Followers

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan Reunion 7283

7283 - no apa tu? hehehhehhe...itulah no rumah sewa lama kami dulu masa zaman bujang2..banyak kenangan manis, masam dan mcam2 lagi...setiap kenangan yg tercipta ada sejarah disebaliknya...ada story morry...mcm2...klu nak diimbas kembali mau seminggu tak habis...

Rumah tu terletak di sri serdang...Penghuninya silih bertukar ganti...dari afzan, tinie, hus, eida, farah, zura, ida, dayah dan akhirnya yg tertinggal kat umah tu dan berpindah ke lokasi lain tinggallah kak uji,aku, june, azie, aida.....tak silap aku dekat2 3 tahun jgak aku dok sana...mmg best le...

Reunion baru2 nie walaupun tak ramai yg join ...itupun dah ckup gamat dengan karenah anak masing2..dgn suasana kelam kabut nak mencari restoran dan kehadiran hujan lebat -rahmat dari IlAHI..untuk dijadikan satu kenangan buat kami...Terima kasih pada yg hadir...pada yg tidak dapat hadir kami semua faham mungkin masing2 sibuk dgn urusan...

Insyallah andai ada masa dan ketika akan diadakan lagi reunion seperti ini...mana tau kan mungkin lepas raya....kita buat reunion raya plak....masa tu nak masuk mana2 restoran or rumah yg sedia ada pun takda masalah kot takyah booking2 and tergesa2 lagi...

Tuesday, August 24, 2010

Amalan Ketika Mengandung

Panduan buat sahabat2 yg tengah hamil dan panduan untuk diri sendiri

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Yaasin
3. Surah Ayatul Kursi
4. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik 
5. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 
6. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
7.Surah Al-Araaf ayat 189

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (kesuatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): "Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi dari orang-orang yang bersyukur".

8. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

  
Yang bermaksud:


"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa."

9. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

10. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

11. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

12. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

13. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 

14. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

15. Surah An-Nahl ayat 78 - Untuk memudahkan bersalin 
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
   
Wallahu a'lam.




Tuesday, August 17, 2010

Checkup 28 weeks

Harinie aku checkup 28 weeks.....well everything berjalan lancar....semuanya ok cuma tadi nurse bagitau aku berat aku naik mendadak....naik skit lebih 1.5 kg daripada sepatutnya....wah aku bila dengar terus jadi risau..yelah bulan lepas naik skit....bulan nie naik mendadak.....misi bagitau klu lagi 2 minggu naik lagi ....aku kena jumpa dr buat check lanjutan...aduyai takut nya....dah le aku ada kencing manis nie..puas tiap2 dua minggu buat bsp....takkan kena minum air gula lagi...on nooo....taknak2...

sebelum aku gie check up nie, minggu lepas aku sakit sangat kat bawah perut....tak tahu kenapa.. ..disebabkan risau kot2 ada effect kat baby aku so aku + mr hubby gie klinik pakar AN-Nur di bangi untuk mencari punca kepada masalah tersebut......sampai sana aku minta dia buat test air kencing...sbb aku ada tanya kawan2 dan pakcik goggle...klu sakit bawah tu samada kencing kotor atau perkembangan perut....yelah baby nak besar kan..lepas dapat result air kencing...dr kata air kencing aku kotor...so takut jgak le aku almaklum le bahaya juga sbb dia boleh effect baby....nasib baik le tak teruk sangat ....dr bagi ubat antibiotik and wajib habiskan....Alhamdulilah skrg dah tak rasa sakit and pesan dr suruh minum air banyak2...
I will dr ...untuk baby ku apa sahaja aku sanggup buat...

then pada hari ahad lepas.....disebabkan keinginan diriku + Mr.hubby nak tahu baby nie gurl ke boy...so we decide gie scan...pujuk2 le baby nie .....tapi tak tunjuk gak....kata dr nak belakang dia je....muka pun tak nampak.....dr kata baby sihat....berat dah naik 1.2kg dan dari bentuk belakangnya nampak mcm baby gurl....ermm tapi tu dr tak conform sangat....isk2 rupanya anak ibu nie nak surprisekan ibu & ayah ek....takpalah kami sentiasa sabar menanti kehadiranmu sayang...

ermm well hope next 2 week berat aku tak naik sangat....risau gak ...mcm2 aku baca kat google....semoga semua urusku dipermudahkan ....amin



Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan -

Alhamdulilah syukur kerana dapat dipertemukan sekali lagi dgn ramadhan kali ini...Namun ramadhan kali ini sedikit berbeza dgn ramadhan yang lepas kerana tahun nie aku menyambut ramadhan sebagai seorang isteri dan bakal seorang ibu..(tgh hamil 27 minggu) ...Aku harap, aku dan anak dalam kandungan ku ini mampu untuk mengharungi sebulan berpuasa ini....Semoga segala urusan aku dipermudahkan....amin...

Dikesempatan ini, aku Yante & suami, Mohd Sayuti ingin memohon seribu kemaafan andai ada salah & silap...andai ada tersalah kata, terlanjur bicara , terkasar bahasa & halalkan segala makan minum kami....Semoga kehadiran ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan pada anda semua....sama2lah kita menghayati ramadhan yg penuh keberkatan ini..


Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei

Monday, August 2, 2010

Tag Tentang 5

Aku dapat this tag from my ex-cpt classmate - nina....so sementara tak start kje lagi....aku isikan mna yg patut dulu...


5 Nama samaran kamu
a) yante

b) yanz

c) Tie

d) yong (family only)
e) atie

5 tarikh penting dalam hidup kamu
a) My birthday - 22 march
b) My hubby birthday - 28 jan
c) My wedding anniversary - 20 December 2009
d) My enggagement day - 30 mei 2009
e) My daddy birthday - 21 Feb

3. 5 perkara yg kamu buat semalam
a) tgk citer duhai si pari-pari dengan hubby kat astro box office
b) makan durian sambil tgk tv
c) dapat mkn cheese kek + chocolate cake
d) tido awal sbb letih sangat
e) baby sgt aktif & smbng2 dgn baby


4. 5 perkara yg buat anda gembira
a) bila spent time dgn hubby
b) shopping
c) tido
d) dapat merasakan gerakan baby dalam perut nie
e) dpat makan chocolate kek

5. 5 tempat percutian idaman kamu
a) mekah
b) bandung
c) Pulau-pulau di malaysia
d) Korea
e) Brunei


6. 5 sebab jawab soalan nie
a) saja2
b) sementara takda keje nie
c) tgh bosan dan mengantuk
d) memenuhi permintaan kawan
e) sambil menyelam minum air

7. 5 kawan utk ditag
a) Oya
b) Irnie
c) Zen
d) Aishah-ezo
e) fiezaradzi

tq...selesai sudah.....

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...