Foremilk & Hindmilk? apa tu? haritu aku ada browse kat pakcik google tanya2 apa benda tu? rupanya ia berkaitan dgn susu yg kita beri pada anak2 kita...so klu korang nak tahu dgn lebih lanjut apa itu foremilk & hindmilk jom kita baca infomasi di bawah:-
Ini adalah susu ibu yang mula mula keluar berbentuk dan kelihatan kebiruan macam air biasa dan agak cair. Kandungannya lebih banyak air, hanya mempunyai sedikit lemak dan karbohidrat, serta tujuannya ialah menghilangkan dahaga bagi bayi.
2. Hindmilk
Selepas anak kita menyusu selama beberapa minit, susu akhir akan dihasilkan dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim (disukai ramai?? hehehe) Malah hindmilk kandungan kalori sangat tinggi dan sangat kaya dengan lemak. Susu inilah yang penting untuk tumbesaran bayi. Boleh dirumuskan disini hindmilk adalah makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan.
Malah ibu yang mengalami puting luka (sore nipple) mampu menyembuhkan keadaan tersebut dengan menyap susu ini kerana ia lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.
Maka kedua-dua belah breast mengandungi komposisi susu ibu yang sama. Kedua-duanya mempunyai foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyang kan.
So eloknya jika mahu bayi mendapat khasiat seimbang, penyusuan haruslah sekurang-kurangnya 15 - 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast malah lebih baik jika teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) terasa berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM. Semakin kerap breast diransang, semakin banyak susu dihasilkan
foremilk hindmilk |
Description: Two 25ml samples of human breast milk. The left hand sample is Foremilk, the watery milk coming from a full breast. The right hand sample is Hindmilk, the creamy milk coming from a nearly empty breast. (Source: wikipedia.org)
p/s: info from www.momchoice.com & pinkgoodness
No comments:
Post a Comment
Blog Story By