Followers

Monday, July 27, 2009

Percintaa Tan Hong Meng - By Yasmin Ahmad

Sedih & sayu rasa bila mendengar mengenai pemergian seorang pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya.

MASIH jelas terbayang dalam ingatan ramai orang di Malaysia pada sosok bernama Yasmin Ahmad. Siapa sahaja yang tidak teringat dengan pesonanya yang dilihat sering menyarung baju kebaya putih dan dipadankan dengan kain batik, berselipar serta menjinjit tas tangan sambil berjalan penuh santun.

Kesederhanaan pengarah filem prolifik itu yang menyuntik elemen masyarakat majmuk tanpa menunjukkan sebarang kemewahan duniawi dalam karya garapannya sebelum ini membuatkan dia lekas meraih perhatian khalayak pelbagai kaum.

Walaupun beliau sudah tiada di muka bumi ini lagi, paling pasti rakyat Malaysia tetap akan merindui beliau. Tiada kata lain yang dapat dizahirkan melainkan ucapan semoga Yasmin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya bersemadi dengan aman di alam seterusnya. Selamat tinggal Yasmin!- Petikan KOSMO

Ada satu iklan yg membuatkan aku teringat akan allahyarhamah...iaitu percinta tan hong meng..
mmg besh iklan nie..aku harap korang semua masih ingat pada iklan nie...mmg menarik dan tak pernah difikirkan oleh kita akan adanya iklan seperti ini....mari kita hayatinya....



post signature

No comments:

Post a Comment

Blog Story By

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...