Followers

Monday, October 5, 2009

Tahniah Atas kejayaanmu Yasmin

Salam...ermm mesti korang tertanya2 kan sapa yasmin....well dia adalah adik bongsu ku ..tahniah atas kejayaannya kerana berjaya menamatkan diplomanya dalam bidang multimedia...3hb oktober merupakan majlis konvokesyennya...Tahniah yong ucapkan buat adik min...Yong sayang adik..

post signature

Saturday, October 3, 2009

Berita Mengejutkan

Salam...minggu nie merupakan minggu yg agak sibuk bagi aku...menghabiskan masa dgn kawan aku yg nak berangkat ke u.k...sampai tak sempat nak sembang2 dgn kawan2 umah ...then hari jumaat & sabtu..adikku konvo di PICC..

Namun berita yg mengejutkan aku ialah kematian suami sepupu aku di kuantan...kematian mengejut semasa memandu...syukur alhamdulilah sepupu aku dan anak2 dia tak panik dan dapat mengawal keadaan semasa tu...Aku terima berita dalam kul 12 lebih....setelah berbincang bersama Mr.s dan ayah, aku decide utk gie ke kuantan....

Sampai di sana..aku sayu melihat anak2nya yg hilang arah tuju....tambah2 kembar angah + achik...kembar adik + kakak alhamdulilah dapat mengawal setelah kehadiran aku.....aku melayan karenah mereka berdua utk menghilangkan rasa kesedihan...Aku berdoa agar angah (sepupu aku) tabah menghadapi segala dugaan yg datang....Hidup harus diteruskan ..

Namun part yg sebab bagi aku apabila kembar adik dan akak bagitau aku yg sehari sebelum tu diorang ada mimpi yang abah mereka berpesan "biarlah abh pergi jauh2..adik + kakak jaga diri dan blajar rajin-rajin tau.." dan diorang juga kata " tahun depan raya adik + kakak gie kubur arwah abah pagi-pagi raya"...Ya Allah sebaknya rasa di hati bila mendengar semua tuu...Menangis tak dapat nak tahan....

Samalah2 berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman..

Al-Fatihah...

post signature

Monday, September 28, 2009

[[ Edisi Syawal ]]

Ermm....nampaknya ramai yg dah balik dari cuti kan...almaklumlah dah cuti seminggu kan...aku pun sama nie...hari nie first day aku keje setelah hampir2 9 hari aku bercuti....Rasa malas nak datang keje pun ada gak....hehehhehehe...yerlah dah lama relaks kat umah kan....

Alhamdulilah tahun nie aku berkesempatan menyambut raya bersama keluarga aku....Mcam biasa raya tahun nie masih lagi di umah atok di Langkap...Tahun nie raya hanya paman tumin + seisi keluarga je balik....Paman Ahmad + Paman Ali beraya di umah mertua..manakala Bibik Miah suaminya tak dapat cuti raya...Walaupun umah tok tak berapa nak meriah tapi aku still seronok...pagi raya cam biasa klu orang jawa....embah@tok aku masak sambal pedas tempe + rendang + nasi impit...

Lepas solat hari raya..aku + family pun memulakan ekspidisi beraya....pagi2 aku akan gie beraya umh wak rose...then umah embah gemuk + embah lanang kat kg jeram...itulah aktiviti wajib aku + family setiap tahun...then aku ke umah kakak angkat ayahku....well bila jmpa dgn keluarga nie mulalah tanya aku bila nak kawin....aduhaiiii...soalan cepu mas..jawapannya aku sendiri pun tak tahu nak jawab mcm mana...insyallah takda aral melintang...tahun depan .....hahahha...tunggu je kad aku..

Tahun nie pun tak bergambar sangat...sebabnya takda mood nak bergambar ....hehehhe....oklah dah tak tahu nak story mory apa lagi....nantilah aku smbung lagi.....

:)

post signature

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

isskk tak sabar nak tunggu esok....esok aku dah nak balik sg. petani...aku balik konvoi dengan k.uji..tak sabarnya nak tunggu esok...rasa mcm lambat pulak masa berlalu...harinie last aku berbuka puasa dgn Mr.S....hehehe aku akan tinggalkan dia selama 2 minggu...tak dapek nak beraya bersama sbb belum jadi suami isteri lagi...tunggu ek...

Malam nie aku nak kena gie amik baju dobby..kemas mana yg patut..kumpulkan semua kuih raya, kerepek, souvenier raya semua satu tmapt.....tak pasal2 tertinggal ...ermm tak best lah kan klu dah tertinggal...

Oh ya sebelum balik kena service keta dulu...korang semua dah servis? check mana yg patut..pagi tadi Mr.S dah check keta aku...bateri, minyak hitam, semuanya dah selesai...cuma tunggu petang nie nak cuci keta & isi tayar angin keta dan jgn lupa tayar spare pun kena isi angin tau..Check tgk sama ada wiper korang berfungsi ke tak....mana tau kot2 dalam perjalanan nanti tak elok pulak ...nahas tau tambah2 klu hujan lebat...

Oklah di kesempatan yg ada ini...

  1. Buat yg tersayang bonda + ayahanda....anakanda mohon seribu kemaafan..Halalkan segala mkn minum anakanda...Tunggu ek kepulangan anakanda...
  2. aku ingin memohon SeriBu Kemaaafan pada semua follower, blogger2 dan sapa sahaja yg mengikuti blogku ini....Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang aku dok berkarya Nie...
  3. Pada Member2 blaja, kerja, umah aku mohon seribu kemaafan andai ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan.Halalkan Segala Makan Minum aku ek
  4. Pada yg memandu Hati-Hati di Jalan raya tau...Ingatlah Orang tersayang....
  5. Pada yg tersayang...Mr.S ...maafkan segala kesalahan tunangmu ini andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita yg singkat nie...Halalkan segalanya....terima kasih sebb menerima diriku ini seadanya...Semoga jodoh kita berpanjangan...Ermm..hati2 balik kg...Love u alwayz...hehhe
SELaMat HaRi RayA ...Maaf Zahir Batin...

post signature

Tuesday, September 15, 2009

Lagu Hari Raya Paling Korang Suka

Dari semalam sampai harinie aku dok dgr radio tajuk perbualan depa ialah " Lagu Hari Raya Paling Korang Suka / ada Kenangan dengan Lagu tu"..Tadi pagi sambil drive keta..mcm2 citer disebalik lagu raya nie...Ada mcm2 citer disebaliknya...So aku pun saja2 le nak upkan topik blog aku kali nie dengan title nie..well mesti blogger2 semua pun ada lagu kenangan masing2 kan..tadi pagi sempat aku dengar kat Hot FM tu..akak tu lagu kenangan dia ialah Pulanglah nyanyian Aishah..katanya lagu tu ditujukan kepada x-bf dia dulu...study kat luar negara tunggu balik tapi smpai skrg tak balik2...so dia pun kawin dengan org lain....hehehhehe..

Mcm aku...ada gak dua tiga lagu-lagu raya nie yg byk kenangan tapi aku dah malas dah nak ingat semua tuu...tapi bila dengar ada je kenangan..tapi ada satu lagu tu aku nak tujukkan pada Mr.s...hehhe lagu "dayangku intan-Senandung Raya Untukmu"..





Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara - ( tak dpt rya skali sbb lom kawen-rya dgn mak bapak aku dulu)
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga

Korang pulak mesti ada lagu2 tersendiri yg membawa kenangan buat diri sendiri kan...apapun kenangan tetap kenangan...jadikan ia sejarah dalam hidup kita...Semua tu byk mengajar kita rencah dalam kehidupan masing2..

post signature

Monday, September 14, 2009

Cuti Hujung Minggu

Hujung minggu nie aku dan kawan2 umah menghabiskan masa shopping raya...Walaupun tak byk tapi mcm2 jugak le aku beli..Masing2 kat umah tu ada agenda masing2...kak uji dgn sibuk menjahit baju pelanggan2 dia.....Azie + specil gie cari tudung+ kemeja...Aida mencari baju raya...aku laks cari baju anak2 buah + tudung adik serta beberapa2 perkara lagi...

Erm bermula dengan hari sabtu aku kuar dgn Mr.S gie beli kat putrajaya kan ada promosi beli barangan raya secara harga borong...then tak jmpa yg berkenan aku gie pulak maideen putrajaya..dan jmpa apa yg patut....aku berbuka puasa pulak dgn azie + special...after dah berbuka + solat aku gie south city plaza laks...shoping apa yg patut...kul 9.30 mlm aku ada temujanji dgn x-bf aku...amik barang dgn dia...aduhai nasib baik aku pi dgn Mr.S....lepas jmpa dia hatiku sayu....menangis je dalam keta...Mr. S menenangkan aku...aku sedih bukan sbb ingat kisah lama cuma ingat balik apa yg mamat tu dah buat kat family aku..pedih tuuu...

Utk menghilangkan kesedihan aku...Mr.S ajak aku gie shopping laks kat jusco equine....masa tu dah pkul 9.45 mlm...nasib baik jusco tutup kul 11...layan shopping aku sambar kasut sembonia sepasang...Mr.S pulak sabar caino men sepasang utk hantaran....hehhe..nasib baik le dia ada...pengubat aku..klu tak mau aku dok nangis je....

Esok mlmnya lepas berbuka puasa dengan ketam masak cili + sayur kangkung goreng hasil masakan kak uji, aku + budak2 umah bertemankan bodyguard Mr.S aku gie shopping kat jalan tar..aduhai ramainya org...aku punyalah penat...lepas dah dicapai apa yg dikehendaki..aku pun ajak Mr.S rehat kat dalam keta sementara menunggu kawan2 aku shopping...aku tak tahu napa aku letih mlm tu...maybe penat kot....hehehhee...




Inilah hasil yg aku dapat...2 hari shopping...yg dalam bungkusan tu utk 4 org anak buah Mr.S..2 baju budak2 utk anak buah aku...Tudung utk adik kesayangan aku...Kain tu utk my beloved father..hehe


post signature

Friday, September 11, 2009

Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir



ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
  • “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
  • “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
  • Bilakah MalamLailatul Qadar ?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

    -Petikan dari Berita Harian-

    Oleh yg demikian...marilah kita sama2 memperbanyakkan amalan kita..Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat bertemu dengan ramadhan yg akan datang...Inilah peluang yg kita ada..Insyallah mana tahu tahun ini kita dipertemukan oleh ALLAH dengan malam lailatulqadar...Malam seribu bulan.


    post signature

    Jom Jenguk Yg Nie Gak

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...