Followers

Thursday, October 30, 2008

My Broadband Exhibition


Today...bos aku bagi pelepas utk aku & the gang gie tgk exhibition nie...so aku apa lagi...tanpa melenggahkan masa aku chow ke sana....kul 10 aku gerak dah....dengan pakai baju kurung selamba je aku ke sana....huhuuh



Tuesday, October 21, 2008

Sambutan Hari Raya - NTS & NetCtrl

Tahun nie sambutan hari raya kat pejabat aku agak berlainan skittak macam tahun lepas tahun nie kami menyambutnya di Penang Village...Alah2 gathering makan gitu....Lauk dia bukan main banyak lagi...kekenyangan kami di sana....Thanks a lot pada organizer....Bab2 mkn mmg serah kat dua cluster nie....layan jer....huhuhuh











Majlis Perkahwinan Haryani + Hairi

Dah selamat mmber aku sorang lagi nie....Harinie dah bergelar Pn Haryani pada 19 Oktober 2008.. Tahniah semoga dimurahkan rezeki dan kekal hingga ke akhir hayat...Thanks jemput aku, and mmber2 lain...





Monday, October 20, 2008

Berita Mengejutkan

Pada hari jumaat lepas....aku dapat berita mengejutkan mengenai kawan aku yg dia masuk hospital..Punca dia masuk wad, dia mengalami hamil luar rahim...dia sendiri pun tak tahu yg dia hamil..Kesian aku tgk dia, dia kena operation... Aku sempat juga gie tgk dia...Sayu hati aku melihatnya....Aku doakan dia tenang dan tabah menghadapi dugaan ini.

Bila balik umah aku rasa mcm nak tahu mcm mana kejadian nie berlaku...Apa simtom-simtom, punca2, dan macam2 lagi...so aku pun search @google. Apa yg aku jmpa membuatkan aku takut laks nak beranak...Tapi semua nie ketentuan Ilahi...Dia yang maha mengetahui...Redha dan terima dgn hati terbuka...

Kehamilan Luar Rahim (Info from blog Dr. Azwan)

Apa itu Mengandung Luar Rahim?

Apa yang pelajar perempuan itu alami ialah Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.

Kenapa Mengandung di Luar Rahim?

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.

Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian.

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.

Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.

Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim

Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.



Monday, October 13, 2008

Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati

Penghuni 7283 yg dah kawin.....

Actually dah 2,3 org penghuni 7283 yg dah kawin....dah bertunang pun adalah 2,3 org....aku mcm biasa lah jodoh tak sampai lagi....nak wat mcm mana kan....aku redha... raya baru nie Tinie dah menamatkan zaman bujang...tak lama lagi ada lagi 2 org.....Sebelum tu Jiha + Na + Afzan. Afzan skrg dah dikurniakan seorang anak perempuan....sempat gak gie tgk anak dia...Well pada sahabatku 7283 yg dah berumah tangga aku doakan kalian semua bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yg comel....

G-ha + Risal


Tinie + Mie

Memori Berbuka Puasa 7283 - 24 September 2008

walaupun dah masuk bulan syawal tapi kenangan berbuka puasa bersama7283 takkan di lupakan...hehehe masakan dia not bad tapi tahu tak harga sejug air tembikai laici rm26...terkezut kami jadinya...aduh....kami taknak dah pi mkn kat sana....serik hahahhahahhaha. apapun memori ini tetap dalam hati kami semua 7283.....







Wednesday, October 8, 2008

Majlis Berbuka Posa - Cyberjaya & Putrajaya









Hehee...lupa nak upload gmbar2 nie....takpalah walaupun raya dah menjelma inilah kenangan bersama....

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...