Followers

Thursday, October 21, 2010

4 The Rest Of My Life♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥Maher Zain



Maher Zain - For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

p/s: Dedicated utk semua pasangan suami isteri di luar sana...Semoga hidup kita sentiasa diberkati...
Pada yg masih belum berumahtangga semoga anda semua berjumpa dgn seseorang yg istimewa dalam hidup anda....

Liriknya memberikan sentuhan yg begitu bermakna.....

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010







Wah cantik tarikh di atas, selepas 10.10.10. Tarikh tu jatuh pada hari ahad, so ramailah yg kawin tapi tarikh nie 20.10.2010 jatuh hari rabu...so sapalah yg nak kawin kan time2 org tgh keje nie...tapi maybe untuk bersalin mungkin ada kebetulan due date is today...Bagi aku this tarikh setakat nie nothing happen just nak update what happen sepanjang this week. ..Semalam aku gie jmpa pakar O&G putrajaya....Pasal kencing manis aku nie sepanjang kehamilanku...Alhamdulilah dr kata takda apa...cuma aku kena repeat BSP isnin minggu depan sbb minggu nie BSP aku tak berapa cantik...jika this monday tak cun, aku maybe dah kena induce awal....tapi klu cantik aku akan diinduce dalam 4/11/2010 ikut tarikh awal due date aku...apapun aku harap aku dapat bersalin awal sebelum tarikh tu, bersalin normal...takyah induce2....tgk haritu masa kat wad tgk dia kena induce katanya sakit...dr masukkan ubat... dan macam2 lagi....Semoga segala urusan aku dipermudahkan...Amin... Pada sahabat2 yg mengenali saya, dan pada blogger2 di luar sana...saya ingin memohon seribu kemaafan andai ada salah & silap.....jumaat nie saya akan bertolak balik ke Sg. Petani dan insyallah bersalin di sana...Doakan saya selamat sampai dan melahirkan bayi kami yg sulung....


Wednesday, October 13, 2010

Syukur ALhamdulilah...

 
Salam kawan2....actually takda apa sangat nak update...Ermm cuma kdgkala kerisauan di dalam hati melanda....hehehe...Baru2 nie...11/10/2010 jam 1 pagi aku telah dimasukkan ke wad...Bukan sbb nak bersalin..belum sampai lagi waktunya...yelah due date aku 4/11/2010. Aku dimasukkan ke wad sbb baby kurang gerak...setelah dibuat CTG, dr kata jantung baby ok, berdenyut dgn baik, dan pergerakkan pun ok..tapi disebabkan aku ada kencing manis dr takut kes2 seperti bayi mati dalam kandungan secara mengejut disebabkan ibu mengalami kencing manis...So aku kena diletakkan di bawah pemerhatian untuk tgk mcm mana jantung & pergerakkan baby. Setelah seharian aku dipantau alhamdulilah semuanya ok..Pakar check dan aku berpuas hati dgn pergerakkan baby. Bukan main aktif anak ibu bila masuk hospital...Syukur alhamdulilah ...Skrg nie pun baby tgh aktif....rasa pergerakkannya....

Dok kat hospital mmg membosankan....dah le sebelah menyebelah aku semua dah nak bersalin...ada yg kena induce...dok tahan rasa sakit....kesian plak tgk diorang....mcm mana le aku nanti...moga2 dipermudahkan semuanya....Bila dengar tangisan bayi yg baru lahir membuatkan aku rasa tak sabar nak tunggu anak ku lahir....
 

Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.

"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)
 
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)
 
 “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Friday, October 8, 2010

HB1Ac Test

3 minggu lepas aku ada amik ujian ini...Risaunya...

HbA1c (purata gula dalam darah selama 3 bulan) – 7.0% atau kurang lagi. Harap2 ujian ini rendah daripada 7.0%.....Lagi 2 minggu kena jmpa pakar laks... Ya Allah kau permudahkan segala urusanku ...Amin

Thursday, October 7, 2010

Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Sedar tak sedar....dah 36 minggu kehamilan aku....sekejap sahaja ku rasakan...mcm mimpi kan...bila dah hampir nie berbagai perasaan yg hadir & bercampur gaul....Moga semuanya dipermudahkan utk aku...So dari hari ke hari byk benda yg aku explore dan nak tahu mengenai tanda-tanda bersalin....dan selepas aku bertanyakan pakcik goggle...byk info yg aku tlh temui dan mungkin kita boleh kongsi bersama bagi bakal ibu2 yg sama2 dgn aku tgh menunggu hari nie...Jom kita sama2 share:-

Minggu ke-36 kehamilan

Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Berat badan yang semakin bertambah.Bengkak pada tangan dan kaki, terutama pada hari-hari terakhir. Ini adalah biasa, tetapi jika anda tiba-tiba mengalami bengkak pada muka atau peningkatan berat badan secara mendadak, jumpa doktor segera.Temujanji anda dengan doktor perlu dibuat seminggu sekali sehingga anda bersalin pada trimester ketiga ini untuk mengawasi berat badan, degupan jantung dan kedudukan si manja anda.

Fetus pada minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Tanda-tanda hendak bersalin

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:
1.
Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus
2.
Enema; untuk membersihkan usus besar
3.
Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks
4.
Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
1.
Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya  mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.
Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak. 

3.
Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.





ermm:- bagi aku skrg nie....tanda- tanda seperti kerap membuang air kecil, sakit perut, memulas, kerap buang air besar, kerap terkentut selalu juga aku alami skrg nie...cuma skrg menanti tanda2 yg lebih besar. Semoga semua urusan aku dipermudahkan .....Amin...Doakan aku ye kawan2...

Tuesday, October 5, 2010

Posisi Tidur Semasa Hamil

ermmm dalam sedar tak sedar...rupanya skrg aku dah masuk ke trimester ke 3, dah 35 minggu....skrg nie berdebar menanti saat kelahiran....ermmmm byk benda yg aku alami saat2 35 minggu kehamilan nie terutamanya waktu tido....tido aku dah tak berapa lena mcam dulu sebab asyik terasa nak ke toilet je....nak berubah posisi semasa tido pun sakit...Tido pun ada posisi yg betul agar ia tidak mendatangkan apa2 effect pada bayi yg dikandungkan...Untuk menyelesaikan masalah nie aku pun tanya lah pakcik google tips2 tido yg selesa:-

Posisi Tidur Semasa Hamil

Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:

#1: Saiz perut yang semakin besar
#2: Sakit belakang
#3: Pedih ulu hati
#4: Sukar bernafas
#5: Insomnia
Posisi yang terbaik


#1: Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
#2: Bengkokkan kaki anda.
#3: Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
#4: Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
#5: Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda(daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.


Posisi yang harus dielakkan


#1: Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah:
#1: sakit belakang,
#2: pernafasan,
#3: penghadaman,
#4: sembelit,
#5: pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.

#2: Tidur meniarap

:-) Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.



p/s: Harap info ini akan dapat menbantu anda di luar sna yg mengalami masalah sperti aku.......

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...