Followers

Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir 2012

Assalammualaikum

28-12-2012 - Jumaat terakhir bagi tahun nie 2012. Alhamdulilah masih lagi bernyawa sehingga hari nie. Sebelum balik "Happy New Year 2013". Semoga kehadiran tahun baru nie membawa seribu makna buat anda semua dan segala kenangan 2012 akan sentiasa terukur di ingatan. Ins Shaa ALLAH kita akan berjumpa lagi tahun depan 2013. 

Tazkirah



Wednesday, November 28, 2012

Kembali Blogging


Rasanya dah lama aku meninggalkan dunia blogging nie. Terlalu kebizian dgn dunia pekerjaan dan dunia ibu. Rindu rasanya nak menulis di blog nie. Mcm2 rasa..nak tukar template..nak tukar warna dan mcm2 lagi..Nak nampak fresh and new..heheh.. Apapun nanti aku akan updatekan whatever aktivitiku :)

Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri


Salam aidilfitri dari kami sekeluarga buat semua yang mengenali kami...ampun maaf dipinta andai ada salah dah silap..Maaf le sepanjang ramadhan tak update blog...Insyallah andai ada kesempatan saya akan mengupdate blog dari semasa ke semasa...:)

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan


Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi bernyawa dan masih lagi dapat bertemu dengan ramadhan kali..Aku mohon agar aku dapat meneruskan ramadhan pada kali ini sehingga ke penghujungnya..Di kesempatan yg ada ini aku ingin memohon seribu kemaafan pada sahabat2 blogger dan sahabat di luar sana yg sudi membaca segala coretanku dan andai ada yg tersingguh dgn ayat-ayat dan kata-kata yg tidak disengajakan buangkan ia jauh dan kemaafan dipohon sekali lagi. 

Semoga ramadhan kali ini membawa seribu pengertian dan makna buat anda semua.Sama2lah kita mengimarahkan ramadhan pada kali ini..:)

Salah satu cara terbaik untuk menyambut masuknya bulan suci Ramadhan al-Mubarak adalah dengan berdoa. Satu lagi riwayat para sahabat, Rasulullah SAW telah membaca Doa Menyambut Ramadhan berikut :
.
“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Dikau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelasan atas petunjuk dan perbezaan antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.

Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Dikau membalas kami dengan balasan yang Dikau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan.

Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya, dengan pujian yang Dia terima dari kita dan membuatNya redha kepada kita.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan penjelasan petunjuk dan pembeza bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).

Dia menjelaskan keutamaan bulan ini melebihi semua bulan dengan menjadikannya berlimpah dengan kesucian dan bertabur dengan fadhilah. Dia mengharamkan di bulan ini yang dihalalkan di bulan lain sebagai pengagungan untuknya. Dia larang di bulan ini makan dan minum sebagai penghormatan untuknya. Dia jadikan di bulan ini waktu-waktu tertentu (saat sahur dan buka) yang tidak boleh didahulukan dan tidak boleh diakhirkan.
Lalu, Dia muliakan satu malam di antara malam-malam bulan ini melebihi malam-malam seribu bulan. Dia namakan malam itu dengan malam Lailatul Qadar. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, menebar kedamaian (bagi mereka) (QS al-Qadr:4-5) terus-menerus dan menaburkan keberkahan sampai terbit fajar kepada siapa saja dikehendaki dari para hamba Allah sesuai dengan ketentuan dan ketetapanNya.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesarannya (Ramadhan), mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari dehaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Dikau redhai.

Telinga-telinga kami tidak sampai mengarah pada sia-sia, mata-mata kami tidak terpusat pada kealpaan, tangan-tangan kami tidak kami hulurkan pada larangan, kaki-kaki kami tidak kami langkahkan pada keburukan, perut-perut kami tidak kami isi kecuali dengan yang Dikau halalkan, lidah-lidah kami tidak berbicara kecuali yang Dikau contohkan. Kami tidak melakukan kecuali yang mendekatkan pahalaMu dan kami tidak mengerjakan kecuali yang dapat menghindarkan kami dari siksaMu.

Maka bersihkanlah semua (amal-amal) itu dari sifat riak dan dari membangga diri. Di bulan ini kami tak akan menyekutukanMu dengan siapapun dan tidak akan mencari kerinduan selain kepadaMu.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Bantulah kami di bulan Ramadhan untuk menjaga waktu-waktu solat yang lima dengan hukum-hukumnya yang telah Dikau tentukan, fardhu-fardhunya yang Dikau fardhukan, tugas-tugasnya yang Dikau tugaskan, dan waktunya yang Dikau tetapkan.

Di dalam solat kami naikkan kami ke tingkatan orang yang memelihara tahap-tahapnya, menjaga rukun-rukunnya, melakukannya pada waktu yang sesuai dengan apa yang disunahkan hambaMu, RasulMu SAW, dalam ruku’nya, sujudnya, dan semua geraknya, dengan kesucian yang paling tinggi dan paling sempurna, dengan kekhusyuakn yang paling nyata.

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk menyambungkan persaudaraan dengan kebajikan dan kekeluargaan, memperhatikan jiran kami dengan bantuan dan pemberian, membebaskan harta kami dari tuntutan, membersihkannya dengan mengeluarkan zakat, mendekatkan lagi orang yang menjauhi kami, memperlakukan dengan adil orang yang menyakiti kami, berdamai dengan orang yang memusuhi kami, kecuali dalam permusuhan yang semata-mata keranaMu dan untukMu, kerana dialah musuh yang tidak kami senangi dan golongan yang tidak kami sukai.

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk mendekatkatiMu dengan amal-amal suci yang membersihkan dosa-dosa kami dan menjaga kami dari mengulangi kecelaan, sehingga para malaikatMu tidak lebih banyak memasuki pintu-pintu ketaatan dan macam-macam peribadatan daripada yang kami persembahkan untukMu.

Ya Allah, daku bermohon kepadaMu demi hak bulan ini, demi hak siapa saja yang menyembahMu, sejak permulaannya sampai waktu kematiannya, para malaikat yang Dikau dekatkan, para nabi yang Dikau kirim, para hamba soleh yang Dikau istimewakan, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Di bulan ini, jadikanlah kami orang yang layak menerima anugerah yang Dikau janjikan kepada para kekasihMu, yang Dikau pastikan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah kepadaMu. Tempatkan kami dalam kelompok orang yang berhak mendapat tempat paling mulia dengan rakhmatMu.

Ya Allah, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jauhkanlah kami dari ketergelinciran dalam bertauhid kepadMu, kekurangan dalam memujiMu, keraguan terhadap agamaMu, keburukan dari jalanMu, kelalaian akan kesucianMu, ketertipuan oleh musuhMu, setan yang terkutuk!

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Jika pada malam-malam bulan ini ada hamba yang tengkuknya dibebaskan dengan ampunanMu atau dianugerahi maafMu, tempatkan kami pada kelompok dan orang yang terbaik di bulan ini.

Ya Allah, hilangkan dosa-dosa kami bersamaan dengan hilangnya bulan sabit Ramadhan, lepaskan beban-beban kami bersamaan dengan berlalunya hari-harinya, sehingga ketika bulan ini meninggalkan kami, Dikau telah membersihkan kami deri kesalahan, Dikau sudah melepaskan kami dari keburukan.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jika kami di bulan ini menyimpang, luruskanlah; jika kami tergelincir, tegakkanlah; jika syaitan musuh kami mencengkeram, selamatkanlah kami.

Ya Allah, penuhi bulan ini dengan pengabdian kami kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kami kepadaMu, bantulah kami pada waktu siangnya dengan puasa dan malamnya dengan solat khusyuk, tunduk dan merendah kepadaMu. Sehingga siangnya tidak menyaksikan kami dalam kelalaian, malamnya tidak melihat kami dalam kealpaan. Ya Allah, jadikan kami seperti ini juga di bulan-bulan lain, sepanjang Dikau hidupkan kami.

Jadikan kami di antara hamba-hambaMu yang soleh yang menwarisi Firdaus dan kekal di dalamnya (QS Al Mukminun:11), yang memberikan apa yang mereka berikan dalam keadaan gemetaran (mengetahui) bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan, mereka termasuk orang-orang yang berlumba-lumba mendapat kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya pada setiap waktu dan saat, pada segala keadaan, sebanyak selawat yang Dikau berikan kepadanya dan gandakan selawat itu dengan kelipatan yang hanya Dikau yang dapat menghitungnya. Sungguh Dikau melakukan apa yang Dikau kehendaki.”

*) Syaikh Rakhiuddin, Iqbal al-A’mal, Muassasah al-A’la Li al-Mathbu’at, Beirut, 1996, hal. 322.


Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, July 17, 2012

Nadhira @2month++++

"Saya dh boleh meniarap ibu...lagi cepat dri kak long...heheh..." cepatkan anak skrg..rasa mcm baru semalam je melahirkan dia tapi dlm tmpoh 2 bulan dia dh mula meniarap..muka dhlah sebiji copy paste muka kak long..tapi yg beza dgn kak long nadhira mulutnya lagi bising...sentiasa nk menegur org..Dua-dua anak saya ada lesung pipit..tapi semuanya kat atas pipi dkt dgn hidung..farisya sebelah kanan, nadhira sblh kiri..ikut sapalah tu.Apapun semoga kedua-dua anak ibu shat dan menjadi anak yg solehah dunia akhirat


Monday, June 18, 2012

Senyuman puteriku

Ooo...manisnya..manisnya senyumanmu..senyuman puteri-puteriku menyejukkan hatiku..



Friday, June 15, 2012

Nadhira 2 bulan

Alhamdulilah hari nie dah masuk 65 hari  anak kedua kami lahir ke dunia...Syukur makin tembam dan comel anak ibu nie...muka mmg ada iras2 kakak dia masa kecik2 dulu...2 hari lepas gie cucuk 2 bulan dan 6kg...semangat anak ibu nie...

Saturday, April 28, 2012

Mencintaimu...









Mencintaimu kalian bertiga...hanya kamu di hatiku..selamanya

Tuesday, April 24, 2012

2 beradik



Nur alyafarisya & Nur asma nadhira

Alhamdulillah...aku dah selamat bersalin

Alhamdulillah...aku dah selamat bersalin pada 11/4/2012 sempena dgn pertabalan agung kita. Baby girl dilahirkan pd jam 3.20 pgi dgn berat 4.17kg..Ramai org xpercya aku melahirkan my 2nd princess secara normal sbb bby nie besar..Aku sng je jawapannya ini semua kuasa Allah...Dia thu mna yg terbaik buat hambanya...Hari nie dah masuk hari ke 14...Nama my 2nd baby nie Nur Asma Nadhira...

Kehadiran kedua-dua cahaya mataku ini telah membahagiakan dan memperindahkan lagi kehidupan kami berdua...

Monday, March 26, 2012

Ceritera Cerita My Birthday



Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang utk bernyawa di bumi Allah ini..Syukur pada tanggal 22 March 2012, aku telah selamat memasukki era 30 an...bak kata my officemate "Welcome to the 3 series"...hehehe..Well this time celebrationnya takdalah sambut mana sangat...tapi ingatan my hubby yg buat aku terharu..selalunya dia tak pernah surprisekan me....Biasalah lelaki kdgkala susah nak ingat birthday or any important days...This time...dia siap sms, buy a birthday cake and a present for me...Aku pernah mengomel2 kata kat dia....nak galaxy tab lah....dia mula2 buat tak tahu je...tapi on that day dia siap suruh survey2....tapi sebenarnya...tak guna gak survey2 tu because dalam mind dia dah ada what to get for me....

Walaupun lambat terima my gadget...tapi aku ucapkan terima kasih byk2..dia belikan aku galaxy tab 7.0 plus...ha gedabak ko dapat...sekali dgn boleh buat call....hahaha...lepas nie aku nak jawab phone sure kena pakai handsfree atau bluetooth. ..heheh....phone and tab .........aku tak kisah...because it's from my lovely hubby...Thanks sayang....Love U....

Pada sahabat yg wish for my birthday dan mendoakan aku selamat bersalin serta panjang umur, dimurahkan rezeki ...aku ucapkan terima kasih banyak2....semoga anda semua pun begitu...For my mom and sis..thanks too...Love both of u..:)


Wednesday, March 7, 2012

WW - Farisya yg ayu bertudung

Semoga anak ibu ini menjadi anak yg solehah dunia & akhirat

Thursday, February 23, 2012

Adik Faris Telah Pergi Buat Selamanya - Al- Fatihah

Assalammualaikum...

Di pagi ini, aku terbaca satu cerita mengenai adik Faris..Walaupun kisahnya dah lama diketahui umum, aku hanya baru tahu pagi nie...Pilu rasa hati ini, apabila membaca rentetan cerita ini dari awal hinggalah ke pemergiannya pada pagi nie jam 10:18 pagi nie.. Allah lebih sayangkan dia. Jika anda yg tidak tahu mengenai cerita ini dari awal....jom kita ke blog abg Mazidul..Kita ikuti rentetan citernya disana...Pada kedua ibu bapa adik Faris semoga tabah menghadapi segala dugaan ini..Syurga menanti adik Faris..


p/s: sambil menulis air mata mengalir.....

Tuesday, February 14, 2012

Marathon Story

fuhh....fuhhh....aduhai dah bersarang blog aku nie...ermm almaklumlah dah semakin sbuk aku skrg nie....nak kena selesaikan kerja2 yg tertunggak sebelum aku cuti maternity....well sepanjang bulan january & awal february mcm2 citer dok terselit kat sini...takpa we will go with the first story...

1. Aku nak ucapkan tahniah pada my younger sister ...dah bertunang...alhamdulilah semua majlis berjalan dgn lancar....majlis berlansung pada 22 january 2012...


2. Happy belated birthday to my lovely hubby....walaupun this year takda sambutan....tapi ingatan tu tetap ada buat insan tercinta nie....28/1/2012....dah menjangkau 32 tahun..kejap je kan syg....semoga abg panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga dikurniakan kesihatan yg shat utk menjaga isterimu ini, farisya serta anak yg bakal dilahirkan nie...

3. Alhamdulilah urusan pembelian rumah dah selesai....so skrg nie dalam mood nak mengemas semua barang2 yg ada...penat tapi takpalah take time nak uruskan semua nie...slow and steady

4. Alhamdulilah minggu nie aku dah masuk 32 minggu...alhamdulilah setakat nie semua masih lagi ok...baby shat...and this time pregnant alhamdulilah takda kencing manis...klu tak masa farisya dulu kena gie amik darah setiap 2 minggu....penat tu...walaupun tak amik masa yg lama tapi 4 hari sekali tu membuatkan aku rasa agak bosan skit lah...hehehehhehe

ermm....rasanya takda update dah kot....itu je for time being...nak siapkan project jdbc/dao....semoga aku dipermudahkan..amin

Wednesday, February 1, 2012

2012 - Penuh dgn Girl

Assalammualaikum...

2012 - tahun baru dan tahun nie byk aku lihat sahabat2 aku yg nak hamil dan baru bersalin..Rata2nya kebanyyakkan semuanya girl. Wah dipenuhi bunga2-an lah kan...Setakat nie belum ada lagi kumbang yg datang..Apapun aku ucapkan tahniah pada sahabat2 yg baru melahirkan anak dan pada bakal-bakal ibu yg menanti saat2 kelahiran cahaya mata anda....semoga semuanya selamat melahirkan dan dipermudahkan.

Pada geng office, Syamil -> tahniah kerana wife dia selamat melahirkan girl...so sweet and so cute-> Ayra Sophea..

Pada Sarah -> geng Kustem -> tahniah -> a girl jugak comel  -> Aishah Ayra

Pada zen, reen, eida, hus, aishah, me myself and other blogger yg sama2 hamil...semoga kita semua dipermudahkan dalam segala hal....

Petua mudah bersalin :-
  • baca Surah Maryam start from 3rd trimester
  • masa dah contraction (dlm labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
  • mintak maaf kat husband, sbb org ckp kalo byk dosa ngan husband susah branak
  • mkn kurma masa pregnant
  • byk berjalan 
  • byk2 berdoa kpd Tuhan supaya dipermudahkan utk bersalin nanti

Tuesday, January 17, 2012

Perit rasa tekak



Aduhai sejak masuk 7 bulan mengandung nie.....aku rasa mcm aku dah tak leh mkn benda2 pedas...sbbnya aku rasa perit tekak sgt klu mkn pedas...ntah le kenapa...maybe baby dalam perut ibu nie tak suka pedas2 kot...tak leh terima benda2 yg pedas....rasa sakit tekak dia kot....hehhe..demi anak kedua ibu nie...ibu ikut saja....padahal masa farisya tu dulu....klu takda benda pedas...aku tak leh nk mkn....heehehehe...tulah bila mengandung mcm2 leh berlaku...apa yg kita suka jadi tak suka...apa yg kita tak suka...semuanya suka...hehehe..inilah dugaan mengandung namanya...

Friday, January 13, 2012

Doa Ibu Bapa Pada Anak Seperti Dalam Al-Quran Bhgn I

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9

Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

Thursday, January 12, 2012

Holiday - Cameron Highlands- 07012012

Dah lama plan nak bercuti tapi yelah dgn cuti sekolah dan bermacam2 cuti sepanjang akhir tahun lepas..so after berbincang dgn suami kami pun bercuti time2 anak2 semua dah sekolah..yelah sbb anak aku tak sekolah...so time tu takdalah jem sngt jalan..klu tak aduhai..tak dapat le nak bayangkan keadaannya...Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan kami mmg menikmati percutian ini...Love it...Farisya bukan main seronok lagi dia dapat berjalan2 kehulur kehilir...:)..Destinasi kami ialah Cameron Highlands. Ramai jugak yg datang waktu2 mcam nie mereka yg ada anak sorang yg masih kecil ataupun yg pergi honeymoon..(Teringat plak time2 honeymoon dulu)..Tapi kali nie cuacanya agak sejuk gak...sbb musim hujan kan...Apapun jom kita layan pic dulu 

Farisya yg pandai senyum skrg nie ...dah nampak gigi 4 batangnya tu

Farisya & strawberrynya



Farisya pun nak petik strawberi...






Thursday, January 5, 2012

Jom Layan Ustaz Azhar & Zizan

Jom Layan ustaz azhar & zizan...mmg best...aku dok layan sampai tergelak2 sorang2 kat office...sambil dengar sambil layan buat keje office...majlis nie diadakan sempena majlis sambutan tahun baru di shah alam baru nie...





Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Happy New Year 2012 pada semua pembaca2 & blogger2 di luar sana....Semoga kehadiran tahun baru ini membawa seribu pengertian buat anda semua...Mulakan azam & semangat baru...semoga apa yg diimpikan pada tahun baru ini akan tercapai....

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...