Followers

Monday, March 29, 2010

Karenah Suamiku....huhuhuhu....

Dah lama dah dia mengidam benda nie....dari seblum tunang sampailah dah dekat nak dapat anak skrg nie .....Akhirnya dia berjaya mencapai kehendaknya....hehehhehe..nak tahu apa dia? Kereta Control....Katanya nak beli awal2 nanti bila dah ada anak....leh ajar anak main...then modified skit2...aku layankan ajer....asalkan jgn benda2 yg lain udahle....Skrg nie dia dok sibuk nak drift dgn kawan2 office dia.....Kawan office dia baru je tangkap satu...yg suami aku punya RX7.....warna kelabu..

My Custom Album dah Siap

Gumbiranya hati den bila my wedding custom album dah siap setelah berapa lama menanti...hehehehe..jgn marah ye aqeel studio....tak sabar nak balik S.P, nk tgk gmbar yg dah siap...Anyway thanks to Aqeel studio for the moment that u all capture....Nanti leh amik pic my baby pulak....:) hehehhehhehe


Friday, March 26, 2010

Beautiful Blogger Award


The rules are :

1. Thank & link the person that gave you the award

Thanks so much to oya 

2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
ermm....poning pala den nak pikiaq :-
iii. zen
iv. irnie
v. ana
vii. azza
ix. fieza

Lagi-2 tu sapa2 yg rasa blog dia beautiful....aku tujukkan utk anda semua....

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
On the way...

4. State 7 things about yourself.

1.isteri kepada Yut...
2.rindu bangat kat my family skrg..
3.teringin nak mkn cempedak goreng
4.suka drive keta laju
5.suka warna biru
6.nk mandi air terjun
7.mkn spagetti-sukanya

tq...dah selesai
 

Wednesday, March 24, 2010

Sudah Meningkat Usiaku

wah harinie dah 24 Mac 2010....2 hari lalu aku telah dilahirkan pada 22 mac 19??..Kini genaplah umur ku ......dah smakin tua aku kini...Namun aku bersyukur kehadrat Ilahi masih dipanjangkan usia ku....Masih di izinkan tuhan utk melihat dunia ini dan terus menunaikan kewajipan kepadaNYA. Aku bersyukur kerana tahun ini merupakan hari kelahiran ku yg paling bermakna....22 March 2010....aku kini seorang isteri kepada insan yg paling aku sayangi - Mohd sayuti.....&alhamdulilah dan kini aku telah hamil 7 minggu anak sulung ku....Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja....tahun lepas 22 March 2009 aku masih lagi single dan baru mula2 nak couple...hehehehehe dan skrg....inilah yg dinamakan jodoh...

Walaupun sambutan hari lahirku kali nie tidak semeriah mana namun aku bersyukur kerana suami ku masih lagi mengingati tarikh inie....terima kasih sayang....I LOVE U

Friday, March 19, 2010

Teringin cempedak goreng


sedapnya klu dapat mkn cempedak goreng ptg2 nie...bersama plak dgn horlick panas...perghhhh mmg sodap...kat mana aku nak cari cempedak nie...bkn musim dia lagi.....
teringinnya.....

....Kuatnya alahan aku nie...

ermmm.....loya, mual & pening ...Ya Allah kuatkan semangat aku untuk menghadapi semua ini...Namun aku bersyukur kerana aku masih mampu berdiri & sihat ke pejabat. Tapi aku mohon maaf pada suami aku sbb aku dah tak leh nak bau2 ikan, daging, udang & mana2 lauk....Bagi aku semua tu dah hanyir sangat.....rasa nak muntah sangat2....sian dia skrg nie mkn pun kena masak sendiri....selera aku tak menentu....kdgkala mkn nasi...kdgkala tak lalu....mkn ikut suka...tapi paling suka roti.

Dari sesuatu yg aku peroleh dari pakcik google:-

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.




Monday, March 15, 2010

Syukur ALhamdulilah

Ermm....rasanya dah lama kita tak berblogging kan....almaklumlah aku tak berapa sihat seminggu lepas...dapat MC 4 hari....ermm well mesti korang nak tahu kenapa kan..takpa aku akan story-mory k...

Actually aku ada berita gembira ....ermm dah 3 kali aku buat test ini....dan 3 kali +positif...aku tersangat le gembira..Syukur ke hadrat Ilahi...ermm mesti korang nak tahu test apa kan...apa lagi klu org dah kawin nie...pregnancy test....mmg masa first time test aku mmg takut sangat....berdoa byk2 ...ermm dah ada line cuma kurang terang....so aku pun buat 2nd test a week after ermm sama gak cuma line dah terang skit...and 3rd test alhamdulilah terang...so I am so happy....

Dalam dok happy2...after 2 day jmpa dr....ada bleeding ...aku dah rasa panik...so pergilah jmpa dr...katanya this is threatening abortion...wah aku dah takut....tanda2 atau cuma amaran awal utk keguguran...aku jmpa pakar utk check lebih lanjut mengenai this matter.....Dr.Khamsiah (An-Nur Bangi)....Katanya aku kena bnyak berehat & tak leh buat keje berat2 & also tak leh lasak2....ermm nampaknya aku  kena kurangkan aktiviti ....mc dok umah...tido...nak buat keje skit my husband bising...suruh rehat...best giler....hehhehehehe

Harinie alhamdulilah cuma kena byk rehat....and makan ubat....Semoga takda apa2 & semuanya selamat...amin

Wednesday, March 3, 2010

SARARISA GIVEAWAY 2010

ERmmm...Pada yg biasa dgn handmade product, pasti anda tidak akan menyesal jika anda memilih handmade by sararisa....Aku dah pernah beli one product daripada this sararisa iaitu handmade card for my hubby....mmg tak mengecewakan & my hubby suka sangat...Anda takkan rasa rugi membelinya...


sempena anniversary sararisa & hubby yg ke 6, tuan milik this sararisa-craft telah mengadakan giveaway...byk hadiah2 menarik menanti anda...apa kata jom kita sama2 join this giveaway...dapat memeriahkan majlis..mana tau kot2 ada rezeki..insyallah....

antara syarat2 nya ialah:

~ add blog sararisa-craft ke dlm blog list anda dan jadilah follower
~ copy gambar diatas,buat entri khas dan letak link blog sararisa-craft~ tinggalkan link anda dan jejak anda di ruangan komen entry ini sahaja.
~ tarikh tutup contest ini ialah 11 MAC 2010 pada pukul 8mlm



Selamat mencuba & semoga ada rezeki....

Tuesday, March 2, 2010

Apa Ada Dgn 'LAWA'

LAWA? klu diikutkan istilah bahasa melayu lawa ialah cantik....ermm tapi pernah tak anda semua terdengar @ terfikir bahawa LAWA jgak merupakan sejenis makanan....hehehhe...klu anda tak pernah tahu mai sini cheq nak cerita....LAWA...nie merupakan sejenis makanan yg ala2 sushi yg datangnya dari negeri pantai timor....iaitu kelantan....saya tak pasti sama ada semua rakyat kelantan tahu tak mengenai perkara nie...menurut kata suami saya (kan org kelantan)...makanan ini agak dikenali di daerah tawang, bachok dan biasanya org2 yg dok dkat dgn pantai yg selalu mkn nie...

LAWA nie diperbuat daripada ikan dan sayur-sayuran spt kacang panjang, daun pucuk jagus, daun kesum, limau nipis. LAWA nie akan dicampur semuanya dan dibiarkan seketika...sebenarnya limau nipis tu yg akan memasakkan ikan tersebut...ikan tu tak digoreng/dimasak/direbus....disebabkan aku teringin sangat nak mkn semalam suami aku buatkan....mmg betul tak hanyir pun ikan tu..sbb kita dah biarkan limau + ikan bersama ditambah pulak dgn daun kesum...wah mmg wangi....mmg terangkat le...




inilah hasilnya...LAWA





Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...