Salam..
Hari nie dah 7 January 2013. Heheh Mummy laks masih lagi kat 2012 ke? Takdalah saja je nak coretkan what happen last year, 2012. Well byk kenangan yg tersemat di hati. Syukur Alhamdulilah Tuhan masih memberi nafas pada mummy utk teruskan kehidupan ini. Jom kita kongsi apa terjadi sepanjang 2012 walaupun tak banyak cerita.
11/4/2012 - Kelahiran My 2nd Princess
Nama : Nur Asma Nadhira Mohd Sayuti
D.O.B : 11/4/2012
P.O.B : Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah
Weight : 4.13 Kg
Mesti korang semua baca pun terkejut kan tgk berat my baby..Mummy sendiri pun terkejut. Nurse & dr yg sambut pun terkejut sebab dia scan last sebelum bersalin is 3.28, paling besar boleh gie pun 3.5/3.8kg. So mummy pun legalah kan. Tapi bila dah kuar , nurse timbang - 4.13kg. Huyoo besar tu. Dah le tu bersalin normal plak. Semua makcik2 yg datang melawat and mak bidan terkejut. Apapun itu semua kuasa Allah. Hanya DIA yg tahu yg terbaik buat kita.
Daddy nadhira pun terkejut ..tapi bila tgk perkembangan nadhira yg lebih cepat dari kakak dia, daddy selalu cakap nadhira dia dah membesar dalam perut, cepat matang tu yg besar. Now nadhira dah 9 bulan on January 11, 2013. Dah pandai merangkak dengan lajunya, dah meniti jalan dan juga skrg nie nadhira dah boleh berdiri sendiri cuma nak menapak tanpa pegang dia masih belum lagi. Gigi dah mula nak tumbuh, 2 batang di bawah, 2 di atas. Alhamdulilah mummy masih lagi bf nadhira dan mummy kena beware sbb gigi dia dah tumbuh. Hehehhe..
26/12/2012 - My 1st Princess - 2 years old
Dah makin besar anak mummy sorang nie. Uih mulut toksah cakap lah. Dah pandai dah. Macam-macam dia dok tanya. "Ibu apa tu ibu..Abah apa tu abah." Kalau bab marah adik dia klu makan benda-benda kutip serah je kat dia. " Apaaaaa nie"..Satu lagi dua-dua nie memamg tak boleh dipisahkan. Klu hantar akak sorang atau adik sorang je kat pengasuh mesti tak senang duduk diorang, nak kena ada dua-dua baru boleh. Tahun 2012 along farisya dah 2 tahun, doa mummy semoga kedua anak-anak mummy nie sentiasa di lindungi ALLAH dan menjadi anak-anak yang solehah, anak-anak yg bijak.
13/11/2012 - Majlis Persandingan Adikku
Semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..dan cepat2 dapat baby :)
19/12/2012 - Istana dibina mencecah 3 Tahun
Alhamdulilah istana yg dibina tahun 2012 telah mencecah 3 tahun. Segala suka, duka, susah, senang kami hadapi bersama ditemani dua puteri tercinta & comel farisya & nadhira. Semoga ikatan yg terbina ini berkekalan sehingga akhir hayat kami. Amin.
Alhamdulillah
sekali lagi kerana daddy lulus peperiksaan AO. Setelah 6 bulan berjuang ke kelas, sabtu
& ahad, tinggalkan kami berhujung minggu dirumah, akhirnya penat
lelah daddy berbalas dengan kejayaan. Syukur.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Actually tak banyak perkara yg berlaku dalam tahun 2012. Cuma kecil-kecilan jer. Cuti-cuti pun takda. Mummy and anak2 tak banyak bercuti ke mana2 pun because after mummy deliver my 2nd baby daddy dah sibuk dengan kelasnya. So thun 2012 tahun kami bercuti di rumah je. Oh ya 2012 juga meninggalkan kisah duka buat daddy sebab one of his uncle, Pakcu Pa meninggalkan kami pada penghujung November.
Semoga 2013 membawa kebahagian buat kami sekeluarga, dimurahkan rezeki, menjadi insan2 yg soleh dan solehah. AMin...Rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkan
"Happy New Year 2013"
No comments:
Post a Comment
Blog Story By