Followers
Wednesday, November 14, 2007
kekasih gelapku
[Reff:]Ku mencintai mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahuKu mencintai mu,
sedalam-dalam hati kuMeskipun engkau hanya,
kekasih ge~lap ku
Yakinlah bahwa engkau adalah cinta ku,yang ku cari s’lama ini,
dalam hidup ku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cinta ku,
yang panjang dalam hidup ku,
hidup ku…
[Reff]
[Interlude]
Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati kuMeskipun kau hanya,
kekasih ge~lap ku~
[Reff]kekasih ge~lap ku…
walaupun lirik dia simple tapi dia membawa seribu makna.......
Monday, October 29, 2007
Open HOUse
Selamat Hari Raya
balik2 baru nie the first open house yang kami pi kat mana ek ....jab nak ingat...tak silap aku umah tnc upm...satu umah pi makan...lepas tu umah housemate lama, afzan....then nak dibuat cerita hari ketiga pi open house salah umah...hahhahahhahahahhahhhaha
nak pi umah t.m lain pi umah t.m lain. pi umah datuk zaid....kat putrajaya....klakor betul...kami selambar jer makan...nama pun open house.....macam2 ada.....mat2 moto besar pun ada....lepas dah kenyang kami beransur lah .....apa lagi ....last2 kami nampak satu umah lagi ada open house...rupany tulah open house yg kmi cari.....hahahhahaha.....dah kenyang tak stop pun...tgk jerlah kami....
Monday, October 8, 2007
Chelos Restoran bangi - 5/10/2007
Tinie & Azie -- Minah SpekGlamour
Control cun le tu.....hahahahha
Org Penang vs Org kedah....Senyuman sapa cun?????
Aik..Nie nak promote ker?
Aku + Kak Ha -- tetiba je aku putih cm kak ha....hahahhahahah
Tiga dara pingitan....senyum2 jangan tak senyum
Apalah bebudak nie dok buat...mkan lagi ka??
Kenangan bersama korang semua tak dapat dilupakan.....
Selamat Berpuasa...
Sepanjang bulan ramadhan nie banyaknya aku memenuhi jemputan berbuka puasa...hehehehhe. bersama teman2 umah dan teman2 blaja dulu..untuk tatapan rakan2 semua kat sini aku ada lampirankan foto2 yang indah2 dan cun2....hehhehehhehe....nanti klu ada lagi aku akan upload...hehheheh
BERBUKA BERSAMA TEMAN UMAH
BERBUKA BERSAMA TEMAN KUSTEM
Wednesday, September 12, 2007
Doa Dipermudahkan Jodoh
Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.
Friday, September 7, 2007
Kembali Senyum
Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan
Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang
Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum
Dan maafkanku…
Thursday, September 6, 2007
KaRnival FloRia
heheehhe..dalam dok sibuk2 smpat jugak aku blasah pi karnival floria dgn member2 umah aku...hehehehe...walaupun sesat kat putrajaya tapi dgn bantuan abg guard yg tersengih2 aku sampai gak.....cantik gak bunga2 yg ada....sempat nampak dina + izwan pilus buat konsert mini...hehehhe..tetiba terpegun dgn lagu izwan pilus kembali senyum...best oooo...
Selamat Pengantin Baru
"SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA JODOH BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT."
1. Afzan + Rozaimi (kembang)
2. Hadilla + suami (xingat nama)
3. Rohaimi + Yantie (nama je sama bkn aku)
4. Zain (sepupuku) + isteri
Pada mber kamcing aku, Zana tahniah dapat baby girl pada 4 September 2007.
Aku pulak???? Ntah le tak tahu bila.........Kawin pun belum lagi.....
Friday, August 17, 2007
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam
Wednesday, August 1, 2007
Prinsip-prinsip Kejayaan
berani melakukan perubahan ke arah kebaikan
berani untuk menghadapi kegagalan
berani untuk berusaha lebih dari yang biasa...bekerja keras
berani untuk mengatur strategi di dalam mencapai kejayaan
berani untuk belajar menyukai apa yang anda lakukan.....
28/07/07
Friday, July 27, 2007
25-07-2007----Aku interview
apapun aku tak berharap sangat...ada rezeki adalah takda tak kisah nak buat macam mana kan semuanya ketentuan ALLAH...sapa yang dpat tu tahniah aku ucapkan... buat keje elok2
22.07.07- MajlIs PerKahwInan Nani
well tarikh tu aku gie kawin nani.....banyak dugaan nak sampai yerlah dgn jam dengan hujan.....macam2.....tapi sampai jugak ke majlis tu kat dewan jejarum seksyen 11 shah alam....mula2 tu bila aku sampai aku ingatkan aku salah dewan....yerlah siap pasang lagu hisdustan lagiiii.....lepas tu nampak ramai org pakai baju ala2 bolloywood....si zahar dah panik kata aku salah kenduri kawin daaaa.....
aku pun pusing lah kat seksyen 14 cari lagi dewan2 kot2 lah ada dewan lain.pusing punya pusing tak jmpa jgak dewan.....aku pun tawakal dan tanya lah kat sorang mamat tu...."abg2 nie kenduri nani ke?" dia ckp betul aku punya selamba masuk dan carilah mana nani......tetiba ada srang yg cntik dan aku tak cam rupanya tu lah nani.....cantik tuuuuuu......
kawin ala2 bollywood...tak cam aku.....nani nie sebnarnya junior aku kat kustem......cantik lah diorang sama padan...macam pinang dibelah dua...hehehheheheheh
aku doakan moga diaorang bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat..
Friday, July 20, 2007
20.07.2007
well minggu nie banyak peristiwa .......sian kan kat perajurit negara yg mati dek kerana nuri terhempas.....nie kejadian yg ke-18 (klu tak silap). patutnya benda nie kenalah dipandang serius oleh kerajaan kan....tapi syukurlah alhamdulilah kabinet dah meluluskan untuk beli helikopter baru...tgh open tender...sapa2 nak try leh ahhh.....setakat nak jual helikopter mainan tak layan ah......hehhahehhahehaehheahe
minggu nie aku ada satu kenduri kat shah alam nak gie.....kenduri kawin naniee...semoga jodohnya berpanjangan dan dimurahkan rezeki....insyaallah terasa nak gie......:)
oklah setakat nie jerlah ......dah tak tahu nak tulis apa dah.....apapun aku skrg nie tgh rindukan ayah aku.....heheh anak ayah le katakan...........rindu kan xxxxx pun ada juga.... sapa tu????
Tuesday, July 17, 2007
HArI InI HaRi KoMpiLe KeRneL
Thursday, July 5, 2007
MUTIARA KaTA
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Tarikh Lahir Pada 22 & 25
Betul ker????
Rahsia Bulan KelahiraNku--Ada Yang Benar
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
Wednesday, July 4, 2007
PenghiJraHan Ke RumAh BaRu
kawan2 dalam umah tu semuanya baik2 ......friendly, cuma aku jer tak pandai lagi nak bergaul tapi selepas 2 minggu di umah tu...huyoo best ah..aku dah mula mengenali mereka semua...macam2 karenah dan telatah..apapun kami semua bersatu hati walaupun dalam umah tu ada 12 orang....
bab memasak memang ada yg pakar...huyoo sedap2 pulak tu...aku je tak cuba memasak lagi....oh ya sepanjang aku dok kat situ nie first time aku sambut birthday member umah aku.. JAM (nama glamour)....pada 2 JULY lalu..HAPPY BELATED BIRTHDAY JAM......
Sahabat SeJaTi
Tuesday, July 3, 2007
Kaulah Segalanya
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,
Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai
Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai
Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku
Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai
Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati
Cintaku padamu, ikhlas sejati
(p/s:-khas buat S***Az**)
Do'a Rabi'ah Al- Dawiyah
masukanlah daku ke neraka
dan jadikan jasmaniku memenuhi
seluruh ruang neraka
sehingga tak ada
orang lain dapat dimasukkan kesana
Wahai Tuhanku, bilamana daku menyembahMu
karena takut neraka
jadikan neraka kediamanku
dan bilamana daku menyembahMu
karena gairah nikmat sorga
maka tutupkan pintu sorga selamanya bagiku
tetapi apabila daku menyembahMu
demi Dikau semata
maka jangan larang daku
menatap keindahanMu
yang Abadi
(Auliya Rabi'ah, Basrah)