Followers

Friday, July 10, 2009

Ibunda Tunangku Pulang Ke Rahmatullah

Pagi tadi dalam jam 5.00 pagi, aku tersedar dan rasa tak sedap hati.. Mlm tadi tunang aku ada call bagitau ibunya dah nazak..dia akan pulan bersama abangnya ke kelantan dgan segera..Seteleah sedar dari tido aku terus menelefon tunangku dan mendapat tahu bahawa ibunya telah pulang ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi tadi. Menurut tunangku jenazah ibunya akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini.

Ibunya telah lama sakit. Kali pertama dan terakhir aku bertemu ibunya selepas seminggu bertunang. Masa tu ibunya ditahan di wad. Aku syukur ke hadrat IIlahi kerana berkesempatan berjumpa, berbual dan menjaga ibunya walaupun hanya seketika. Itulah untuk pengetahuan semua kita tidak tahu bila kita akan di panggil olehNya maka itu kita sepatutnya bersiap sedia dari sekarang untuk kita memenuhi semua perkara dan kehendakNya bagi melengkapi diri kita di akhirat kelak.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada ibu Mr. S semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Setiap yang hidup pasti akan pergi, tiada yang kekal di atas dunia ini.

Al-Fatihah...

1 comment:

Blog Story By

Jom Jenguk Yg Nie Gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...