Alhamdulilah, hari nie aku masih mampu menyedut udara segar di pagi jumaat ini.. Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaannya. Di pagi jumaat ini aku berasa sgat bersyukur di atas 2 kurniaan yg Allah telah berikan kepada aku dan keluarga. Betullah orang kata setiap anak tu ada rezeki dia masing2.
Actually ada 3 berita yang mengembirakan kami sekeluarga. Pertama sekali farisya bakal dapat adik...Alhamdulilah...Perkara nie aku tahu agak lambat gak lah....masa aku tahu aku dah 2 month lebih pregnant tapi aku rahsiakan dulu kat kawan2 & sedara....nak surprise le katakan....heheheh...tapi skrg aku dah 16 weeks pregnant. Aku tak kisah boy or girl, yg penting this baby sihat dan selamat mcam kakak dia.
Secondly, alhamdulilah berita yg mengembirakan from the office. Biasalah klu dari office apa lagi klu tak naik apa2 yg berkaitan dgnnya. Syukur itulah rezeki anak katakan. Berita nie actually aku tak berharap sgt because byk sgt benda berlaku at the office membuatkan aku takdalah fikirkan sgt. Apapun terima kasih kerana menghargai segalanya.
Ketiganya, alhamdulilah esok farisya akan menjangkau umur setahun..Dah boleh gelar kak long dah nie. Perkembangan sangat baik. Dia dah boleh berjalan skrg walaupun tak selaju budak2 lain. Dia tak pernah kenal erti takut, jika dia jatuh dia akan bangun dan terus lagi untuk berjalan. Dia jgak dah tunjukkan sikap seperti seorang kakak mcm dah paham yg dia bakal akan ada adik. Sebut pun dah pandai skrg - abah, bu (ibu), dah, nak. Gigi pun baru nak tumbuh 2 batang. Nampak mcm dah bengkak gusinya. Apapun ibu dan abah bangga dengan farisya.
Semoga Allah Mengurniakan kami rezeki yg berlipat kali ganda pada masa akan datang. Amin
Pengertiannya:~
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".