Followers

Monday, June 29, 2009

[[ Mode mengajar IPv6 ]]

salam semua....sorry tak byk dapat update kan blog....
ada kelas IPv6 nak mengajar nie...
well dah balik nanti aku start blogging balik
hehhehe.....

Thursday, June 25, 2009

[[ Ermm....Takda Tajuk ]]

Ermm...harinie aku sedih skit:cry:
..ntah le tak tahu napa:what:
maybe tadi bila dapat msg dari one of my friends...
tak tahu napa rasa sayu je..walaupun dah 6,7 bulan benda nie dah lepas
aku kuatkan semangat
aku fikir masih ada lagi org yg sayangkan aku
:kiss:
sentiasa merindui aku..menerima aku seadanya....
hidup mesti diteruskan
what is past is past
ia takkan berpatah balik
jadikan ianya pengajaran buat dirimu

teruskan hidup
ceriakan dirimu
:pompom:
peduli apa org nak cakap
chaiyok....chaiyok...

Wednesday, June 24, 2009

[[ 1 Rejab ]]

Bulan Rejab telah tiba pada tanggal 24 June 2009 (iaitu hari ini). Banyak fadhilat pada bulan ini.. Marilah kita mengamati kehadiran bulan ini.. Wallahu Alam....

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. [ info dari al-azim]

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.


KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih…
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman…
RAMADHAN bulan menuai…

REJAB menyucikan badannya…
SYA’ABAN menyucikan hatinya..
RAMADHAN menyucikan rohnya..

REJAB bulan taubat..
SYA’ABAN bulan muhibbah..
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan..

Tuesday, June 23, 2009

[[ Gathering Class 2003-2005 KUSTEM ]]

Ermm tadi masa dok melayan keboringan di hati...
terfikir satu benda...
rasa mcm nak jmpa balik semua geng2 kustem
seisi class 2003-2005 software engineering
nak buat gathering kecik2
klu bleh sebelum puasa...
dalam bulan julai...
pada sapa2 yg sma batch dgn aku...
dan baca blog aku nie
cuba korang bagi cadangan + pendapat
klu semua setuju kita jmpa kat mana2..
kumpul situ lepas tu kita gerak ramai2 gi mkn..


Monday, June 22, 2009

[[ Apa artinya cinta ? ]]

Lagu nie bila dengar
touching...adalah skit2 related dgn our love story
walaupun tak byk tapi bila dgr rasa there is something
maybe melody & the lyric tu yg buat touching



Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang (mmg betul dgn dirimu Mr.S)

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai (...singkatnya cinta kita)
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta (...kau hadir saat aku terluka)

Cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau ( btertemu tak jemu, berpisah tak gelisah)
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Buat dirimu Mr. S
Terima kasih di atas segalanya..


p/s:- sorry beb...harinie touching skit...heheehhe

[[ Happy Father's Day ]]

Ermm...rasanya tak terlewat lagi
untuk aku ucapkan Happy Father's Day
to all father in the world
and especially buat my dad
En. Mohd Nor Mohamed Nasir
"Happy Father's Day"
I LOVE U, Dad
Pengorbananmu terlalu byk..
tak dapat rasanya anakanda membalasnya
Doaku agar ayahanda sentiasa
berada dlm keadaan baik dan sentiasa dirahmat ALLAH
kasih sayang anakanda pada abah tak pernah berubah
U ARE MY HERO


Thursday, June 18, 2009

[[ halamak durian ]]



tadi pagi dok sembang2 dgn zanna dia ada sebut pasal durian
aduhai terluihnya aku..
nak durian nak duriann
Mr. S belikan durian
teringin nak mkn nie.. (aduyai mcm org mengidam plak)
korang tgk isi durian tu kuningnya...
aduh klu masuk mulut...
mesti sedap...mau 2,3 biji aku sorang
nak gie mkn umah abg man dia kata durian tak luruh lagi
aduhaiii...haa esok ada pasar mlm serdang ...
try2 le ushar kat sana...

Wednesday, June 17, 2009

[[ Award From Cik Zaila ]]



Task 1:


Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Task 2:

Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

er...dedicated to all blogger.
U all are the best

[[ Satu barisan ayat membawa seribu makna ]]

tadi aku tgh baca blog salah sorang junior kustemku - zentegel...
terpapar beberapa barisan ayat...
yg mendalam maknanya....
membawa aku ke untuk berfikir...
cuba korang baca and hayati bait2 ayat inie....

Aku minta kpd ALLAH setangkai bunga segar,
DIA berikan kaktus berduri.
Aku minta kupu2, diberi ulat berbulu.
Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali.
Dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik.
Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNYA.
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

[[ Award From Cik Suzen ]]

...first time jugak nie...sama ah zen kita dapat award nie...tak pernah dapat nie...sukanya thanks zen

* Copy award dan letak kat blog anda.
* 5 fakta menarik tentang pemberi award.
* Tulis 10 fakta/hobi sebelum memilih penerima award seterusnya.
* Pilih 10 penerima award seterusnya and describe tentang mereka.




5 fakta menarik tentang pemberi award.

> zen nie cute orgnya
>tgh amik master kat ukm
> ada pakwe yg kecik mcm dia jugak
>best friends dia kat kustem dulu -> irnie
>org jerantut pahang...haritu sesat call dia....hehheheh

Tulis 10 fakta/hobi aku ermm...

] suka update blog aku [ - (hobi)
] suka mkn kek coklat yg e-choc buat [ -(fakta)
] sgt2 menyayangi ayah aku - en mohd nor [ -(fakta)
] dah jadi tunangan org kelantan[ -(fakta)
] suka tido [ - ( hobi)
] suka main game yahoo bila keje kena mmbaca- hlg ngantuk [ - (hobi)
] suka gaduh dgn tunang aku [ - (hobi)
] suka bawak keta laju2 [ - (hobi)
] angan2 nak kurus sblm kwin -akn kubuktikan [ - (fakta)
] ermm...skrg sibuk shopping dgn tng [ - ( fakta)

Pilih 10 penerima award seterusnya and describe tentang mereka.

1. aufa - mmber office aku
2. fiza - ada persona pink
3. oya - junior aku kat kustem
4. ziela - junior kat kustem
5. pu3miera - bakal melansungkan perkahwinan dia hjung bulan nie
6. el - bakal bertunang hjung bulan nie
7. kak ila- buat kek tunang aku
8. saifuddin - mmber voc keje kat sekolah
9. budak kecik - voc sg petani
10. vp - bakal melahirkan cahaya mata

sapa2 nama di atas klu rasa free..join le ye

Tuesday, June 16, 2009

[[ Selamat Pengantin Baru Kak Azie ]]

rasanya tak terlewat lagi kot nak ucapkan selamat pengantin baru kat kak azie..
kak azie nie coursemate aku dulu masa kat kustem (now known as UMT)
ermm dia mmg sempoi orgnya...
org trg...seberang takir...baru dapat gmbar dri irnie
walaupun tak dapat tgk gmbar kak azie bersanding..
gmbar2 yg ada pun dah ok
katanya dia kawin dgn org kg jgak..
alhamdulilah selamat dah dia bergelar isteri





Irnie , kak azie & zen

Nota kaki:- Thanks irnie for the pic

Monday, June 15, 2009

[[Makan Time]]

Semalam seharian aku + tunangku gie shoping
dalam takda2 duit tu boleh pulak pi shoping
layan sale last day kat jj IOI mall
ermm nasib baik lah tunang aku nie
boleh layan karenah aku nie yg mcm2
hehhehe....

lepas tu kami gie bangi
nak cari hadiah utk ayah aku
sempena " FATHER's DAY"
dis week

Mr. S blanja aku mkn sup ani utara kat bangi
dia cakap best..
aku layankan je...
ermm best jugak keow teow sup dia
hehehe






Keow Toew Sup



Set Sup Perut



Mr.S nak layan sup perut jap...muka serius je..lapar le tuu

Friday, June 12, 2009

-@ Mari Kecek Kelantan@-

Sejak2 aku jadi tunangan org kelantan nie..
byk benda aku kena blaja...
ermm....so disebabkan aku dah mengantuk membaca
aku saja2 search internet cari daelek2 kelantan yg leh aku blaja
yerlah aku nie bkannya faham sgt

so nielah hasilnya bila aku search kat makcik google
Antara perkataan dialek kelantan yang sempat dikutip:
Bokbong - musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - mengkarung

Ike - ikan
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah - mengenyam
, miang

saksoba - Absorber
Supik - Plastik

Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik nipis (yg mengeluarkan bunyi bising)
buah topoh = buah epal (apple)

mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh (jotos)
njja = tendang
cakno = hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat

debe = berani
Bekwoh = kenduri
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari

getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
Siak Duk Ggobar = Jangan risau.. (Don't worry)
Idak Ko = cuma
Wak Gghogi......... = Bagi memulakan sesuatu... (to start with....)
Dek Pong Gak Eh....... = Kalau ya pun..........
Jjughuh = baik

Kelaghing = kesat (not smooth)
belengas = melekit
klikpah-klikpah = terpinga-pinga
lipotey = tidak tetap
nneting = melantun


Dalam dialek Kelantan, banyak pertuturan yang diringkaskan

Contoh:

Make kkeda (makan di kedai)

Maye ssejid (sembahyang di masjid)

Tido lluar(tidur di luar)

Ada beberapa perkataan inggeris yang sering dipakai tetapi dibunyikan mengikut gaya kelantan. Contoh:

Bokk (book)
Pozek (deposit)
Rizat (result)
Nneja (manager)
Istek (estate)
Suwih (switch)
Merket (market)

Orang Kelantan suka menambah kata-kata lain dalam sesuata perkataan untuk menegaskan maksud. Contoh:
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase(masam) PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite (hitam) LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye (kenyang) BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut (penakut) APAH
ceghoh (cerah) GHERLOH
jatuh CELEBOK
manis LLETING

Nota kaki:- thanks to blog mohd fadzli...byk amik dari blog dia...thanks alot

-@Makan Malam 7283 @ Chop & Stick@-

Semalam geng2 7283 gie mkn mlm bersama2
dah lama tak kami tak kuar sama2
mak buyung ...si hus pun ikut gak...
sian dia salah order tak berapa nak mkn apa yg dia order...
enjoy le dgn korang...
ermm yelah nanti masing2 dah berumahtangga
takda kesempatan nak jmpa laks...
ermm nanti kita kuar sama2 lagi ek..



muka2 happy



fish & chip diorder oleh aku, kak uji & junne



nielah chicken maryland yg diorder hus...blur skit gmbar dia



chicken chop order by zura





wajah2 kenyang..hehhehe



wajah yg tak puas hati dgn chicken maryland...heheehe...jgn marah ek

nota kaki:/ best kuar dgn korang

Thursday, June 11, 2009

-@DNS...DNS....DNS...@-

harinie aku agak bz...membaca nota2 pasal dns...
kena configure dns yg guna port forwarding...
relaks kejap...nie yg leh tulis blog...
aduhai poning2 kepala den dok cari jalan selesai..
tapi slow2 insyallah pasti akan jmpa

erm sambil2 mengantuk2 nie..
dok conference dgn mmber2 umah
nie nak sambung baca...

ermm...
apa plan lpas nie ek...
ptg nie conform tak gie joging..
minggu depan baru start balik...
ermm harinie aku smpat chat dgn ayumi@ siti
dah lama tak sembang dgn dia

lepas tu smpat sms niza,
nak jmpa dia sabtu nie kat klia
smntara dia nak blik sarawak...
ermm ...
skrg nak kena sambung membaca lagi...
nak mencari penyelesaian

oklah gtg..

Wednesday, June 10, 2009

-@Selamat Pengantin Baru Ida & Ahmad Ansari@-

Majlis Perkahwinan Ida & Ahmad Ansari
Segamat, 6 June 2009

Selamat Pengantin Baru akak nak wish kat ida...sorry tak dapat dtg ada hal skit..
Akak doakan Ida Bahagia kekal hingga ke akhir hayat..
dikurniakan anak2 yg comel...
dimurahkan rezeki...







Pelamin Indah Di Singgahsana











p/s: Thanks & credit to Junne da_cruella utk pic2 nie semua...:)

-@Bergambar di Pantai@-





Sebahagian dari anak buah







Tuesday, June 9, 2009

-@Lama tak Menulis@-

salam semua....nmpknya dh lama aku tak update my blog
almaklumlah sibuk skit...
2 minggu lpas dgn majlis pertunangan aku
minggu lepas pulak balik kelantan..
erm emak tunangku masuk hospital...
temankan dia..
lagipun nak jmpa family dia
tak pernah jmpa..

perjalanan ke kelantan byk cabaran...
hari jumaat tu ermm...jln kuala lipis-gua musang tutup
lori terbalik...2 bjik pulak tu
so terpaksa le kami pusing balik ke jerantut, temerloh
ikut jalan ke trg utk ke kelantan...
mmg penat gile..
tapi takpalah inilah dikatakan pengalaman

thanks pada keluarga tunangku
layanan semua mmg baik
aku doakan bakal mak mertua ku
sihat sentiasa...
alhamdulilah smlam sebelum balik
tgk dia dah boleh mkn..dah bleh gerak skit..
dah kenal aku...

kat umah dia best jgak...
yerlah tepi pantai..
ptg2 gie tgk org main wau bulan..
minum air kelapa tepi pantai sambil mkn kepok lekor
pagi mkn nasi kerabu...nasi dagang...
takdapat le berjalan sgt..
cuma bila ada kesempatan..

melayan 12 org anak buah...
makan etok salai...

Wednesday, June 3, 2009

-@Updates Gambar Tunangku@-














p/s: klu korang nak tgk lagi gmbar2 ku leh klik kat sini -> fotopages

-@31 Mei 2009- Tahniah @-

ermm....skrg nie kan musim cuti sekolah...so ramai kawn2 ku yg mendirikan masjid...alhamdulilah.
ermm aku smpat gie 2 majlis pada 31 mei 2009 haritu...
kenduri best friend aku, siti zaitun dan pian...
dan geng2 keta, rose & mie

Selamat Pengantin Baru buat korang berdua..
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
Semoga Dikurniakan Anak2 yg comel nanti...
heehhe....

Tuesday, June 2, 2009

-@Memori 30 Mei 2009@-






p/s: intro dulu, nanti aku upload lagi....hehehheh

Monday, June 1, 2009

-@Alhamdulillah Selesai Sudah Majlis Pertunanganku@-

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, majlis pertunanganku berjalan dgn lancar seperti di rancang. Malam sebelum majlis, bakal tunangku telefon kata kat sana hujan...
Pagi sabtu 30 mei 2009 bersamaan 5 jamadil akhir 1430 hijrah, bumi hijau sg. petani dibasahi hujan juga. Ermm ....hujan rahmat dariNYA.
Resah juga aku dibuatnya namun aku bersyukur hujan cuma seketika..
Pkul 1.00 tghari, rombongan dari kelantan tiba
lepas zuhur mereka bergerak ke rumahku dari masjid
ermm...hatiku toksah nak kata apa lah
berdebar bagai nak rak
majlis perbincangan bermula dlm kul 2
lepas habis berbincang antara 2 pihak
aku diminta keluar utk majlis menyarungkan cincin
berdebar hatiku hanya tuhan yang tahu
tangan terketar2 nak disarungkan cincin
kak long yg menyarungkan cincin ke jariku
mata semua tetamu memandangku
hati nie rasa nak gugur..
selesai je majlis, kami bergambar..
mcm2 karenah fotographer aku
sapa lagi klu tak adik aku yasmin, dan zatie
thanks semua...
harinie aku dah digelar tunangan org..
ermm majlisnya mesti korang nak tahu bila kan
tungguuuu...
erm...oklah nanti ada masa aku citer lagi...
aku akan upload gmbar....
ermm skrg nie internet lembap skit kat umah aku...
tunggu ekk

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...