Followers

Monday, September 28, 2009

[[ Edisi Syawal ]]

Ermm....nampaknya ramai yg dah balik dari cuti kan...almaklumlah dah cuti seminggu kan...aku pun sama nie...hari nie first day aku keje setelah hampir2 9 hari aku bercuti....Rasa malas nak datang keje pun ada gak....hehehhehehe...yerlah dah lama relaks kat umah kan....

Alhamdulilah tahun nie aku berkesempatan menyambut raya bersama keluarga aku....Mcam biasa raya tahun nie masih lagi di umah atok di Langkap...Tahun nie raya hanya paman tumin + seisi keluarga je balik....Paman Ahmad + Paman Ali beraya di umah mertua..manakala Bibik Miah suaminya tak dapat cuti raya...Walaupun umah tok tak berapa nak meriah tapi aku still seronok...pagi raya cam biasa klu orang jawa....embah@tok aku masak sambal pedas tempe + rendang + nasi impit...

Lepas solat hari raya..aku + family pun memulakan ekspidisi beraya....pagi2 aku akan gie beraya umh wak rose...then umah embah gemuk + embah lanang kat kg jeram...itulah aktiviti wajib aku + family setiap tahun...then aku ke umah kakak angkat ayahku....well bila jmpa dgn keluarga nie mulalah tanya aku bila nak kawin....aduhaiiii...soalan cepu mas..jawapannya aku sendiri pun tak tahu nak jawab mcm mana...insyallah takda aral melintang...tahun depan .....hahahha...tunggu je kad aku..

Tahun nie pun tak bergambar sangat...sebabnya takda mood nak bergambar ....hehehhe....oklah dah tak tahu nak story mory apa lagi....nantilah aku smbung lagi.....

:)

post signature

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

isskk tak sabar nak tunggu esok....esok aku dah nak balik sg. petani...aku balik konvoi dengan k.uji..tak sabarnya nak tunggu esok...rasa mcm lambat pulak masa berlalu...harinie last aku berbuka puasa dgn Mr.S....hehehe aku akan tinggalkan dia selama 2 minggu...tak dapek nak beraya bersama sbb belum jadi suami isteri lagi...tunggu ek...

Malam nie aku nak kena gie amik baju dobby..kemas mana yg patut..kumpulkan semua kuih raya, kerepek, souvenier raya semua satu tmapt.....tak pasal2 tertinggal ...ermm tak best lah kan klu dah tertinggal...

Oh ya sebelum balik kena service keta dulu...korang semua dah servis? check mana yg patut..pagi tadi Mr.S dah check keta aku...bateri, minyak hitam, semuanya dah selesai...cuma tunggu petang nie nak cuci keta & isi tayar angin keta dan jgn lupa tayar spare pun kena isi angin tau..Check tgk sama ada wiper korang berfungsi ke tak....mana tau kot2 dalam perjalanan nanti tak elok pulak ...nahas tau tambah2 klu hujan lebat...

Oklah di kesempatan yg ada ini...

  1. Buat yg tersayang bonda + ayahanda....anakanda mohon seribu kemaafan..Halalkan segala mkn minum anakanda...Tunggu ek kepulangan anakanda...
  2. aku ingin memohon SeriBu Kemaaafan pada semua follower, blogger2 dan sapa sahaja yg mengikuti blogku ini....Andai Ada Salah Dan Silap Sepanjang aku dok berkarya Nie...
  3. Pada Member2 blaja, kerja, umah aku mohon seribu kemaafan andai ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan.Halalkan Segala Makan Minum aku ek
  4. Pada yg memandu Hati-Hati di Jalan raya tau...Ingatlah Orang tersayang....
  5. Pada yg tersayang...Mr.S ...maafkan segala kesalahan tunangmu ini andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita yg singkat nie...Halalkan segalanya....terima kasih sebb menerima diriku ini seadanya...Semoga jodoh kita berpanjangan...Ermm..hati2 balik kg...Love u alwayz...hehhe
SELaMat HaRi RayA ...Maaf Zahir Batin...

post signature

Tuesday, September 15, 2009

Lagu Hari Raya Paling Korang Suka

Dari semalam sampai harinie aku dok dgr radio tajuk perbualan depa ialah " Lagu Hari Raya Paling Korang Suka / ada Kenangan dengan Lagu tu"..Tadi pagi sambil drive keta..mcm2 citer disebalik lagu raya nie...Ada mcm2 citer disebaliknya...So aku pun saja2 le nak upkan topik blog aku kali nie dengan title nie..well mesti blogger2 semua pun ada lagu kenangan masing2 kan..tadi pagi sempat aku dengar kat Hot FM tu..akak tu lagu kenangan dia ialah Pulanglah nyanyian Aishah..katanya lagu tu ditujukan kepada x-bf dia dulu...study kat luar negara tunggu balik tapi smpai skrg tak balik2...so dia pun kawin dengan org lain....hehehhehe..

Mcm aku...ada gak dua tiga lagu-lagu raya nie yg byk kenangan tapi aku dah malas dah nak ingat semua tuu...tapi bila dengar ada je kenangan..tapi ada satu lagu tu aku nak tujukkan pada Mr.s...hehhe lagu "dayangku intan-Senandung Raya Untukmu"..





Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara - ( tak dpt rya skali sbb lom kawen-rya dgn mak bapak aku dulu)
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga

Korang pulak mesti ada lagu2 tersendiri yg membawa kenangan buat diri sendiri kan...apapun kenangan tetap kenangan...jadikan ia sejarah dalam hidup kita...Semua tu byk mengajar kita rencah dalam kehidupan masing2..

post signature

Monday, September 14, 2009

Cuti Hujung Minggu

Hujung minggu nie aku dan kawan2 umah menghabiskan masa shopping raya...Walaupun tak byk tapi mcm2 jugak le aku beli..Masing2 kat umah tu ada agenda masing2...kak uji dgn sibuk menjahit baju pelanggan2 dia.....Azie + specil gie cari tudung+ kemeja...Aida mencari baju raya...aku laks cari baju anak2 buah + tudung adik serta beberapa2 perkara lagi...

Erm bermula dengan hari sabtu aku kuar dgn Mr.S gie beli kat putrajaya kan ada promosi beli barangan raya secara harga borong...then tak jmpa yg berkenan aku gie pulak maideen putrajaya..dan jmpa apa yg patut....aku berbuka puasa pulak dgn azie + special...after dah berbuka + solat aku gie south city plaza laks...shoping apa yg patut...kul 9.30 mlm aku ada temujanji dgn x-bf aku...amik barang dgn dia...aduhai nasib baik aku pi dgn Mr.S....lepas jmpa dia hatiku sayu....menangis je dalam keta...Mr. S menenangkan aku...aku sedih bukan sbb ingat kisah lama cuma ingat balik apa yg mamat tu dah buat kat family aku..pedih tuuu...

Utk menghilangkan kesedihan aku...Mr.S ajak aku gie shopping laks kat jusco equine....masa tu dah pkul 9.45 mlm...nasib baik jusco tutup kul 11...layan shopping aku sambar kasut sembonia sepasang...Mr.S pulak sabar caino men sepasang utk hantaran....hehhe..nasib baik le dia ada...pengubat aku..klu tak mau aku dok nangis je....

Esok mlmnya lepas berbuka puasa dengan ketam masak cili + sayur kangkung goreng hasil masakan kak uji, aku + budak2 umah bertemankan bodyguard Mr.S aku gie shopping kat jalan tar..aduhai ramainya org...aku punyalah penat...lepas dah dicapai apa yg dikehendaki..aku pun ajak Mr.S rehat kat dalam keta sementara menunggu kawan2 aku shopping...aku tak tahu napa aku letih mlm tu...maybe penat kot....hehehhee...




Inilah hasil yg aku dapat...2 hari shopping...yg dalam bungkusan tu utk 4 org anak buah Mr.S..2 baju budak2 utk anak buah aku...Tudung utk adik kesayangan aku...Kain tu utk my beloved father..hehe


post signature

Friday, September 11, 2009

Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir



ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
  • “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
  • “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
  • Bilakah MalamLailatul Qadar ?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

    -Petikan dari Berita Harian-

    Oleh yg demikian...marilah kita sama2 memperbanyakkan amalan kita..Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat bertemu dengan ramadhan yg akan datang...Inilah peluang yg kita ada..Insyallah mana tahu tahun ini kita dipertemukan oleh ALLAH dengan malam lailatulqadar...Malam seribu bulan.


    post signature

    Buat Renungan Bersama....Rezeki

    Salam...Dalam dok baca2 email aku tertarik dengan satu email nie..dan rasanya boleh le berkongsi dngan teman2 blogku semua....

    Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

    Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

    Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

    Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

    Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

    IMAN MANUSIA??

    Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

    Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

    Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang
    98 lagi sudah beralih ke belakang?".

    Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

    Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
    APABILA DIBELANJAKAN".


    post signature

    Wednesday, September 9, 2009

    09.09.09


    Erm...harinie dah 09.09.09 dalam sedar tak sedar....tarikh nie pagi2 lagi dah jem dari Puchong intan sampai ke sri kembangan....sebab paip kat petronas tu bocor....aduhai...habis semua org aku call...aufa, syamil, azie yg lalu jlan tu...aduhai sian azie ikut jalan alternatif ke sri kembangan pun jem...aku lagilah ikut jalan jauh...jem skit gak sbb ada accident...penunggang moto mati di tempat kejadian...

    Harinie mmg jem semalaysia....sampai office pun kul 10.00 pagi...nie pun baru lepas baca email dan buat apa2 yg patut pagi2 nie....isk2 mcm2 hal...ermmm aku tak sempat nak letak entry pada 09.09.09 pada jam 09.09 almaklumlah lewat harinie....hehehhe..

    Pada blogger2 yg sambut hari lahir harinie aku ucapakn "SELAMAT HARI LAHIR" dan pada yg menyambut ulangtahun perkawinan "SELAMAT ULANGTAHUN"....mmg cun le tarikh nie...aku rasa klu bukan blan puasa dan tak jatuh pada hari khamis mesti ramai yg nak adakan majlis perkahwinan..alah2 macam dulu 08.08.08 ...tak silap aku ada 2.3 org kawan2 aku yg buat majlis tarikh tu...

    Apapun tarikhnya...setiap kita pasti akan ada kenangan ....pasti ada detik yg membuatkan kita tersedar...detik yg membuatkan kita ingin ulangi tarikh tersebut....ada pahit, manis di dalamnya...yg penting hanya kita yg tahu hanya kita yg mengetahuinya....



    post signature

    Tuesday, September 8, 2009

    Proses pemindahan

    Aduhai..penatnya aku minggu lepas....almaklumlah minggu lepas minggu prosee pemindahan aku ke umah baru...Dari sri serdang aku, azie, aida & k.uji pindah ke equine....mlm jumaat tu mmg penat giler..tapi yg paling penat Mr.S & kawan dia Lan..yelah diorang kena angkat 3 almari dgn menaiki renjer ulang alik pulak tuu...3 trip....sian diorng...ermm thanks sayangku mr.S....

    Hari sabtu pulak aku & yg lain angkat mana2 yg lebih yg belum diangkut..umah baru kami nie pangsapuri jer..oklah umah dia siap dgn marmar....aku stay single sorang2 ....ermm komuniti umah nie pun ok...harap semuanya ok....

    Ermm esoknya sambung kemas umah pulak...aduhai slagi tak kemas selagi tu le kena terus menyusun + menyusun...erm well hari ahad nie ada satu peristiwa terjadi...moto LC kesayangan Mr.S hilang kat bungalow depan office dia....sian dia kehulur kehilir mencari moto dia mlm tuu...aku pulak rasa serba salah..almaklumlah dia sibuk dok bantu aku pasang rill & mcm2 kat umah baru moto dia pulak hilang...tapi satu je aku respect dia....dia leh relaks...leh cool...katanya ada rezeki insyallah jmpa..kalu takda nak buat mcm mana redha dengan apa yg terjadi..mungkin ada hikmah disebalik kejadian tuuu.... isk2 kalu aku mau meracau kejap hilang benda yg kita sayang....

    Klu korang yg ada kat area cyberjaya...ternampak moto LC plat WQC 5809 ...warna hijau lumut bagitau ekk..

    ermm harinie penat skit..smlam dapat sofa + meja makan dari tuan rumah...so apa lagi kenalah sambung kemas .....ermm oklah takdalah nmpk umah tu kosong kan...hehehe..

    post signature

    Friday, September 4, 2009

    "BEAUTIFUL GIRLS WITH HIJJAB CONTEST"

    Masa dok baca boleh qasehkita tetiba aku terlihat satu pertandingan..beautiful girls with hijjab contest" ...mcm menarik..so aku pun nak sertai lah walaupun aku tak pandai mai lilit tudung nie....hehehehe..saja2 memeriahkan suasana..





    This contest anjuran lynn... sapa2 nak join pun boleh ...saja suka2 tarikh tutup dia 9/9/2009.. jom2

    post signature

    Zaman KUSTEM

    Dalam aku dok buat keje...sambil melayan facebook dgn mmber baik aku masa kat kustem...sapa lagi klu bukan niza...dah jadi cikgu skrg dia kat sarawak...aku terpandang beberapa keping gambar yg dia upload kat facebook...hehehe..malu tgk muka sendiri...muka tak mature...muka comot..alah student le katakan...huhuhuuu

    Aku masa amik degree dulu kat KUSTEM....mesti korang tak tahu apa tu kustem kan...ermm Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia....kat mengabang telipot , Trg...3 tahun aku kat sana..actually kustem nie dah tukar nama ke -> UMT (universiti malaysia trg)...aku ingat lagi masa tahun satu kat sini..klu pagi2 tu berebut naik bus kat asrama...almaklumlah bus tu jenis van bus bukan bas panjang tu....aduhai klu tak dapat naik bus kenalah jalan kaki ikut jalan blakang...jln blkng tu ada longkang besar...then mengadap laut...kdgkala tu ada pulak si biawak besar lalu lalang...isk2 seram..tapi tu dulu..skrg jalan dia dah ok ...

    Ermm satu lagi aku kat sana nie rapat berempat...aku, zai, niza & shu...kami kemana saja bersama2...dari tahun 1-3 tak pernah pisah le...byk sangat kenangan bersama tercipta antara kami...mmg sentiasa terpahat di hati...antara kami bertiga shu dulu lah yg menamatkan zaman bujangnya...skrg dah jadi cikgu kat ampang klu tak silap lee...then terus diam sampai skrg tak dengar citer....

    Zai org kedua yg kawin....baru je..well dia pun cikgu skrg kat sabah...then si niza..pun cikgu kat sarawak....jauh semuanya...semuanya dah jadi cikgu.dan niza nie masih bujang...aku je kat sini ....rindulah nak jmpa korang....balik le ke semenanjung mengajar kat sini...leh kita selalu kuar sama2...

    Selain dari kami berempat....kami semua jgak baik dgn aini...aini nie budak perlis....dia tak satu kelas dgn kami...bidang pun lain..tapi baik le sbb dia mmber aku dari matrik lagi..skrg dia kat selayang...dekat pun tapi jarang sangat leh jmpa....masing2 sibuk..

    Ermm..pada batch KUSTEM 2002-2005 IT-Software Enginering...kenangan bersama korang mmg best le....skrg ramai yg dah kawin...dah ada anak...dah ada master...dah jadi cikgu.namun ada jugak yg masih bujang.....masing2 dah ada kehidupan sendiri...Semoga korang semua bahagia



    aku, niza, aini & shu (posing sakan)





    Zai, Shu & Aku (Muka comot + budak2 hahahhaa)



    Aksi selamba

    post signature

    Thursday, September 3, 2009

    Teringinnya....

    Ermm..dalam dok aku study2 CCNA...tetiba aku terbayangkan sesuatu untuk berbuka....isk2..tak baik betul aku nie......so dengan segera tanganku mengapai telefon dan menelefon Mr.s...


    Mr.S : hello ye leh saya bantu (poyo je)

    Aku: Abg...rasa2 mcm nak makan tomyam + nasi goreng + bandung cincau le..kita tak yah gie bazar ek kita berbuka kat kedai je...lepas angkut barang kat umh baru kita gie ek..

    Mr.S : aik nie kenapa nie mcm mengidam je nie....

    Aku: ntah tiba2 tgk blog mmber (pu3ana a.k.a mira) ..rasa mcm teringin laks...boleh2 ek

    Mr.s : ermm..taknak gie bazar ke?

    Aku: Klu nak gie jalan2 tgk kueh boleh je....

    Mr.s : ok...takda masalah...

    hehehe...nasib baik le Mr.S nie melayan karenah aku...klu tak sian kat aku kan...thanks abe....

    kawe sayang bangat kat demo....hehehhe..nie ada titipan gmbar buat korang kot2 lepas nie korang laks teringin ke kan



    Tomyam



    Nasi goreng



    Bandung Cincau

    post signature

    Macam2 hal

    Uihh bestnya bercuti di kg....dapat melepas rindu dgn family tercinta...then dapat jugak le berbuka bersama abah, umi + adik min...dapat jgak ushar2 bazar ramadhan di s petani...barang2 jualan di sg petani mmg murah....mana nak dapat kueh 4 rm1.00...kat kl 5 rm2.00..mmg murah le...bukan saja kueh malah air buah...air asam boi, air soya dan mcm2 iar semuanya rm1.00....mmg klu dok s.p aku tak pakai byk duit le....tapi biasalah pekan kecik mmg murah klu mahal takda sapa nak beli..

    well ermm baju raya aku dah siap...tema tahun nie warna purple....satu family warna purple..kueh raya semuanya umi aku buatkan tapi adalah jugak 2,3 jenis lain yg aku order...yg lain takda apa sgt sama je...sbb tahun nie sambut raya umah atuk kat langkap..

    aku sampai kl smlm ....Mr. S amik aku kat pudu...cam biasa lah kan..then terus aku ke sunway piramid uruskan hal2 berkaitan maxis broadband nie..nak terminate...dah alang2 ada kat sana aku pun berbuka di MCD...lepas selesai solat aku bergerak ke Mydin USJ nak beli apa2 yg patut al-maklumlah pindah umah baru....kena le beli barang skit...

    al kisah kat Mydin nie....aku gaduh dgn Mr.S pasal parking...aduhai aku nie kalau bab2 parking nie mmg cepat angin skit...hehehhehe....gaduh ala2 manja...org tgk dalam keta mcm kami gaduh besar...then masuk dalam Mydin gaduh lagi tapi nie kes lain pulak..aduhai...gaduh je ...tapi nasib baik le dia nie jenis cepat cool....hehhe

    pagi2 tadi dia ada sembang dgn aku...dia cakap lain kali jgn gie Mydin sana lagi lah...asyik gaduh jer..dah 2 kali dah gie sana asyik gaduh....Mr.S dah serik...dia malas dah nak gaduh2....hehehe....so moralnya kami maybe dah susah nak gie Mydin sana dah..sbb itu tmpat pergaduhan kami..aduhai kelakar pulak bila dok fikir2 balik....hehehehe


    post signature

    Jom Jenguk Yg Nie Gak

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...