Dlm sedar tak sedar dah 2 bulan anak ibu, farisya...kejap je kan. Rasa mcm baru semalam je ibu melahirkan farisya. Disebabkan dah 2 bulan, jadinya semalam kenalah farisya gie cucuk utk 2 bulan. Alhamdulilah semuanya selamat...
Followers
Tuesday, December 28, 2010
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah 1432H
Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua....semoga kehadiran tahun baru ini membawa seribu pengertian dan makna dalam hidup kita....
Sunday, December 5, 2010
Aku dah selamat melahirkan Nur AlyaFarisha
Salam....rasanya dah lama aku tidak berblogging...Untuk pengetahuan semua aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg sangat comel pada pagi Jumaat 29.10.2010 jam 2.13 pagi. So skrg dah 38 hari aku dalam pantang dan anak aku pun dah 38 hari...Kelahirannya menceriakan hidup aku dan suamiku...Kami telah memberikan nama bayi tersebut Nur AlyaFarisya Binti Mohd Sayuti. Tiada perasaan yg dapat digambarkan apabila pertama kali melihat wajahnya. Macam tak percaya, 9 bulan berlalu dengan begitu cepat.....Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menganugerahkan aku seorang bayi yg sangat comel...Alhamdulilah
Hari pertama kelahiran Nur AlyaFarisya
Thursday, October 21, 2010
4 The Rest Of My Life♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥Maher Zain
Maher Zain - For the rest of my life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
p/s: Dedicated utk semua pasangan suami isteri di luar sana...Semoga hidup kita sentiasa diberkati...
Pada yg masih belum berumahtangga semoga anda semua berjumpa dgn seseorang yg istimewa dalam hidup anda....
Liriknya memberikan sentuhan yg begitu bermakna.....
Wednesday, October 20, 2010
20.10.2010
Wah cantik tarikh di atas, selepas 10.10.10. Tarikh tu jatuh pada hari ahad, so ramailah yg kawin tapi tarikh nie 20.10.2010 jatuh hari rabu...so sapalah yg nak kawin kan time2 org tgh keje nie...tapi maybe untuk bersalin mungkin ada kebetulan due date is today...Bagi aku this tarikh setakat nie nothing happen just nak update what happen sepanjang this week. ..Semalam aku gie jmpa pakar O&G putrajaya....Pasal kencing manis aku nie sepanjang kehamilanku...Alhamdulilah dr kata takda apa...cuma aku kena repeat BSP isnin minggu depan sbb minggu nie BSP aku tak berapa cantik...jika this monday tak cun, aku maybe dah kena induce awal....tapi klu cantik aku akan diinduce dalam 4/11/2010 ikut tarikh awal due date aku...apapun aku harap aku dapat bersalin awal sebelum tarikh tu, bersalin normal...takyah induce2....tgk haritu masa kat wad tgk dia kena induce katanya sakit...dr masukkan ubat... dan macam2 lagi....Semoga segala urusan aku dipermudahkan...Amin... Pada sahabat2 yg mengenali saya, dan pada blogger2 di luar sana...saya ingin memohon seribu kemaafan andai ada salah & silap.....jumaat nie saya akan bertolak balik ke Sg. Petani dan insyallah bersalin di sana...Doakan saya selamat sampai dan melahirkan bayi kami yg sulung....
Wednesday, October 13, 2010
Syukur ALhamdulilah...
Salam kawan2....actually takda apa sangat nak update...Ermm cuma kdgkala kerisauan di dalam hati melanda....hehehe...Baru2 nie...11/10/2010 jam 1 pagi aku telah dimasukkan ke wad...Bukan sbb nak bersalin..belum sampai lagi waktunya...yelah due date aku 4/11/2010. Aku dimasukkan ke wad sbb baby kurang gerak...setelah dibuat CTG, dr kata jantung baby ok, berdenyut dgn baik, dan pergerakkan pun ok..tapi disebabkan aku ada kencing manis dr takut kes2 seperti bayi mati dalam kandungan secara mengejut disebabkan ibu mengalami kencing manis...So aku kena diletakkan di bawah pemerhatian untuk tgk mcm mana jantung & pergerakkan baby. Setelah seharian aku dipantau alhamdulilah semuanya ok..Pakar check dan aku berpuas hati dgn pergerakkan baby. Bukan main aktif anak ibu bila masuk hospital...Syukur alhamdulilah ...Skrg nie pun baby tgh aktif....rasa pergerakkannya....
Dok kat hospital mmg membosankan....dah le sebelah menyebelah aku semua dah nak bersalin...ada yg kena induce...dok tahan rasa sakit....kesian plak tgk diorang....mcm mana le aku nanti...moga2 dipermudahkan semuanya....Bila dengar tangisan bayi yg baru lahir membuatkan aku rasa tak sabar nak tunggu anak ku lahir....
Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.
"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
Friday, October 8, 2010
HB1Ac Test
3 minggu lepas aku ada amik ujian ini...Risaunya...
HbA1c (purata gula dalam darah selama 3 bulan) – 7.0% atau kurang lagi. Harap2 ujian ini rendah daripada 7.0%.....Lagi 2 minggu kena jmpa pakar laks... Ya Allah kau permudahkan segala urusanku ...Amin
Thursday, October 7, 2010
Tanda-Tanda Hampir Bersalin
Sedar tak sedar....dah 36 minggu kehamilan aku....sekejap sahaja ku rasakan...mcm mimpi kan...bila dah hampir nie berbagai perasaan yg hadir & bercampur gaul....Moga semuanya dipermudahkan utk aku...So dari hari ke hari byk benda yg aku explore dan nak tahu mengenai tanda-tanda bersalin....dan selepas aku bertanyakan pakcik goggle...byk info yg aku tlh temui dan mungkin kita boleh kongsi bersama bagi bakal ibu2 yg sama2 dgn aku tgh menunggu hari nie...Jom kita sama2 share:-
Minggu ke-36 kehamilan
Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Berat badan yang semakin bertambah.Bengkak pada tangan dan kaki, terutama pada hari-hari terakhir. Ini adalah biasa, tetapi jika anda tiba-tiba mengalami bengkak pada muka atau peningkatan berat badan secara mendadak, jumpa doktor segera.Temujanji anda dengan doktor perlu dibuat seminggu sekali sehingga anda bersalin pada trimester ketiga ini untuk mengawasi berat badan, degupan jantung dan kedudukan si manja anda.
Fetus pada minggu ke-36 | ||||||
Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.
Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.
Tanda-tanda hendak bersalin
Bayi Turun Ke BawahPerut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu
Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:
1. | Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus |
2. | Enema; untuk membersihkan usus besar |
3. | Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks |
4. | Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan. |
Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
1. | Peringkat pertama |
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam. | |
2. | Peringkat kedua |
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak. | |
3. | Peringkat ketiga |
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. | |
ermm:- bagi aku skrg nie....tanda- tanda seperti kerap membuang air kecil, sakit perut, memulas, kerap buang air besar, kerap terkentut selalu juga aku alami skrg nie...cuma skrg menanti tanda2 yg lebih besar. Semoga semua urusan aku dipermudahkan .....Amin...Doakan aku ye kawan2...
Tuesday, October 5, 2010
Posisi Tidur Semasa Hamil
ermmm dalam sedar tak sedar...rupanya skrg aku dah masuk ke trimester ke 3, dah 35 minggu....skrg nie berdebar menanti saat kelahiran....ermmmm byk benda yg aku alami saat2 35 minggu kehamilan nie terutamanya waktu tido....tido aku dah tak berapa lena mcam dulu sebab asyik terasa nak ke toilet je....nak berubah posisi semasa tido pun sakit...Tido pun ada posisi yg betul agar ia tidak mendatangkan apa2 effect pada bayi yg dikandungkan...Untuk menyelesaikan masalah nie aku pun tanya lah pakcik google tips2 tido yg selesa:-
Posisi Tidur Semasa Hamil
Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
#1: Saiz perut yang semakin besar
#2: Sakit belakang
#3: Pedih ulu hati
#4: Sukar bernafas
#5: Insomnia
#1: Tidur terlentang
p/s: Harap info ini akan dapat menbantu anda di luar sna yg mengalami masalah sperti aku.......
Posisi Tidur Semasa Hamil
Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
#1: Saiz perut yang semakin besar
#2: Sakit belakang
#3: Pedih ulu hati
#4: Sukar bernafas
#5: Insomnia
Posisi yang terbaik
#1: Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
#2: Bengkokkan kaki anda.
#3: Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
#4: Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
#5: Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda(daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.
#2: Bengkokkan kaki anda.
#3: Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
#4: Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
#5: Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda(daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.
Posisi yang harus dielakkan
#1: Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah:
#1: sakit belakang,
#2: pernafasan,
#3: penghadaman,
#4: sembelit,
#5: pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
#2: Tidur meniarap
:-) Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.
p/s: Harap info ini akan dapat menbantu anda di luar sna yg mengalami masalah sperti aku.......
Tuesday, September 28, 2010
Potluck Hari Raya @my Office
Setiap tahun my Cluster @ the office akan selalu buat jamuan hari raya...Tapi this year it is a bit different jamuan ni dibuat secara potluck....tema sesuci, seikhlas lebaran....walaupun ianya sederhana tetapi juadah dan kemeriahannya tetap meriah...dgn lagu raya berkumandang di segenap ruang pejabat...everyone happy ....
Olio Spaghetti Kak Ikin
Choc Cake - Kak Erin
Carrot Cake - Kak Erin
Kuah Nasi Dagang Abg Man (original dari Trg)
Dibawah: - Rendang Daging Aufa
Disebalik Tabir....Antara org kuat yg byk menjayakan majlis ini
Thanks Everyone: Really enjoy & full
Salam Aidilfitri
Hari nie dah masuk 18 Syawal ....dan rasanya belum terlewat utk saya dan suami mengucapkan selamat hari raya...maaf zahir batin...lama tidak bersiaran..almaklumlah sibuk dgn pelbagai urusan dan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan....menghitung hari menanti kelahiran anak sulung kami yang bakal lahir insyallah dalam beberapa minggu lagi.....semoga semuanya selamat....amin....
Thursday, August 26, 2010
Ramadhan Reunion 7283
7283 - no apa tu? hehehhehhe...itulah no rumah sewa lama kami dulu masa zaman bujang2..banyak kenangan manis, masam dan mcam2 lagi...setiap kenangan yg tercipta ada sejarah disebaliknya...ada story morry...mcm2...klu nak diimbas kembali mau seminggu tak habis...
Rumah tu terletak di sri serdang...Penghuninya silih bertukar ganti...dari afzan, tinie, hus, eida, farah, zura, ida, dayah dan akhirnya yg tertinggal kat umah tu dan berpindah ke lokasi lain tinggallah kak uji,aku, june, azie, aida.....tak silap aku dekat2 3 tahun jgak aku dok sana...mmg best le...
Reunion baru2 nie walaupun tak ramai yg join ...itupun dah ckup gamat dengan karenah anak masing2..dgn suasana kelam kabut nak mencari restoran dan kehadiran hujan lebat -rahmat dari IlAHI..untuk dijadikan satu kenangan buat kami...Terima kasih pada yg hadir...pada yg tidak dapat hadir kami semua faham mungkin masing2 sibuk dgn urusan...
Insyallah andai ada masa dan ketika akan diadakan lagi reunion seperti ini...mana tau kan mungkin lepas raya....kita buat reunion raya plak....masa tu nak masuk mana2 restoran or rumah yg sedia ada pun takda masalah kot takyah booking2 and tergesa2 lagi...
Tuesday, August 24, 2010
Amalan Ketika Mengandung
Panduan buat sahabat2 yg tengah hamil dan panduan untuk diri sendiri
Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
2. Surah Yaasin
3. Surah Ayatul Kursi
4. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
5. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
6. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
7.Surah Al-Araaf ayat 189
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (kesuatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): "Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi dari orang-orang yang bersyukur".
8. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa."
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa."
9. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
11. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani
12. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
13. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
14. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
15. Surah An-Nahl ayat 78 - Untuk memudahkan bersalin
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.
Subscribe to:
Posts (Atom)