Followers

Tuesday, January 4, 2011

Kenangan 2010

Harinie dah 4/1/2011...Dah 4 hari kita melangkah ke tahun baru...Namun kenangan yg tercipta sepanjang tahun 2010 terlalu indah untuk dilupakan begitu sahaja.. Syukur kehadrat Ilahi dengan segala rezeki dan kebahagian yg diberikan kepada aku & suamiku. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat kami...Amin

Kenangan 2010
Setelah hampir2 dua bulan kami bernikah aku telah disahkan hamil anak pertama kami. Syukur kehadrat Ilahi kandunganku selamat walaupun  pada awal2nya aku mengalami threaten abortion. Kata dr rahimku tak kuat so aku dinasihatkan supaya byk berehat dan jgn buat keje berat2...Namun semasa aku mengandung aku ada kencing manis dan menurut kata nurse semua tu biasanya semasa mengandung je lepas tu semuanya ok...Alhamdulilah betul kata nurse setelah aku bersalin dan buat ujian, aku takda kencing manis dah.

mak buyung .....hehehehe

Rasanya dah lama aku tak berjumpa sahabat2 7283, so pada bulan puasa tahun lepas aku organize a small buka puasa dgn mereka. Walaupun tak ramai yg sertai kerana masing2 ada urusan tersendiri, kehadiran sahabat2 lain pada mlm tu memeriakan suasana berbuka. Thanks sahabat. This year kita buat lagi ek....
Tinie, Hus, Aku, Kak Uji, Azie, June

Setelah 9 bulan 3 minggu (39 minggu) aku hamil, kini tibalah saat2 yg dinantikan. Kelahiran puteri sulungku pada 29/10/2010 tepat jam 2.13 pagi , 3.28kg di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah. Alhamdulilah tuhan permudahkan segala urusanku. Syukur..Puteri sulungku diberi nama Nur AlyaFarisya binti Mohd Sayuti.



Selepas majlis cukur jambul

19/12/2010 merupakan majlis akikah buat puteri sulung kami di kelantan. Majlis yg sederhana dan dihadiri keluarga terdekat.


Farisya bersama sepupu sepapat pada majlis aqiqahnya


 Farisya & Hawa - sepupu beza sebulan sahaja

20/12/2010 juga merupakan ulang tahun pertama perkahwinan kami.. Walaupun ianya tak disambut dgn meriah namun aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana dia telah memberikan aku seorang suami yg penyayang & sangat bersabar dgn perangai dan karenahku. Semoga ikatan yg suci murni ini akan berkekalan hingga akhir hayat kami. 



Itulah kenangan yg dicipta...Ia akan kekal abadi dihatiku....Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati semua ini....Alhamdulilah.





No comments:

Post a Comment

Blog Story By

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...