Followers

Friday, August 28, 2009

Hari Kebangsaan 2009 ke 52

Rasanya tinggal lagi 2 hari kita akan menyambut hari kemerdekaan yg ke 52...tahun ni sambutan kemerdekaan dalam bulan ramadhan....

Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan dari Stadium National Bukit Jalil ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia



Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan kemerdekaan sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan Ke 52.


p/s: Di kesempatan yg ada ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dan salam ramadhan....

post signature

No comments:

Post a Comment

Blog Story By

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...