Followers

Thursday, April 21, 2011

Bersamamu - 20 April 2011

Assalammualaikum...

Semalam korang semua ada tak tgk bersamamu - kisah sindrom down...tersentuh rasa hati...sekali lagi air mata ini mengalir....kita mengalir air mata tapi bagaimana keluarga yg ada bayi-bayi yg sebeginie....bak kata patah berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya....

Namun kanak-kanak ini terlalu istimewa....Anugerah ciptaan Tuhan buat kita...Mereka tidak diminta lahir sedemikian...Melihat pada keletah Saiful (klu tak silap aku nama kanak2 yg dipaparkan) tidak membayangkan yg dia seorang kanak-kanak istimewa.. Dia seorang yg aktif, suka bermain bola, pandai menari terutamanya bila dengar lagu michael jackson.Tgk gelagatnya tersenyum aku sendiri..

Naylie juga seorang yg aktif. Melihat pada karektornya dia mudah mempelajari apa yg diajar ibunya...Aku simpati pada Naylie kerana ibunya tidak dpat menerimanya sehingga dia berumur 6 bulan...Namun kuasa ALLAH itu besar, alhamdulilah akhirnya ibunya dapat menerimanya...Kita tidak boleh mengasingkan mereka kerana mereka terlalu istimewa..

Aku pernah disapa oleh seorang kanak-kanak ini apabila kami tgh makan di restoran. Dia datang bersama datuknya. Duduk dimeja belakang kami. Dia melihat pada anak aku dan terus menyapa dan panggil baby. Sayu hati aku...Atuk dia marah2 tak kasi dia sentuh farisya..Namun aku bagitau pada atuknya...."Biarlah pakcik dia nak main, takpa suami saya ada sebelah dia tgk2 kan." Dia ralit bermain sampai tak mahu mkn..Farisya pun dok pegang2 tangan dia..pegang muka dia...

Anak-anak ini tidak boleh disisihkan, dan perlu sentiasa disayangi. Hati mereka cepat tersentuh. Pada mereka yg tak sempat nak tgk bersamamu bolehlah layari TONTON.



No comments:

Post a Comment

Blog Story By

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...