Followers

Monday, May 11, 2009

Mandi Manda @ Sg Congkak

Hari sabtu sempena cuti Wesak nie aku and housemate 7283
sama2 gie mandi kat sg congkak....
almaklumlah kan musim panas...uihhh..lega rasanya dapat menyejukkan badanku ini
ermm...tapi yg aku perasan air kat sg congkak nie mcm dah cetek sikit..
maybe sbb hujan tak turun kot...
pagi tu kami semua bgn awal ...siap masak bihun..sapa lagi klu tak zura yg masak
dia klu bab masak bihun serahkan padanya..
tQ zura...
dalam kami dok mandi2 sempat pulak
2,3 org housemate nie buat arca....ermm menarik gak arca depa buat....
apapun layan...


Selamat Hari Ibu

Ermm....rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari ibu buat semua ibu2 di Malaysia...Pada ibuku aku dah wish awal2....hehehe...walaupun kau jauh dimata ibu...
namun kau sentiasa dekat di hati ini..
kasih sayangku padamu tidak pernah terpadam
walaupun sedikit..
Ya ALLAH..kau murahkan rezeki ibuku, panjangkan usianya..
amin

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Ibu...Kaulah satu-satunya...diantara berjuta..insan teristimewa....
Terima Kasih ibuku....Aku Sayang Padamu

Friday, May 8, 2009

Bengang aku dgn si Dia

ermm....pagi nie rasa bengang lg psal smlm punya kes...
mcm mana ek nak hilang bengang nie..
smlm tunggu call dia...
tak call2....
bila aku call, 2-2 no dia off
aku kehulu ke hilir cari dia
phone sana sini
tanya kawan2 dia...
sampai kul 1 lebih aku tak tido lagi...
dgn dua2 phone off lagi...
last2 kul 1 lbih kawan dia sms bagitau yg dia tido
dlam blik dia...
aduhai ...aku tahap bengang rasa nak jerit je

pagi2 buta nie dia dah call
ckp dia tertido...
charge bateri tak on kan hdphone
katanya balik umah penat lepas isyak terus tido...
ermm ntah le...aku masih bengang
dia minta maaf ...
layan tak layan je..sebab bengang punya pasal
ntah le maybe kejap2 lagi oklah kot
huhuhuhuu....


Thursday, May 7, 2009

-@Bersama Menonton Wayang@-

Semalam aku & geng2 7283, gie menonton wayang..Sian kat june, last2 minutes ada keje.dia yg beria nak tgk....takpalah june kami akan citer kat june ek.....walaupun citer tu dah lama tapi keinginan nak gie tgk citer tu jugak...mesti u oll semua nak tahu kan citer apa...citer BOHSIA...

well cita tu ok jer....cuma ending dia kurang menarik ah...mcm tergantung...tak tahu apa kesudahan yg terjadi pada tasha, azam (bapak ayam), amy? ermmm.....maybe ada sambungan agaknya....





Wajah2 ceria nak gie tgk wayang....hehhehe


David Archuleta

Wednesday, May 6, 2009

-@Berapa Harga Isteri Anda@-

Secebis email dari sahabatku buat renungan anda semua......

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,

Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih…


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Tuesday, May 5, 2009

-@Not in a Mood@-

Salam...hai kengkawan....
minggu nie i'm not in a mood...problem besar melanda...aku mohon agar tuhan permudahkan segala urusanku...
tabahkan hatiku...kuatkan semangatku....
dugaan ini betul2 mencabar aku
aku rasa mcm tak bleh nak hadapi kenyataan....
kali ni aku rasa gagal dalam hidup....
Ya ALLAH bantulah hamba mu ini.

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...