Sedar tak sedar....dah 36 minggu kehamilan aku....sekejap sahaja ku rasakan...mcm mimpi kan...bila dah hampir nie berbagai perasaan yg hadir & bercampur gaul....Moga semuanya dipermudahkan utk aku...So dari hari ke hari byk benda yg aku explore dan nak tahu mengenai tanda-tanda bersalin....dan selepas aku bertanyakan pakcik goggle...byk info yg aku tlh temui dan mungkin kita boleh kongsi bersama bagi bakal ibu2 yg sama2 dgn aku tgh menunggu hari nie...Jom kita sama2 share:-
Minggu ke-36 kehamilan
Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Berat badan yang semakin bertambah.Bengkak pada tangan dan kaki, terutama pada hari-hari terakhir. Ini adalah biasa, tetapi jika anda tiba-tiba mengalami bengkak pada muka atau peningkatan berat badan secara mendadak, jumpa doktor segera.Temujanji anda dengan doktor perlu dibuat seminggu sekali sehingga anda bersalin pada trimester ketiga ini untuk mengawasi berat badan, degupan jantung dan kedudukan si manja anda.
Fetus pada minggu ke-36 | ||||||
Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.
Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.
Tanda-tanda hendak bersalin
Bayi Turun Ke BawahPerut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu
Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:
1. | Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus |
2. | Enema; untuk membersihkan usus besar |
3. | Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks |
4. | Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan. |
Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
1. | Peringkat pertama |
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam. | |
2. | Peringkat kedua |
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak. | |
3. | Peringkat ketiga |
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. | |
ermm:- bagi aku skrg nie....tanda- tanda seperti kerap membuang air kecil, sakit perut, memulas, kerap buang air besar, kerap terkentut selalu juga aku alami skrg nie...cuma skrg menanti tanda2 yg lebih besar. Semoga semua urusan aku dipermudahkan .....Amin...Doakan aku ye kawan2...
No comments:
Post a Comment
Blog Story By