh byk benda yg aku perlu lakukan...siapkan sarapan, siapkan farisya dan mcm2 hal lagi...hehehe biasalah tugas seorang isteri...

Harinie juga merupakan hari pertama aku tinggalkan farisya kat umah pengasuh dia..Ibu za...Hope everything will be fine...ermm aku pun dah mula rasa rindu kat dia...yelah tak pernah tinggalkan dia..Isk dulu masa takda anak takda le rasa mcm nie kan..bila dah ada anak nie lain mcm rasanya...tak senang duduk memikirkan nya...nie baru sejam aku letak dia kat sana....Itulah naluri seorang ibu...Rasa mcm tak sabar plak nak balik ...hehehhe..sebelum hantar tadi mcm2 aku dok berbual dgn dia..seolah2 dia faham dan tahu agaknya..dok uh ah uh ah....walaupun aku tak faham bahasanya...

Oklah kita story lain kali...nak mula buat keje apa yg patut...yelah dah dua bulan tinggal...mcm2 le yg dah tertinggal nie...



Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Salam Tahun Baru buat blogger2 diluar sana...Semoga kehadiran tahun baru ini membawa seribu pengertian buat anda semua...

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...