Followers

Friday, October 30, 2009

Milkylaynas Giveaway





Ermm...tgh dok bosan2 aku gielah berjalan2 ke blog2 rakan2 yg lain...tetiba terjumpa satu blog nie...cantik2 tu dia punya clip...mmg sangat comel...lain daripada yg lain..sbb ia adalah handmade clip..apa kata jom kita ushar2 apa yg ada di sini...jom..





Antara koleksi yg ada...byk lagi kat blognya

Selain daripada tu, blog ni juga ada menyediakan giveway ..jom sama2 join...

cara nya...

1. terbuka kpd followers mikylayna shj... yg belum tu cpt2la follow ye... letakkan mikylayna dlm blog list anda -done-

2. buat entry mengenai mikylayna's giveaway -done-

3. nyatakan apa yg anda lihat menarik tentang koleksi mikylayna dan pilih satu hairclip yg paling anda rasa comel sgt (kalau anda menang,clip ni akan mnjadi milik anda)
-tak kisah le akak yg mana2...rambang mata saya tgk..(andai ada rezeki saya)

4. jgn lupa tinggalkan link & email anda di sini -done-

* boleh gunakan gambar2 dr koleksi mikylayna utk entry anda

giveaway ini akan ditutup pada 12.00 tengahari, Sabtu, 7 Nov 2009

TQ


Thanks Akak Viruspadu

heheh...malu pun ada...segan pun ada...aku sebenarnya dah lama dah dok blaja buat sticky mode nie...dari 2,3 blog aku blaja tapi tak lepas2 jugak...tak pandai2 jugak...akhirnya aku beranikan diri tanya le akak viruspadu....hehhehe...nasib baik dia ada masa utk aku walaupun sekejap sementara dia nak gie solat....tq sgat2 akak..ajak melalui ym terus menjadi...dia ada jugak kasi link utk aku blaja buat nie kat blog dia -> viruspadu...siap aku kena puji je sbb cepat blaja...malu adik hehhehhe
yant_tie: salam akak
zaimah noh as viruspadu: salam
yant_tie: sibuk ker?
yant_tie: nak tanya sikit
zaimah noh as viruspadu: nak gi solat sbnrnya
zaimah noh as viruspadu: takpe
zaimah noh as viruspadu: tanya dulu
yant_tie: hehe pasal blog
yant_tie: kejap je
zaimah noh as viruspadu: ha pe dia
yant_tie: nak tanya pasal sticky mode
yant_tie: buat2 tak jadi lah akak
zaimah noh as viruspadu: taip laju2 hikhikhik
zaimah noh as viruspadu: pakai blogspot ek
zaimah noh as viruspadu: jap aaa
yant_tie: dok tgh ceeramoon ajar
yant_tie: tak jadi jer
zaimah noh as viruspadu: ni akak punya version http://viruspadu.blogspot.com/2009/02/tutorial-auto-publish-dan-sticky-mode-d.html
zaimah noh as viruspadu: dia mcm ni tau
zaimah noh as viruspadu: publish dulu waktu semasa
zaimah noh as viruspadu: lepas tu baru edit balik tukar masa
yant_tie: oo maksudnya tak yah nak save le
yant_tie: terus publish ek
zaimah noh as viruspadu: takyah
zaimah noh as viruspadu: publish terus
yant_tie: kiranya taip2 terus publis
yant_tie: ok2
zaimah noh as viruspadu: iyoooooooo
zaimah noh as viruspadu: yesza
zaimah noh as viruspadu: wah cepat anak murid paham hari ni
zaimah noh as viruspadu: bagus
yant_tie: takyah save le kiranya
yant_tie: mmg terus publish je semua ek
zaimah noh as viruspadu: iya dong
zaimah noh as viruspadu: ok paham dah kan
yant_tie: aduh terima kasih akak
yant_tie: udah paham
zaimah noh as viruspadu: akak gi solat ek
yant_tie: ok
yant_tie: tq2

p/s:- tq akak jasamu dikenang....heheheh




Happy Belated Birthday Adindaku

aduhhhh......mcm mana aku boleh lupa nak add entry utk adindaku nie...Dah dekat 5 hari birthday dia...Tapi apapun hadiah birthday dah ada& wishes dah bagi pada pagi 26hb Oktober 2009. ..Maaf ye adik min....Jangan marah...cayang adik....

Yong doakan adik Dimurahkan rezeki...Dipanjangkan umur..sentiasa berada dlam keadaan sihat...dipercepatkan jodoh..Dan berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi...amin



Birthday Kek utk adik..Yong balik nanti kita celebrate k



Ni lah dia adik min ku...hehhhe


Wednesday, October 28, 2009

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Tadi lepas bf kat cafe...ada makcik cafe tu tegur Mr.S bagitau harini last tau...Aku pun jadi blur..apa bendalah yg harinie last...So aku pun tanya le Mr.s

aku :- Abg apa yg makcik tu cakap harinie last?

Mr.S :- ermm dia cakap bakal pengantin tak leh jmpa selalu...lagi sebulan tak elok..nanti org cakap bukan2...hilang seri..

aku:- ermm..ooo..

Aku pun apa lagi masa lunch hour tadi saja le godek2 pakcik google dan cari le mana patut...apa dia petua seri pengantin and aku jmpa this info...maybe boleh le kongsi maklumat nie sama2 dengan yg lain yg bakal nak naik pelamin mcm aku....hehehhehe..

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.


p/s: mana yg berkaitan kena amalkan nie....

post signature

Monday, October 26, 2009

Siap Bershoping Sakan

Emmm...huhuu ponatnya hari nie..Yelah 2 hari penuh dengan aktiviti shopping...Mesti korang tahu kan aku ke mana...nilai ....dari pkul 11 pagi - 8 mlm baru kami gerak balik....Ponat...Habis semua kedai persiapan perkahwinan kami berdoa masuk.....Ntah berapa kedai kitaorang masuk....Adalah dalam 11-12 kedai ..Sampai kaki aku + Mr.S sakit tuuu...kehulur kehilir..hahahha...Yelah aku dgn Mr.s nie suka survey...suka tgk2 barang2 mana yg bersesuainya....Pada mmber2 aku yg nak kahwin tu datang le ke nilai shopping...berbaloi2 byk kedai tgh buat sale skrg nie..Aku leh rekemenkan kedai mana2 yg bersesuaian...Aku pun tak sempat nak bergmbar apa2....hehehehheeh....

Sale kat VR....(gmbr ihsan google)

Ada satu couple tu mcm aku gak....Setiap kedai aku masuk dia pun ada...apapun mmg meriah le...yerlah masing2 nak buat persiapan kan..hehehe...ada yg aku tgk dok berkira2 , dok discuss baru nak pilih tema...ada yg baru nak fkir nak beli apa....mcm2 karenah bakal pengantin...

Pada hari ahad pulak aku ke mydin beli persiapan goodies2 yg lain...kat sana pun ramai org....Ingatkan kami paling awal...ada lagi org yg awal sampai...Stock yg aku nak semuanya dah nak habis..Aduhai..Dekat 4 jam jgak kami di sana..Mr.S sempat plak jmpa dgn kawan sekolah dia...kebetulan kerja kat mydin....

Mydin USJ

Apapun mmg 2 hari yg memenatkan..lepas nie petang nie nak gie pejabat kadi..uruskan mana yg patut...then nak hantar permohonan nikah aku kat ayah aku laks....Then nak gie tgk barang Mr.s yg ditempah plak...Dah mulalah sesi sibuk aku...Tunggu kad sampai laks nie...hehehe..



post signature

Friday, October 23, 2009

Sesi Merehatkan Diri

Aduhai...Lega rasanya baru siap kje mendokumenkan keje-keje utk CMMI....nak rehat kejap....Nie yg aku dok layan games...layan tgk fotopages....layan tgk blog....dah 3 hari aku buat dokumentasi...Nie nak sambung buat testing DDNS pulak tapi rasa mcm malas...sambung hari isnin le..hehehhe ...

Erm...nak buat apa laks ek...oo check list utk beli barang esok...Esok aku nak ke nilai...beli barang2 perkahwinan mana yg patut...So mlm nie kena tidur awal....rehatkan diri sbb esok nak berjalan2..Korang tau le nilai kan..Besar byk kedai yg kena gie tgk2 barang....


post signature

Thursday, October 22, 2009

Seisi Rehatkan Minda

Dah lama aku & kawan2 umah tak spend time together...So smlam kitaorng decide gie tgk papadom kat alamanda....Aku dah tmpah tiket dari hari isnin lagi....Kami berempat + Mr. S dan Pak Tam....Well lepas maghrib kami dah gerak ke Alamanda...Sementara nak tunggu kak uji + aida sampai aku gie lepaskan tension dgn melalak kat karaoke box...Dah lama rasanya aku tak karok...Smlm aku dan Mr.S sempat layan 6 lagu..Melalak tak ingat...Azie + Pak tam datang join kami gak dan smpat le nyayi 2 lagu.....Tekak pun dah sakit pg nie..hehehehe...

Lepas karok aku smpat bergmbar dgn Mr.S ...hehehhe...saja2 dok amik gmbar mana tau kot2 leh masukkan dlam bunting perkahwinan nanti...tapi mcm tak jadi je..tak cun laks gmbar2 tu..kenalah gie amik gmbar skali lagi....hehehhehe





Well citer papadom mmg touching + menarik...Dari 5 bintang aku kasi 4 1/2 bintang...Pengorbanan seorang ayah terhadap anak dia...Sedih tu ....teringat abah kat umah..byk sangat pergorbanan dia kat aku...Sampai sakit pun taknak kasi tau aku takut aku risau...Aku smpat nangis part dia buat assigment citer balik pengorbanan papa saodom....Rasa rindu pulak kat abah ...I love u abah.

post signature

Tuesday, October 20, 2009

Stay The Same

Ermm...Pagi tadi aku gie kuar awal dari umah...almaklumlah nak menghantar Mr.S gie interview JKR kat kl...Pagi tadi sambil drive dengar hot fm..Ermm tajuk perbincangan pagi nie is " kata2 semangat anda" lebih kurang mcm tu lah...Ada sorang bro nie dia kata dia dengar lagu stay the same...Bait-bait kata pada lirik lagu nie membawa erti...aku setuju dengan dia sebb lagu nie pernah jadi semangat buat aku dulu time2 masa sekolah...time2 masa kat U....

Stay the same

tak perlu berubah...jadilah diri anda sendiri, sayangi diri...Percaya pada diri sendiri..Jangan sesekali berkata anda tidak suka pada diri ....kerana dirimu ckup berharga....




post signature

Friday, October 16, 2009

Dr. Fish Spa

Erm..haritu dalam dok penat2 buat persiapan kahwin kami sempat pi spa...Spa Dr Fish di Homestay Cinta Sayang Golf Resort. ...Almaklumlah nak merehatkan diri jab......so aku decide utk mencuba bersama Mr.S...aduhai first time kena gigit2 manja oleh ikan2 tu mmg rasa geli gelaman...nak menjerit pun ada...hehehehe..Mr.S lagilah ikan cermin tu terlanding atas kaki dia katanya pedih heheheh...menjerit kejap le dia....sian pulak aku tgk...apapun bila dia spa nie kaki nampak putih dan bersih skit ah....sbb dia dah makan kulit2 mati kat kaki kita....hehehe...






post signature

Thursday, October 15, 2009

Misi Selesai

Salam....uih dah lama rasanya aku tak update blog nie...yerlah sibuk dengan misi2 aku...Alhamdulilah aku dah hampir selesaikan misi nie....Penat jgak nak selesaikan misi nie semua...Poning kepala...Turun naik kedai..ke hulu kehilir...nasib baik ada Mr.S yg boleh melayan karenah aku nie...hehhehe...Mesti korang nak tahu kan apa misi den...hehehe...

Insyallah ...aku bakal mendirikan masjid bersama Mr.S...insyallah dalam bulan 12...Aku akan updatekan tarikhnya bila kad aku dah siap...hehhehe...So misi-misi baru nie adalah misi utk majlis perkahwinanku...

Antara list yg dah siap :-

1) Pelamin - Selesai

2) Katering - Selesai

3) Photographer - Selesai

4) Homestay Sg Petani - Selesai

5) Hantaran - Selesai

6) Homestay kelantan - Lom Lagi

7) Cenderahati Perkahwinan - Lom lagi

8) Kek Sanding / Pulut Kuning - Lom lagi

9) Baju Nikah - Lom Siap Lagi

10) Kad Jemputan - Dah Tempah -> tunggu siap & nak hantar jer

Rasanya ada tak apa2 lagi yg tertinggal? Ermmm....anything? hehhehhehe


post signature

Friday, October 9, 2009

Misi 10-11 Oktober 2009

Hari nie hari jumaat so last hari kita bekerja dalam minggu nie....Ptg nie aku ada misi yg perlu diselesaikan minggu nie...Kiranya minggu nie + minggu depan merupakan hari paling sibuk buat aku + Mr.S...byk urusan urgent yg terpaksa diselesaikan...ermm buat sementara waktu nie biarlah aku rahsiakan dulu...pada yg tahu tu rahsiakan dulu tau....heheeh...

Ptg nie aku akan balik ke sg petani....naik bus...badan penat nak drive so klu naik bus leh le tido2...relak2 sikit...sebelum balik kg aku kena siapkan apa2 yg patut...hari isnin nie aku dijemput utk bagi talk...aduhai...nie dok sibuk siapkan presentation slide...poning pala den...ntah apa2 le aku nie...mengenangkan talk nie gugup aku rasa...dah le tak pernah kasi talk...setakat mengajar informal adalah..aku tak tahu le mcm mana nak hadapi...takut le pulak...pendengar2 aku tu pulak semua org IT...layankan aje...

Walaupun sibuk nak buat keje2 nie semua....aku still kena happy..tak leh tension2 kan...lagi tension, lagi kusut tak dapat le kita nak selesaikan keje kan...apapun hidup mesti mau happy...senyum sokmo

post signature

Wednesday, October 7, 2009

Hangatnya Cinta - Lyana

Korang pernah tak dengar lagu....hangatnya cinta - lyana...aku seriusle first time dengar lagu nie...tu pun sebab ada org tujukan lagu nie kat aku...apa kata kita sama2 layan..pada that person..thanks for this song...:)

post signature

Monday, October 5, 2009

Jamuan hari Raya NTS ke 3

Tahun nie dah masuk tahun ketiga aku beraya as the staff of TMR&D....so kali ke3 kami dari program IPCore sekali lagi telah mengadakan jamuan hari raya...byk sungguh juadah yg disediakan secara potluck...ermm mmg seleralah...tak yah ckp le...mmg best...dengan diiringi lagu2 raya...aku ditugaskan utk masak londeh + sambal ikan bilis...aku belasah je ntah sedap ke idak ..percubaan pertama le katakan ...heheehe...thanks to all yg sama2 berusaha menjayakan majlis nie...











post signature

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...