Followers

Friday, July 31, 2009

Fiesta Makanan Buah-Buahan Terengganu di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Fiesta Makanan Buah-Buahan Terengganu (1 Terengganu Food Fruits Fiesta) atau 1T3F diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 1 Ogos ini, dijangka meriah dengan acara makan buah dan makanan tempatan, persembahan hiburan rakyat dan kebudayaan.

1T3F membabitkan semua daerah di Terengganu di mana setiap Pegawai Daerah diberi tanggungjawab menyelaras dan menyediakan makanan serta produk yang menjadi identiti daerah masing-masing.

Antara makanan yang akan disediakan, termasuk termasuk nasi dagang, laksa, ketupat sotong, rojak kateh, pulut nyor, bekam dan otak-otak.

Dipetik Dari Harian Metro


MAKANG FREE ADE BELAKE weh
.. buoh-buoh, makanang & selang-seli dengan nyanyi, persembahan budaya Terengganu. Parking kereta di medan C bayor RM2 je.. Naik LRT buleh, hok lain FREE BELAKE.

post signature

Makan-makan free



Muka ceria je nampak

Bila ckap pasal mkn mesti semua suka kan..yerlah aku pun suka gak...hehehe..tapi klu mkn free lagi best kot...yelah takyah kuarkan duit....org lain bayarkan dapatlah save...hehehe..

well dah 2 hari berturut2 member2 office aku blanja kami semua mkn...ermm hari rabu abg man blaja nasi ayam kampung...aku mkn ayam kampung tak ingat...yolah dah lama den tak mkn kan...free pulak tu main belasah je lah

semalam azura blanja mkn pulak..kali nie kami mkn kat penang village...aku pun tak berapa ingat nama kedai nya...rasanya dah betul dah...aku pernah jgak mkn kat kedai tu dulu...klu korang yg rajin baca blog aku,rasanya sambutan raya tahun lepas kami buat sambutan kat sana...kali nie aku mkn penang prawn mee...alah2 mee udang....ok cuma kuah dia tak pekat mcm kat teluk tempoyak..hehehe....dah mkn free byk komplen plak aku nie...isk2

Penang Prawn mee

Thanks too Abg Man & Azura....Yang lain bila lagi nak mkn free...hehehehhe

post signature

Monday, July 27, 2009

Percintaa Tan Hong Meng - By Yasmin Ahmad

Sedih & sayu rasa bila mendengar mengenai pemergian seorang pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya.

MASIH jelas terbayang dalam ingatan ramai orang di Malaysia pada sosok bernama Yasmin Ahmad. Siapa sahaja yang tidak teringat dengan pesonanya yang dilihat sering menyarung baju kebaya putih dan dipadankan dengan kain batik, berselipar serta menjinjit tas tangan sambil berjalan penuh santun.

Kesederhanaan pengarah filem prolifik itu yang menyuntik elemen masyarakat majmuk tanpa menunjukkan sebarang kemewahan duniawi dalam karya garapannya sebelum ini membuatkan dia lekas meraih perhatian khalayak pelbagai kaum.

Walaupun beliau sudah tiada di muka bumi ini lagi, paling pasti rakyat Malaysia tetap akan merindui beliau. Tiada kata lain yang dapat dizahirkan melainkan ucapan semoga Yasmin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya bersemadi dengan aman di alam seterusnya. Selamat tinggal Yasmin!- Petikan KOSMO

Ada satu iklan yg membuatkan aku teringat akan allahyarhamah...iaitu percinta tan hong meng..
mmg besh iklan nie..aku harap korang semua masih ingat pada iklan nie...mmg menarik dan tak pernah difikirkan oleh kita akan adanya iklan seperti ini....mari kita hayatinya....



post signature

Cendol Leman Dawi

Pernah tak u oll semua dengar2 citer or pernah merasa cendol leman dawi? or u oll pernah tgk kat tv3 or mana2 siaran pasal cendol nie?....cendol paling famous kat malaysia tu dowww

Hari sabtu baru nie kebetulan aku otw ke majlis pernikahan zura di tampin...aku smpat merasai cendol tu...well dia ada 4 jenis cendol yg berlainan rasa ; cendol pulut, cendol kacang, cendol jagung + cendol biasa....ermmm disebabkan cendol biasa & cendol pulut aku dah penah merasa..so aku decide nak merasa cendol jagung..well not bad sedap juga....k.uji + ida cuba cendol kacang..

ermm dekat cendol leman dawi nie.....nak tambah free..santan cendol free, ais free, gula free...malahan air bali pun free..siap boleh bungkus lagi..tapi bagi aku lah kan...rasa yg berbayar lebih sedap dari free kot...cendol free tu utk tambah rasanya kurang sikit ah daripada yg berbayar....itu komen aku lah kan....

tapi mmg payah le org nak kasi free kan benda2 dalam zaman skrg nie...hari tu kami gie rasanya pakcik leman takda....kata kawan2 aku yg biasa lepak kat cendol nie...klu pakcik leman ada mesti dia byk bercerita...mcm2 benda dia tahu..maybe bukan jodoh kami kot nak jmpa dgn pakcik leman dawi...

mmg org yg datang ke kedai cendol nie tak berhenti...boleh dikatakan setiap kereta yg lalu kat depan nie hampir 90% akan berhenti dan merasai cendol nie....mmg terkenal le cendol nie...aku balik dari majlis kenduri dalam kul 1 lbih pun org masih ramai...satu lagi keistimewaan kedai nie..klu cendol dah habis...pakcik nie akan berdiri atas kerusi dan angkat sepanduk "cendol habis"

korang yg tak pernah merasa klu nak mencuba jom le try datang ....nak pergi senang je...korang turun tol senawang....lepas tol tu korang pusing kanan - amik jlan nak ke tampin...terus je lebih kurang dalam 10-15 minit korang akan nampak kedai cendol leman dawi..kain banner warna kuning lagi...hehhehe

oklah selamat jalan2 cari makan......hehehe




post signature

Friday, July 24, 2009

Resah - Nitrus

Ermm....ada tak yg layan citer puteri aurora beradu.....citer baru kat tv3 kul 4.30 dah ulangan pada pkul 8.30 mlm kat tv9....citer nie oklah...aku layan jer dgn budak2 umah.. yg aku paling minat kat lagu dia...mmg best ah lagu dari nitrus tajuk dia resah...

Siri “Puteri Aurora Beradu” menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Iqram Dinzly, Memey, Norish Karman, Eizlan Yusuf dan Rozita Che Wan yang membintangi siri ini.


Lirik lagu Resah-Nitrus

Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untukmu
Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…

Thursday, July 23, 2009

[[ HomeSickness ]]

Homesickness is the distress or impairment caused by an actual or anticipated separation from the specific home environment or attachment objects. The Oxford English Dictionary describes homesickness as a feeling one has when missing home.

Ermm...that what i fell now...homesickness...ahhh..rindu bangat sama ayahanda + adindaku di S.P.
Rasa mcm nak balik je umah skrg..yelah dah 2 bulan tak balik.....aduhaiii

Tuesday, July 21, 2009

[[ Dah Bersarang Blogku ]]




ermm...nmpaknya dah lama jugak aku tak berblog nie....dah mcm sarang labah2 daaaa....hehehe..well minggu lepas seminggu aku berkursus di amcorp mall....Amik icnd1.. nie pun tak tahu le...minggu nie & minggu depan plak sibuk dgn study utk ICND1 exam...isk klu tak lulus payah plak nak menjawab tu yg kena study molek2...hehhehe

Semlm aku gie jaga APAN exhibition kat Berjaya Times Square..huhuh..ponet...harinie baru aku nmpak office...meja berselerak...almaklumlah seminggu takda kat office....aduhaii....boleh tahan sakit mata memandangnya...

well harinie cm biasa buat keje office...seblum start aku blogging dulu...well apa2 hal kita sambung kemudian...

Friday, July 10, 2009

Ibunda Tunangku Pulang Ke Rahmatullah

Pagi tadi dalam jam 5.00 pagi, aku tersedar dan rasa tak sedap hati.. Mlm tadi tunang aku ada call bagitau ibunya dah nazak..dia akan pulan bersama abangnya ke kelantan dgan segera..Seteleah sedar dari tido aku terus menelefon tunangku dan mendapat tahu bahawa ibunya telah pulang ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi tadi. Menurut tunangku jenazah ibunya akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini.

Ibunya telah lama sakit. Kali pertama dan terakhir aku bertemu ibunya selepas seminggu bertunang. Masa tu ibunya ditahan di wad. Aku syukur ke hadrat IIlahi kerana berkesempatan berjumpa, berbual dan menjaga ibunya walaupun hanya seketika. Itulah untuk pengetahuan semua kita tidak tahu bila kita akan di panggil olehNya maka itu kita sepatutnya bersiap sedia dari sekarang untuk kita memenuhi semua perkara dan kehendakNya bagi melengkapi diri kita di akhirat kelak.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada ibu Mr. S semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Setiap yang hidup pasti akan pergi, tiada yang kekal di atas dunia ini.

Al-Fatihah...

Thursday, July 9, 2009

[[ You Are not alone ]]

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

p/s:- lagu dinyanyikan oleh MJ...mmg touching lagu dia...Suka lagu nie sangat..


Tuesday, July 7, 2009

[[ Syukur..Alhamdulilah ]]



Alhamdulilah...selepas dapat berita yg agak sedih pagi nie....ptg nie aku terima satu lagi berita gembira....Ya ALLAH, aku bersyukur kehadratmu....tiada ucapan lagi dapat ku ucapkan selain syukur....

Semua gembira dengan berita gembira ini...terima kasih abah...semangatmu sentiasa bersamaku...
Cinta sejati?

ada org kata dia tahu apa tu cinta sejati...ada org kata kata tiada cinta sejati di dunia ini...pada aku cinta sejati, cinta hakiki hanyalah pada yg MAHA ESA...tiada cinta seindah, secantik, seharum cinta padaNYA. Cinta sesama manusia kdgkala hanya bertopengkan kepalsuan...kepura-puraan..

namun pagi ini aku disapa oleh seseorg...aku tidak dapat menceritakan apa yg kami bualkan tapi byknya berlatar belakangkan cinta sejati...adakah aku tahu mengenai apa itu cinta sejati?..aku mohon maaf andai coretan kata-kata ini menyentuh hatimu...cuma aku tak tahu dan keliru masa aku membuat keputusan itu...namun kekeliruan aku itu telah diberi petunjuk olehNYA..aku akur dan menerima setiap keputusan itu dan meneruskan kehidupan ini..aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu sahabatku..

maaf andai harinie jiwa aku agak sensitif...namun inilah yg aku rasai...

Cinta….sungguh anugerah yang terindah yang diberikan Sang Pencipta pada makhluknya, tanpa cinta tak akan ada kedamaian didalam dunia.

Cinta bukanlah daripada kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Cinta sejati : stempel sejati akan disematkan pada cintanya kalau cinta itu sudah teruji dalam waktu yang relatif lama. Sebesar apapun badai/prahara yang akan merusak hubungan asmara, cinta sejati akan tetap kokoh tak tergoyahkan.

walau apapun tafsirannya...terpulang pada individu itu sendiri yg mengetahui cintanya...

Monday, July 6, 2009

[[ Shopping @ Nilai ]]

Semalam aku & tunangku gie shoping kat nilai..ermm banyak kedai yang tengah sale...pada bakal2 pengantin yg nak buat persiapan tu bolehlah berkunjung ke sana...aku shoping takdalah byk sangat..ala kadar jer...ermm...mata dah berpinar2 sangat dah...aduhaii tak tahu nak plih yg mana...kedai byk sangat buat offer....

ermm after dah gie shopping tu..aku singgah sekejap di umah abg ngah + kak ngah-sepupu aku kat labu..ingat nak layan dorian...rupanya dorian kat sana tak menjadi pulak tahun nie...ermm kempunan le aku...tapi manggis + rambutan ada lah depan umah diorang je...aku pun layan le anak sepupu aku mkn rambutan & manggis bawah pokok...sambil2 Mr.S ku gie kait buah2 tu..hehhe....aku dok layan makan je....kaitnya tak reti..hahahhaha....

dalam dok layan anak sepupu ku ....aku rasa kelakar pulak bila dia panggil Mr. S pak long..hahaa..mcm tak layak pulak panggil pak long..almaklumlah dia tu nmpk kecik je...then anak sepupu aku leh pulak ckap Mr.S tu adik aku...hahahaha...klakor2...paklong2...

ermm selepas beberapa jam penat melayan karenah si kecik nie..dah siap mkn malam...aku pun bergerak pulang ke sangkar ku....hehehe..penat giler...ermm..sampai2 umah lepas siap semua kerja yg patut..aku pun merebahkan diri di atas katilku ...

ermms....sedar2 je dah kul 5 pagi...bangun nak bersahur...hehehhe. nasib baik sedar...hahahha

Friday, July 3, 2009

[[ something from my office ]]

Smlm dgn harinie my office bekalkan 2 benda nie pada all staff dia....mesti u oll semua nak tahu apa kan..hehehe..
the first thing is the tali + card holder...bukan tali sebarangan tau...tali utk pegang card holder..so dkat card holder tu letak le id kitaorg...warna oren lagi u..



then harinie my office bekalkan pada semua staffnya topeng...bukan topeng muka tapi face mask (topeng pernafasan) bagi membantu mengurangkan merebaknya virus HINI...yerlah seperti yg korang semua tahu virus nie kan sedang merebak kat malaysia nie.....ermm so kita semua kenalah gunakan face mask ini dengan sebaiknya...



ermm...lepas nie aku kenalah pakai face mask nie...hope korang semua jgak pakailah face mask tau...
mencegah itu lebih baik daripada mengubati..
isk betul tak ayat aku ni..
heehhhee...main belasah je...
layan...

Thursday, July 2, 2009

[[ Promosi & Pameran Perkahwinan ]]

Masa aku dok google2 nak cari contoh gubahan + barang2 cenderahati, aku terjumpa satu 2 promosi perkahwinan...klu sapa tgh dok sibuk buat persiapan kawin bolehlah korang jengok2 kat dua2 pameran dan promosi nie...hehhehe...mana tahu korang akan berjmpa dgn benda yg korang tgh dok cari2kan...satu tu kat puchong & satu lagi kat ampang...




Wednesday, July 1, 2009

[[ Layankan Facebook ]]

Klu sapa2 perasan dan ada akuan dalam facebook mesti korang akan terima mcm2 invitation utk menjawab pelbagai kuiz kan. aku ada gak dpt beberapa invitation ...so aku layankan je...
klu korang free cuba sapa2 yg ada facebook tu tgk kuiz2 kat bwah dan jawab....mesti kadangkala jawapan korang dgn kawan2 tu sama..aku tak pasti le kuiz nie betul ke idak...antara kuiz2 yg pernah aku layan .....ketahui unsur kejadian dan sifar .....makna cinta dari namamu.... karaktor mengikut jenis darah....rahsia di sebalik nama anda..

Ketahui Unsur Kejadian dan Sifat
Anda adalah berunsur Tanah

Huraian :

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

Makna Cinta Dari Nama Mu

Y : ..disukai oleh sesiapa saja
A : ..seorang yang gila-gila
N : ..pemberi ciuman yang bagus juga
T : ..senyuman yang menawan
E : ..memiliki mata yang cantik


Karakter Mengikut Jenis Darah
Orang dengan golongan darah A memiliki kekuatan karakter yang mengakar kuat yang akan membantu mereka untuk tetap tenang dalam krisis ketika semua orang panik menghadapi situasi serupa. Mereka cenderung menghindari konfrontasi, dan sesungguhnya kurang nyaman berada di antara orang banyak. Mereka biasanya pemalu dan terkadang suka mengasingkan diri. Mereka mencari keharmonisan dan sangat sopan, tetapi mereka sebenarnya tidak pernah benar-benar cocok dengan orang lain. Mereka sangat bertanggung jawab. Jika ada pekerjaan yang harus diselesaikan, mereka lebih suka mengerjakannya sendiri. Orang-orang dengan golongan darah ini selalu mengukir sukses dan sangat perfeksionis. Mereka juga sangat kreatif, dan paling artistik di antara semua golongan darah yang ada karena kesensitifan mereka.


Rahsia di sebalik Nama Anda!
Y : Anda selalu penyebab pada banyak masalah.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.
T : Anda memiliki sikap canggih, amat canggih.
E : Anda seorang yang menarik.

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...