Followers

Friday, April 29, 2011

Lagu Menyusu Sama-Sama

You and me, me and you,
It's a huge responsibility,
Look at them, look at you,
You can feel the love when they look at you.
Me and you, you and me,
There's a world of possibilities,
Raising them, protecting them too.

Mari kita sama sama, sama sama,
Menyusu baby .. baby
Ibu anak sama sama, mana mana,
lebih erat hubungannya ohhh...

Mari kita sama sama, sama sama
Menjamin baby baby, baby baby baby...
Riang ria, sihat sihat, cerdik cerdik,
Semoga hidup sempurna.

It can be tough sometimes, it ain't easy,
They'd cry sometimes, you'd go crazy,
But at the end of the day, hard as it may,
You'd melt when they stare into your eyes....

You and me, me and you
It's a huge responsibility
Raising them, protecting them too.

Komposer / Lyric: Brian Lee Toh Chu

adap from: Diari Nick Hakimie2

Wednesday, April 27, 2011

Like Father Like Daughter

hehehe....dok godek2 gmbar kat dalam hardisk nie..tetiba terperasan gmbar nie....heheeh....abah dan isya

cutelah bila tgk dua2 nie....hehehehhe

Tuesday, April 26, 2011

Power pumping???

 Apa tu power pumping? aku pun tak faham sebenarnya...setelah aku dok baca2 kat group KIM..dan inginkan penjelasan seterusnya..aku pun godek2 le pakcik google....ermm power pumping teknik nie leh membantu ibu2 diluar sana yg fully bf. Nak tahu mcm mana power pumping nie...jom kita baca entry dibawah ini.

Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. For more information on basic pumping techniques, see the pumping section below. Here is a brief explanation of power pumping. 

Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged. 

Some mothers prefer to concentrate their efforts and have a power pumping weekend, called “Power Pumping Boot Camp” by some lactation consultants. They power pump at each pumping for a couple of days before returning to routine pumping.

info from:-http://www.mobimotherhood.org/MM/article-lms.aspx


Jom sama2 kita amalkan teknik nie...mana tahu boleh tambah susu kita...lagipun ini apabila saya baca blog2 ibu2 yg pernah mengamalkannya...
 

Monday, April 25, 2011

Bowling with Farisya

Best..Enjoy with hubby & isya...but ada perkara yg terjadi we have to remember next time...don't play2 sangat...remember ye mr hubby & also to myself... jom layan picture..











Friday, April 22, 2011

Hadis mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah."
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...






Thursday, April 21, 2011

Bersamamu - 20 April 2011

Assalammualaikum...

Semalam korang semua ada tak tgk bersamamu - kisah sindrom down...tersentuh rasa hati...sekali lagi air mata ini mengalir....kita mengalir air mata tapi bagaimana keluarga yg ada bayi-bayi yg sebeginie....bak kata patah berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya....

Namun kanak-kanak ini terlalu istimewa....Anugerah ciptaan Tuhan buat kita...Mereka tidak diminta lahir sedemikian...Melihat pada keletah Saiful (klu tak silap aku nama kanak2 yg dipaparkan) tidak membayangkan yg dia seorang kanak-kanak istimewa.. Dia seorang yg aktif, suka bermain bola, pandai menari terutamanya bila dengar lagu michael jackson.Tgk gelagatnya tersenyum aku sendiri..

Naylie juga seorang yg aktif. Melihat pada karektornya dia mudah mempelajari apa yg diajar ibunya...Aku simpati pada Naylie kerana ibunya tidak dpat menerimanya sehingga dia berumur 6 bulan...Namun kuasa ALLAH itu besar, alhamdulilah akhirnya ibunya dapat menerimanya...Kita tidak boleh mengasingkan mereka kerana mereka terlalu istimewa..

Aku pernah disapa oleh seorang kanak-kanak ini apabila kami tgh makan di restoran. Dia datang bersama datuknya. Duduk dimeja belakang kami. Dia melihat pada anak aku dan terus menyapa dan panggil baby. Sayu hati aku...Atuk dia marah2 tak kasi dia sentuh farisya..Namun aku bagitau pada atuknya...."Biarlah pakcik dia nak main, takpa suami saya ada sebelah dia tgk2 kan." Dia ralit bermain sampai tak mahu mkn..Farisya pun dok pegang2 tangan dia..pegang muka dia...

Anak-anak ini tidak boleh disisihkan, dan perlu sentiasa disayangi. Hati mereka cepat tersentuh. Pada mereka yg tak sempat nak tgk bersamamu bolehlah layari TONTON.



Wednesday, April 20, 2011

Foremilk & Hindmilk

Foremilk & Hindmilk? apa tu? haritu aku ada browse kat pakcik google tanya2 apa benda tu? rupanya ia berkaitan dgn susu yg kita beri pada anak2 kita...so klu korang nak tahu dgn lebih lanjut apa itu foremilk & hindmilk jom kita baca infomasi di bawah:-
 
1. Foremilk

Ini adalah susu ibu yang mula mula keluar berbentuk dan kelihatan kebiruan macam air biasa dan agak cair. Kandungannya lebih banyak air, hanya mempunyai sedikit lemak dan karbohidrat, serta tujuannya ialah menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk

Selepas anak kita menyusu selama beberapa minit, susu akhir akan dihasilkan dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim (disukai ramai?? hehehe) Malah hindmilk kandungan kalori sangat tinggi dan sangat kaya dengan lemak. Susu inilah yang penting untuk tumbesaran bayi. Boleh dirumuskan disini hindmilk adalah makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan.

Malah ibu yang mengalami puting luka (sore nipple) mampu menyembuhkan keadaan tersebut dengan menyap susu ini kerana ia lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.

Maka kedua-dua belah breast mengandungi komposisi susu ibu yang sama. Kedua-duanya mempunyai foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyang kan.

So eloknya jika mahu bayi mendapat khasiat seimbang, penyusuan haruslah sekurang-kurangnya 15 - 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast malah lebih baik jika teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) terasa berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM. Semakin kerap breast diransang, semakin banyak susu dihasilkan

            
foremilk                                       hindmilk   



Description: Two 25ml samples of human breast milk. The left hand sample is Foremilk, the watery milk coming from a full breast. The right hand sample is Hindmilk, the creamy milk coming from a nearly empty breast. (Source: wikipedia.org)

p/s: info from www.momchoice.com & pinkgoodness

 
              




Tuesday, April 19, 2011

Doa Bagi Ibu yang Menyusukan Anak

Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....



Monday, April 18, 2011

Air Mata

Hari nie dah 2 kali aku menitiskan air mata...Hatiku sayu pabila membaca blog sahabat followerku dan blog salah sorang dari sahabat permotoranku....

"Ya allah engkau kuatkanlah hati mereka dalam menghadapi segala dugaan darimu ini Ya Allah....amin"

Kedua2nya mengisahkan kehilangan org yg disayangi...Anak.. sorang boy and sorang girl.....



Friday, April 15, 2011

Berwajah Baru

hehehe...dah lama tak bersiaran....bukan apa sibuk skit dgn coding nie....pening pala den...mcm2 nak kena buat ...apapun tugas kena didahulukan...well skrg nie pun aku sbuk dgn another project dgn my friends...harap2 semuanya berjalan lancar...Insyallah...

Sempena dgn kemunculan aku secara tiba2 nie...aku dah berwajah baru...hehehe..biasalah kdgkala kita perlukan perubahan kan.. utk yg terbaik.....Oklah apa nak diceritakan ek...well mcm2 happy sejak dua menjak nie...namun semuanya byk menguji kesabaran aku....Alhamdulilah semuanya berjalan di tangani dengan berkat kesabaran....

well citer pasal farisya alhamdulilah...dah semakin cergas, cerdas dan cerdik skrg nie....makin lasak pun ada...Really miss her bila kat office...dah pandai mcm2 skrg nie...takpa2 i will tell the story on the next post...simpan dulu...hehehhe..

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...