Followers

Monday, June 7, 2010

Ujian MGTT dan Cara Penyusuan Bayi

Apa itu ujian MGTT....Ermm pada ibu yg hamil mesti nak tahu apakah ujian ini kan...Aku dikehendaki menjalani ujian ini pada jumaat lepas...lepas baca kat internet mengenai pengalaman org2 yg pernah alami ujian ini......aku agak gerun gak tapi demi kesihatan anakku dalam perut nie aku gagahkan hati jua...Oklah biar aku terangkan pada bakal2 ibu apa tu ujian mgtt...

Ujian MGTT atau Modified Glucose Tolerance Test merupakan ujian bagi mengesan sama puan menghidap kencing manis atau diabetis yg kadang kadang muncul semasa mengandung sahaja.
Ujian ini memerlukan kita berpuasa selama lebih kurang 10 jam sebelum darah kita diambil. Selepas itu, kita akan diarahkan minum segelas air gula berisi 70 gram glukos. Selepas 2 jam, darah kita akan diambil lagi. Ada juga yg mengambil darah pada 1 jam dan 2 jam yg dikenali sebagai three point test..

First time aku minum....Ya allah manisnya....tapi terpaksa tahan...ada setengah mummy tak tahan dan terus muntah.....ada yg pening....Aku ada lah rasa nak muntah & pening tapi alhamdulilah masih dapat di kawal...Aku masih lagi tak tahu hasil ujian aku..sbb lepas amik darah kedua tu dia suruh balik and amik result kemudian...so aku akan amik result pada 22 june nie....Hope semuanya ok...

Dalam masa dok tunggu 2 jam tu...semua mummy yg hadir diberikan taklimat mengenai cara penyusuan bayi....Banyak info yg aku dapat...almaklumlah inikan first baby aku jadi kenalah byk belajar...Antara info yg aku leh kongsi dgn rakan2 sekalian....


Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi sumua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebenarnya, susu pertama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu.Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir.
Di samping itu kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti ciri birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sebab tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat yang sehebat itu.

KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI
Penyusuan inu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :
  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
  • Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
  • Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.
  • Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.
     



KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK DIRI ANDA SENDIRI
Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya :
  • Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.
  • Berita baik , Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
  • Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko.
  • Ia mengurangkan risiko barah buat dada dan ovari.
  • Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Anda boleh mula menyusukan bayi anda  sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ke-3 dan ke-4. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini d inamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’. Jangan risau, bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menysus bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.
  • Kedudukan Badan
Pastikan anda selesa. Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan ATAU duduk bersandar di atas kerusi.
Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sebingga susah ia mencapai punting untuk menyusu. Dan janganlah terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merehatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.
  • Cara memegang bayi
- Bayi dipegang rapat dengan anda
- Bayi diampu dengan baik
- Bayi berhadapan dengan anda
- Mulut bayi berada di bawah punting bila anda bersedia untuk menyusunya
- Kepada, leher dan belakang bayi lurus
Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila menyusu.
  • Bagaimana bayi menyesuaikan mulut bila menetek
               
    Pastikan bayi anda sendiri mencapai punting anda. Bila bayi mencapai punting anda pastikan :
- Mulutnya terbuka luas
- Bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitar punting.





No comments:

Post a Comment

Blog Story By

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...